Qasey Honey. Powered by Blogger.

SIAKAP MASAK KARI



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...

Dapat juga untuk bersiaran hari ni...sepatutnya resepi ni semalam lagi QH nak siarkan...tapi atas sebab2 tertentu dan tidak dapat dielakkan tertunda la entri ni...rasanya hari ni QH taknak la berceloteh panjang2...mood untuk berBW tengah meluap2 ni...banyak komen yang belum dijawab dan banyak kunjungan yang QH belum lunaskan lagi...hehehe...maaf ye kawan2 semua atas kelewatan tersebut...itupon kalau bos tak kacau...hahaha




Untuk resepi hari ni ianya antara menu kegemaran QH...semestinya kari...hehehe...kali QH masak Ikan Siakap Masak Kari pula...kebiasaannya kalau ikan siakap ni orang akan masak sweet sour atau 3 rasakan...kali ni kita ubah cara masakan ikan tersebut...resepinya QH ambil dari blog Kak Amie@Amie's Little Kitchen...terima kasih kak berkongsi resepi ni...kalau dah kari ni...dah tentu la sedap pada selera QH...nak pula kuahnya tu kita buat pekat sedikit...hmmmm mamak pon kalah tau...hehehe...boleh dilihat dari gambar yang ade ni betapa pekatnya kuahnya tu QH buat...hihihi...pada yang kurang gemar boleh cairkan sedikit kuahnya tu...nanti bulan puasa boleh la masak untuk sahur atau untuk berbuka yer...jom tengok resepi...



Ikan Siakap Masak Kari

Bahan-bahan:
1 ekor ikan siakap (800 gram) - bersihkan dan potong 4
2 cawan santan pekat
1 cawan air
5 sudu makan serbuk kari ikan - Amie tambah lagi 1 sudu serbuk kari daging
2 biji tomato - belah 2
2 biji cili hijau - belah 2
2 pelepah daun kari - lurutkan daunnya
1 sudu makan pati asam jawa
garam / gula / perasa pilihan secukupnya
minyak

Bahan kisar:
10 biji cili kering
5 ulas bawang putih
7 biji bawang merah


Cara:
1. Panaskan minyak secukupnya untuk menumis bahan kisar. Tumis hingga pecah minyak.
2. Perlahankan api dan masukkan serbuk kari ikan serta serbuk kari daging dan daun kari.
3. Gaul rata dan tambahkan 1 cawan air serta pati asam jawa. Biarkan mendidih.
4. Masukkan santan pekat dan apabila kuah mula mendidih sekali lagi, masukkan ikan siakap.
5. Jangan masak terlalu lama kerana ikan siakap sangat lembut. Berhati-hati ketika membalikkan ikan siakap supaya tidak pecah.
6. Masak di antara 5-7 minit.
7. Masukkan garam / gula / perasa pilihan secukupnya.
8. Masukkan tomato dan cili hijau.
9. Setelah santan pekat dan naik minyak, tutup api dapur.


15 comments

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyerrr!!!

Wani Sukarno said...

salam QH sedapnya kari.. sesuai nak buat menu berbuka ni...

tun_telani said...

Salam kak QH.. pekat molek kuah dia.. rasa mcm nk wat cicah ngan lempeng bawang je..

adda syuhada said...

pestime tengok siakap masak kari...nanti nk cuba la..adda suka kari2 ni..sodapppp..

Sheila Salim said...

assalamualaikum QH, terliur sheila tengok ikan siakap masak kari! terbaik tu, nanti ada kelapangan sheila nak cuba :D

Gee® said...

Wow! sedapnya kari ikan siakap...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

akak baru berangan nak msk kari mungkin mlm esok kot.. tp nak buat kari ikan bawal.. hihi...

cik cek said...

Gambo cantik...cleannnn...lauk sedapppp...:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
siakap, baru smlm tgk kat c4 he hee tp x beli lg
sedap ,akak suka goreng garing2
wat kari pun best gak tu, mengiurkan tgk QH punya

Sweet red cherry said...

assalamualaikum QH..

em, sedapnya menu siakap tu..kuah kari tu sedap betul hirup..lapar nih..

Mamasya said...

Aslmkum QH
betul tu kalau siakap biasa sweet and sour atau 3 rasa. nampak masak kari pun sedap juga..

Mona said...

As salam, QH.!....apaBila bertandang aja disini...pasti terpukau n terpesona dgn presentation yg begitu teratur rapi..... kagum dgn QH.

Melly Octaviana said...

glekkk..nyaman oo.. Melly suka makan kari..jadi lapar nih..nyam..nyam

suryabil said...

Sedappp le kari ikan siakap...

hana said...

Selalu refer resipi ni...sedap..tq sbb bagi idea nak masak apa utk siakap