Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Cakkkk
Kembali bertemu semua…salam rindu-rinduan buat semua…lega
bile akhirnya dapat berblog semula hari ni…alhamdulillah…beberapa minggu yang
lepas QH agak sibuk sedikit…tak sempat nak menunaikan tanggungjawab yang satu
ni…tetapi aktiviti mencuba resepi tetap dijalankan seperti biase…cuma untuk
mendedahkan resepi yang dicuba tu yang tak sempat…pada follower baru terima
kasih kerana sudi memilih blog QH ni untuk difollow walaupon pada hakikatnya
blog ni terhenti siaran seketika…sokongan kalian amat QH hargai…pada kawan2
yang lama juga terima kasih atas sokongan anda…
QH mengharapkan supaya hubungan persahabatan kita yang
terjalin di alam maya ni akan berkekalan sampai bile2…walaupon kita berlainan
pendapat dan faham dalam dunia politik…jangan disebabkan itu kita bermusuhan…QH
terpaksa cakap begini…bukan untuk berkempen…sebab dah tiada guna pon…cuma tak
nak disebabkan masalah tersebut kita bertelagah untuk mempertahankan hak
bersuara masing2…yang dah lepas tu biarkan berlalu…ape yang penting kita
memikirkan ape yang harus dilakukan pada masa hadapan…
Kalau tengok pada wall FB buat masa sekarang ni…kadang tu tak
sanggup nak singgah ke situ lama2…ade saje berbalahan yang tercetus…memang la wall masing2 katanya...tapi kenapa sampai ade
yang nak ‘unfriend’ atau ‘block’…padahal sebelum ni elok saje kita berkawan…tapi
atas disebabkan masalah fahaman politik kita bermusuhan…QH mohon maaf yer jika
ade yang terasa…QH tak menujukan pada sesiapa pon…ianya umum…bersegera la kita
bermaafan…jernihkan kembali hubungan yang telah keruh tu…QH mengharapkan lepas
ni keadaan akan kembali seperti biase…lebih elok jika tayang gambar masakan
atau kek…hidup masakan!!! hehehe
Baikla…resepi kali ni resepi kek lagi dari QH…kek ni khas
buat hubby QH sempena besday pada minggu lepas 28.4.2013…punya la lamakan nak
ditayangkan…keknya pon dah tak nampak rupa dan sisanya lagi…hehehe…nak
kongsikan awal2 memang tak sempat…sabo aje la...resepi kek ni QH ambil dari
blog kak Azlita@Masam Manis…terima kasih yer kak…kek ni memang dalam list QH
untuk dicuba…hubby pon suka kek ni…sedap bile oren dan coklat bergabung…jadi
amat berbaloi la QH mencuba kek ni dihari istimewa beliau…hilang penatku…hehehe
Kek yang QH buat memang agak berbeza sedikit la dari resepi
asal…dimana dibahagian tengah tu QH buat sebaliknya dari cara resepi asal…sebab
dah tersalah bahagikan adunan tersebut…hehehe…bahagian dalamnya pula setelah
dioperate nampaknya tak menjadi sangat corak badan leopard...hihihi…nampak
sikit2 tu boleh la kan…dah nampak macam corak sebarangan aje pula…hehehe…tentang
deco pula memang QH pilih yang berbeza…untuk tema besdaykan…nak buat corak
rimau nampak macam ganas sangat lak…hehehe…tu yang deco ala2 drum…selaras
dengan minat hubby QH yang suka main dengan benda tu…tapi yang kat rumah punya
drum kecil elektronik tu aje…nak besar kena pegi jamming atau studio sape2 la
kan…tak kuasa nak menyemak set drum tu dirumah…
Pada yang ingin mencuba dipersilakan ye…bahan yang digunakan
pon tak banyak…semuanya basic saje…resepi ni untuk membuat 1 buku kek atau 2
keping kek yang berukuran 8 inci dan ketebalannya 2cm…jika nak buat 3 keping
kek atau lebih…aduan tersebut perlu digandakan…
LEOPARD CAKE/CHEETAH CAKE
Bahan2
240 gm mentega tanpa garam ~ dilembutkan
200 gm gula caster
100 ml susu segar atau susu cair
3 biji telur
250 gm tepung gandum
16 gm baking powder
1 sudu teh esen vanilla
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh coklat emulco
1 sudu teh pes oren
sedikit pewarna oren
Caranya
Sediakan 2 loyang berukuran 8 inc
Sapu loyang dengan sedikit butter dan lapikkan dasar
loyang dengan baking paper
Panaskan oven pada suhu 170C
Satukan tepung dan baking powder, kemudian di
ayak
dalam bekas mixer, satukan mentega dan gula caster
Pukul hingga adunan lembut
Masukkan telur sebiji demi sebiji.
Semasa masukkan sebiji telur masukkan juga 1
sudu besar tepung
Masukkan esen vanilla
Kemudian masukkan baki tepung berselang seli dengan
susu dan gaul dengan kaedah kaup balik
Mulakan dengan tepung dan akhiri dengan tepung juga
~ tepung ~ susu ~ tepung ~ susu ~ tepung
Gaul hingga sebati
Ambil anggaran satu cawan adunan dan letakkan pes
oren dan pewarna oren ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 2 cawan adunan letakkan serbuk koko
dan coklat emulco ~ kacau rata
Kemudian masukkan dalam piping bag
Ambil anggaran 1 cawan warna plain ~ tiada warna,
masukkan dalam piping bag
Untuk step seterusnya boleh lihat gambar di blog kak Ita yer...disitu ade gambar step by step cara di bawah ni dan mudah faham...klik SINI
Ambil anggaran 2 sudu besar adunan tak bewarna, ratakan dalam
loyang ~ gambar 1
Ambil pula adunan warna coklat dan paipkan atas adunan
tak bewarna tadi.
Buat lingkaran bulatan ~ kecil hingga besar
Lingkaran ni terpulanglah nak buat berapa lingkar.
Boleh buat 5, 4 atau 3
Lingkaran ni boleh buat 2 line ~ maknanya 1
lingkaran tu kita paipkan 2 kali.
Kemudian kita paipkan pula warna oren,
betul-betul di tengah-tengah lingkaran warna coklat tadi.
Lingkaran warna oren ni pun buat dalam 2
lingkaran setiap satu bulatan tu, supaya nanti warna oren tu nampak besar sikit
bila kita potong.
Kemudian kita ambil warna coklat sekali lagi dan
kita paipkan atas warna oren tadi dan tutup warna oren tadi keseluruhannya.
Berhati-hati.
Kemudian kita ambil pula warna plain atau yang
tak bewarna tadi, yang kita dah masukkan dalam piping bag, kita paipkan di
celah-celah lingkaran tadi ~ rata-rata
Selepas tu ambil warna plain dan ratakan atas lapisan
tadi, tutup keseluruhan permukaan adunan
Jangan kacau kuat-kuat tau..perlahan-lahan aje ratakan
supaya lingkaran di bawah tidak terusik atau terlanggar.
Kemudian masukkan dalam oven dan bakar pada suhu
170C selama 45 minit
Buat kaedah yang sama untuk loyang yang satu lagi.
Bila kek dah masak, biarkan 10 minit dan kemudian
telangkupkan atas redai dan sejukkan.
Selepas tu boleh la deco ikut kreativiti masing2 atau nak
deco macam yang kak Ita buat…resepi sepenuhnya boleh lihat di SINI yer
selamat mencuba…
Post a Comment