SAYUR GORENG CAMPUR
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Hari ni lewat sikit waktu siarannya...tapi takpe kan daripada tak langsung atau hilang begitu saje macam selalu tu...hehehe...
Pada semua umat Islam, hari ni bersamaan dengan 27 Rejab marilah kita bersama2 memperingati peristiwa penting yang berlaku pada hari tersebut iaitu peristiwa paling agung dalam sejarah Islam iaitu peristiwa Israk Mikraj Nabi Muhammad SAW...
Firman Allah SWT,
Maksudnya : “ Maha Suci Allah Yang telah menjalankan hambaNya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid Al-Aqsa (di Palestin), Yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) kami. Sesungguhnya Allah jualah Yang Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui ”.
Surah Al-Isra’, ayat:1
Tanggal 27 Rejab setahun sebelum hijrah Rasulullah SAW ke Madinah Al-Munawwarah mencatatkan peristiwa penting dalam kerasulan baginda SAW iaitu perjalanan Israk Mikraj. Israk membawa pengertian perjalanan nabi Muhammad SAW pada malam hari dengan menuggang Burak bermula dari Masjid Al-Haram di Makkah Al-Mukarramah ke Masjid Al-Aqsa di Baitul Maqdis, Palestin.
Manakala Mikraj membawa maksud naiknya nabi Muhammad SAW ke langit dari Masjid Al-Aqsa ke Sidratul Muntaha.
Untuk membaca entri sepenuhnya sila la ke SINI yer...sumber dari My Adha...banyak lagi entri mengenai Israk Mikraj kalau cari di Google...ni salah satu yang QH jumpa...
Pada yang berpuasa pada hari ni selamat berpuasa yer...QH aje yang tak jadi nak berpuasa hari ni disebabkan kesiangan...huhuhu...dah set jam pukul 430 pagi dah cuma nak biarkan lagi 5 minit yang amat berharga tu...haaa hambik pukul 530 baru terjaga...dah rugi...dah tak sempat nak bersahur...kalau tak bersahur perut pula tak tahan nanti...zaman2 muda remaja dulu boleh la...dah tua2 ni banyak pula ragamnya...hehehe...moral kalau dah terjaga tu terus bangun tak payah dah 5 minit lagi tu...hihihi...
Post a Comment