Qasey Honey. Powered by Blogger.

CASHEWNUT ROLLED



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Diam tak diam rupanya dah ke 17 Ramadhan hari ni bersamaan dengan Hari Nuzul Al-Quran...

Peristiwa Nuzul Al-Quran merupakan peristiwa turunnya ayat al-Qur'an yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w. hingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap sebagaimana kitab al-Quran yang ada pada hari ini. Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku pada malam Jumaat, 17 Ramadan, tahun ke-41 daripada keputeraan Nabi Muhammad s.a.w. ketika baginda sedang beribadat di Gua Hira, bersamaan dengan tanggal 6 Ogos 610M. Perkataan "Nuzul" bererti turun atau berpindah dari atas ke bawah. Bila disebut bahawa Al-Quran adalah mukjizat terbesar Nabi SAW maka ianya memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia al-Quran.
Ayat al-Quran yang mula-mula diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui perantaraan Malaikat Jibril ialah lima ayat pertama daripada Surah Al-Alaq. (Sumber dari Google)


Bersempena hari Nuzul Al-Quran hari ni ade beberapa negeri yang bercuti...mungkin ade yang mengambil kesempatan ni untuk keluar bershopping...bagi menyediakan persiapan untuk Hari Raya yang akan tiba tak lama lagi...

Dalam pada kita bergembira tu untuk keluar bershopping tu...harus juga kita berhati2 dan beringat supaya tidak terlalu leka...dalam waktu2 begini banyak kes ragut berlaku...tanpa sedar kita sebenarnya diperhatikan oleh orang2 yang tidak bertanggungjawab ni...kat opis QH sendiri dah 2 orang yang kena ragut...kes pertama bos QH sendiri pada 1 Ramadhan hari tu...sekelip mata aje beg ditangan hilang diragut...kes kedua pula security telah diacu pisau selepas dia keluarkan duit di atm pada jumaat lepas...kedua2nya lelaki tau...sekarang ni tak kira jantina kalau nak terkena tu...peragut ni dah tak takut...siapa yang lalai atau leka tu la mangsanya...jadi berhati2 la yer...
   

Baik la hari ni QH nak kongsikan biskut raya yang ke 4 yang telah QH buat pada minggu lepas...resepi biskut raya ni QH ambil dari Majalah RASA Ogos 2011...biskut ni nampak begitu menarik sekali...biskut ni dari tahun lepas lagi QH nak cuba buat...tapi ada 1 bahan pula yang QH tak jumpa...agak susah juga nak mencari bahan tersebut...yang istimewanya biskut ni ianya menggunakan tepung aiskrim vanilla...pertama kali QH tengok resepi menggunakan tepung tersebut...tak tahu la jika ade biskut lain yang menggunakan tepung tersebut...

Tahun ni biskut ni antara dalam list yang QH nak buat...awal2 lagi QH dah mencari tepung tersebut...berkali2 juga pergi ke bakery sebab stok takde dan habis...harga tepung aiskrim vanilla ni agak mahal harganya...sebungkus tu RM28 1kg...itu paket standard...takde jual sikit2...QH beli di Bake Yin KL...QH lupa pula nak snap gambar tepung tersebut...insyaallah nanti QH akan masukkan kemudian yer...QH tak pasti sama ada tepung aiskrim tu boleh digantikan dengan tepung ape yang sesuai...nanti kita serahkan kepada pakar yer...
 

Tapi penggunaan tepung aiskrim ni sikit aje dalam resepi ni...kita hanya guna 25gm aje...sedangkan paketnya standard 1 kg...jadi tahun kena la buat lagi biskut ni...tarikh luputnya lama...sempat sampai ke raya tahun depan...hihihi...

Sepatutnya biskut ni disalutkan dengan oat tapi QH menggunakan nestum...lupa pula nak beli oat...sedap juga tau...yang penting biskut di dalam tu mesti cukup bahannya...coating takpe boleh ubah...hehehe...ikut kreativiti masing2...

tapi ade benda yang tak diingini terjadi time buat biskut ni...dah la QH buat 2 adunan...boleh la pula tersalah bahan yang QH letak...patut la masa dalam mixer tu nampak adunan macam dah terlebih tepung...rupanya QH tertukar gula aising kepada tepung ubi...memang tak perasan...terus aje buang adunan tersebut sebab tak tahu nak adjust macam mane...basuh kali kedua baru la nampak cantik adunan tersebut...

Biskut ni agak mudah juga nak buatnya...gentelkan bulat2 aje pastu leper sikit...kalau nak cantik dan sama besar...QH buat setiap keping biskut tersebut 8gm...rasa biskut ni sedap...



Cashewnut Rolled
Resepi dari Majalah RASA Ogos 2011

Bahan A
150gm butter
50gm gula ising
1/2 sudu teh pes strawberry
1/4 sudu teh pewarna pink
1 biji telur

Bahan B
220gm tepung gandum
25gm tepung aiskrim vanilla
25gm susu tepung
50gm tepung jagung
30gm gajus - dibakar dan dicincang halus (QH blend kasar dengan food processor)

Bahan Hiasan

200gm oat (QH gantikan dengan nestum)

sedikit coklat strawberi
sedikit coklat putih
sedikit putih telur (1-2 biji putih telur)


Cara membuat
1. Campurkan semua bahan A dan pukul hingga sebati.
2. Kemudian masukkan ke semua bahan B dan pukul lagi hingga menjadi adunan yang sebati.
3. Sukat 1/2 sudu makan adunan dan bentukkan menjadi bulat. (QH timbang 8gm)
4. Kemudian celupkan ke dalam putih telur dan golekkan ke dalam oat.
5. Tekan dan leperkan sedikit adunan. Kemudian bakar selama 30 minit pada suhu 150C. (yang ni ikut tahap kepanasan oven masing2)
6. Sejukkan dan hiaskan dengan coklat strawberi dan juga coklat putih.





ini la tepung aiskrim vanilla

16 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, perghhh sodapnyaaa. nak datang beraya rumahhh. nak rasa semua kuih2 air tangan QH. heeeeeeeeeeee :)

Ibu Lala said...

wahhh cam sedap je. terliur tgk. tp cam mls nak cuba sbb cam leceh je. nak beli kat qaseh honey je lah. boleh tak.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

mesti berseri2 meja untuk tetamu di rumah QH nanti kan...

Nuridah said...

Assalamualaikum QH

Wah cantik2 cookies QH nie...menyelerakan gitu...selamat berpuasa ya...msk sedap2...hehe.

Amie said...

Kombinasi coklat putih & coklat strawberry tu nampak romantiklah Qasey he he ehh.

Unknown said...

salam QH
comel dan cantik biskut tu. kak noor pun macam nak cari jugak tepung aiskrim vanila tu lah sempat lagi ni nak buat kan. jeles me lah

Sweet red cherry said...

assalamualaikum QH..

wow..sangat2 menarik biskut ni..nampak cantik..apatah lagi guna tepung aiskrim vanila..pasti sedap kan..

asmahyusof said...

cantik sgt QH....byk kukisnya ;)

Mamasya said...

Salam QH

nampak menarik biskut cashew nut roll ni tambah hiasan coklat. kalau biskut letak nut mmg favorit akk.
kes jenayah ragut....mmg berani betul penjenayah skrg...lelaki pun mrk ragut.

Unknown said...

Ermm meriah raye QH kan tahun nie pelbagai jenis kuih raye ade menarik belaka...

ibh_sue said...

Ok!..Sekut ni memang mengguda. Byk dah sekut QH ya... Semua menarik pulak tu..Akk ni lambat sgt enjin nak panas..Baru dua jenis ja siap..Tu pun yg simple2 saja. Heee

Unknown said...

jelesnye tgk org yg pandai wat kuih n cookies ni...:( cantik betul..

ummi danish said...

Boleh tak guna cashew nut yg siap bergaram tu

ummi danish said...

Boleh tak guna cashew nut yg dah siap bergaram tu

rahel said...

Tengok pun dah boleh bayangkan yg sekut ni memang sedap punya....cantek gambar...

Qasey Honey said...

@etun-detox
maaf sbb lmbt reply komen awak..dh lepas raya pon kan skrg..xpe raya haji bleh try ^_^
yg tu QH kurang pasti..tp cashewnut tu elok guna yg biase aje..klau guna yg bgaram nti ade rasa masin2 pula..