Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua…
Bebudak
sekolah yang sedang bercuti sekolah sekarang ni tapi dengan blog QH pon bercuti
sama yer…hehehe…beberapa hari yang lepas QH masih lagi dalam mood penat lagi…hari
Wesak yang lepas orang lain sibuk dan bersuka ria bercuti sana sini tetapi QH
sebaliknya…bekerja tau siap outstation lagi ke Muar…mana tak penatnya…macam episode
lepas geram la pulakkan…hehehe…pada adik2 yang sedang bercuti sekolah sekarang
ni manfaatkan cuti tersebut dengan sebaik2nya yer…jangan ditinggalkan terus
buku2 tu…paling tidak pon siapkan dulu kerja2 sekolah yang ade baru lepas tu
enjoy untuk buat ape2 pon…
Untuk
resepi hari ni…QH sediakan resepi yang amat popular sekali bile kita singgah ke
IKEA…tidak pon kalau ingat IKEA tu pasti akan teringat juga dengan meatballsnya
tu pada yang sukakannya…tapi QH sebaliknya pula…lebih teringatkan karipap IKEA
yang sedap tu…hehehe…resepi kali ni QH ambil dari [email protected] kasih
Hana kerana berkongsi resepi ni…ramai juga dah teman blogger yang lain mencuba
meatballs ala IKEA ni…sesekali tekak ni nak bertukar selera ke barat pula…tetapi
daging tu QH tukarkan kepada ayam…sebab daging lembu ni QH memang tak makan
langsung…tak tahu la kenapa…hihihi…kalau daging memang confirm sedap kot…makan
set hidangan ni cukup dah lunch kami hari tu…kenyang…meatballs ni sedap dimakan
panas tau...pada yang ingin mencuba pula lepas ni dipersilakan yer…resepinya
ade di bawah tu…
RESEPI MEATBALLS ala IKEA
Bahan Meatballs
·
1 peket meatballs (hana guna jenama Marina) (QH guna bebola
ayam jenama Azmy)
·
2 sudu besar butter
·
2 sudu besar air
·
sedikit minyak masak
Bahan
sampingan
kentang goreng, kentang rebus butter & mayonis, brokoli rebus, carrot
rebus. (QH letak kentang goreng (beli di Giant), brokoli rebus dan baby carrot)
Bahan
Sos
·
1/2 biji bawang besar holland (kuning) - potong dadu
·
1/2 batang saderi - potong dadu
·
2 cawan air
·
2 sudu besar susu segar/susu cair
·
2 sudu besar butter
·
2 sudu besar tepung gandum - bancuh air sedikit
·
1 setengah ketul kiub pati ayam (boleh juga cecair pati/stok
ayam)
·
1 sudu besar sos tomato
·
1 sudu besar sos tiram
·
1 sudu besar kicap pekat - bergantung kehitaman yg dikehendaki
·
1 sudu besar serbuk lada hitam
·
1 sudu kecil sos lea perrin - optional
gula secukupnya
Cara-cara
·
Rebus air dengan bawang dan juga batang saderi hingga mendidih.
Kemudian tapis dan rebus semula air rebusan tadi.
·
Masukkan semua bahan lain kecuali tepung gandum. Biarkan
mendidih sebentar. Kecilkan api, masukkan bancuhan tepung gandum dan kacau
sehingga sos pekat. Perasakan dengan sedikit gula secukup rasa (garam tak perlu
sbb dah masin). Matikan api.
·
Untuk grill meatball - Panaskan dua sudu besar butter dan
sedikit minyak masak (hana guna kuali non-stick). Grill meatball hingga masak.
Kecilkan api, masukkan 2 sudu besar air dan tutup kuali sebentar sehingga air
kering. (tips supaya meatball juicy) kemudian angkat. (lagi satu tips
jangan masak terlalu lama, meatball akan keras)
·
Cara hidangan - Sediakan meatball ke dalam pinggan bersama-sama
bahan sampingan. Tuangkan sos lada hitam dan sedia dihidang.
Post a Comment