MELTY HERSHEY CHOCOLATE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera....
QH kembali...
Salam sayang kesayangan semua...
insyaallah QH akan bersiaran seperti biase mulai hari ni...hihihi...bile lama tak bersiaran terasa rindu la pula...harap anda semua pon begitu...berindu2an la yer sesama kita...hehehe...maklumla tuan rumah ni baru pulih dari terkena penyakit sumpahan malas yang amat...hahaha...dalam masa yang sama jugak...QH terharu dalam tempoh blog ni tiada entri baru yang masuk tetapi masih ade lagi yang sudi singgah ke sini seperti biase...malahan bilangan follower dan pengunjung semakin bertambah...macam mane tu??? ke nak selalu QH tak bersiaran ni...hahaha...jangan marah bergurau aje...^__^...terima kasih buat semua...tanpa anda tak meriah la blog QH ni...
Baik la setakat tu dulu yer celotehan untuk hari ni...akan bersambung lagi di lain hari...klau semua nak diceritakan di sini...nanti takde modal lak untuk entri akan datang...hihihi...
Perkongsian resepi hari ni bukan la resepi yang baru sangat2 yer...macam biase cuma QH saje yang agak ketinggalan untuk mencubanya...orang lain dah untung beribu kot dengan resepi ni...sampai ade yang tak cukup kakitangan mengambil tempahan untuk Melty Hershey ni...hehehe...rupanya tersangat la sedap dan mudah untuk buatnya...kalau tau awal2 lagi QH dah cuba...hihihi...melty hershey ni dah 2-3 minggu dah QH buat...tupon disebabkan whipping cream tu hampir lagi sebulan nak expire...kalau tak harus lagi tu tak buatkan...hehehe...pada yang belum mencubanya lagi harus cuba...sebab sedap pula tu boleh bubub ade saje yang kita nak kat dalam tu untuk menyedapkannya lagi...untuk 1 adunan resepi di bawah ni akan dapat sebanyak bekas seperti di dalam gambar yang ada ni...cukup la kan untuk makan sendiri...resepi ni QH ambil dari blog Rahel@Rahel Blogspot...resepi asal milik kak Noraslinda Bugal@FB...terima kasih buat kedua2nya kerana berkongsi resepi tersebut...izinkan QH kongsikannya pula di sini yer...jom tengok resepi di bawah ni...selamat mencuba...
Sumber: Rahel@Rahel Blogspot
Bahan A:
250ml UHT Whipping Cream (dairy fresh cream)
250g cream cheese
200ml susu pekat manis (kurangkan kalau tak suka manis)
Bahan B:
Syrup coklat jenama Hershey's (nak guna yang perisa strawberi pun boleh/nutella, apa2 jenis filling)
Biskut Marie/Oreo
Bahan Hiasan:
Gula-gula M&M, coklat chips, kekacang, cheddar cheese (disagat/diparut)
Cara membuat:
*Pukul cream cheese sehingga lembut. Masukkan susu pekat.Putar hingga rata. Masukkan pula
UHT whipping cream. Putar lagi hingga bercampur rata.
*Ambil bekas dan cedok 1 sudu adunan cheese dan tuang ke dalam bekas.
*Susun/patah-patahkan biskut marie/oreo.
*Picit syrup Hershey dan ratakan. Tabur coklat chips. Ulang step-step dia atas sehingga habis.
*Lapisan atas sekali, tuang adunan cheese dan picit syrup hershey.
*Tabur bahan hiasan mengikut kreativiti.
*Sejukkan beberapa jam sebelum dihidang.
Post a Comment