Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Terlebih dahulu QH ingin mengucapkan jutaan
terima kasih kepada kawan2 yang sudi mendoa dan mengucapkan Selamat Hari Lahir buat
QH semalam…bertambah lagi la usia QH tahun ni…huhuhu…Alhamdulillah masih diberi
peluang OlehNya untuk QH bernafas lagi sehingga saat ni…tiada perkataan lain
selain terharu dan gembira bile melihat ucapan yang tidak putus2 yang diterima
di FB dan SMS…maaf jika QH tidak dapat membalas ke semua ucapan tersebut atau
terlepas pandang…ucapan tersebut amat QH hargai sangat2…QH sayang semua…muahh…muahh
Sebenarnya QH ni ade kembar tau…kembar
lelaki perempuan…sepasang!! jadi kami tahun ni sambut besday awal sehari la
pada Ahad hari tu…kembar QH tu pon dah ade beberapa hari sebelum tu di rumah…ambil
cuti sempena nak sambut besday di sini…takde la sambut dengan acara2 yang besar…setakat
buat kek sebiji aje…hahaha…yang lain makan kat luar saje…kebetulan besday tahun
ni QH kurang sihat la pulak a.k.a penyakit wanita setiap bulan tu…faham2 aje la
ehhh…memang ape yang dirancang sebelum ni nak masak itu ini terbengkalai…nasib
baik la semua faham…
Malu nak tunjukkan kek besday QH ni…rupanya
tidak seindah impian akan hasilnya tu…berkedut sana berkedut sini…hehehe…pilihan
pon kemain lagi…bercitarasa tinggi…LV…hehehe…kali ni kek span yang QH gunakan
adalah hasil olahan QH sendiri…yang telah dicuba beberapa kali sebelum ni…cuma tak
dipublishkan saje…dah ternyata hasilnya tetap sama dan lembut baru la berani
untuk ditayangkan…hehehe…sedap tau kalau dimakan begitu saje…aroma kek ni ketika
pembakaran pon…menusuk2 di setiap pelusuk rumah…hehehe…kemudian kek ni QH
gadingan bersama dengan FC perisa coklat…pada QH sangat sedap tau…
Untuk deco kek ni pula QH menggunakan
edible image dibahagian luaran kek tersebut…tu yang nampak berkedut2 sana sini
tu…pertama kali QH mencuba deco yang sebegini…pilihan pertama QH nak buat kek
ni bentuk handbag…tetapi terpaksa ditukar kepada deco yang biase saje…memandangkan
masa tu QH memang tek berapa nak sihat…jadi buat yang simple saje…insyaallah
jika QH buat lagi deco yang serupa…QH akan perbaiki lagi hasilnya tu…edible
image ni QH tempah khas di FB dari Ebidleimage Printing…QH menempah EI ni bersaiz
A4 sebanyak 2 keping…bile kek dah siap dilepa dengan FC baru QH potong EI tu mengikut
ukuran kek…
KEK SPAN ALMOND
Bahan A:
120gm tepung kek
30gm serbuk almond
1 sudu the serbuk penaik
Ayak dan satukan kesemua bahan tersebut. Ketepikan
Bahan B:
4 biji telur gred A
120gm gula kastor
10gm ovalet
Bahan C:
40ml air
1 sudu teh esen vanila
Cara:
1. Panaskan oven pada suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 7", griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper. Adunan kek ni QH bakar 2 kali sebab menggunakan loyang size kecil 7”. Boleh juga menggunakan loyang 9”.
2. Ayak dan satukan bahan A ke dalam mangkuk sederhana besar. Ketepikan
3. Menggunakan pemukul elektrik, putar telur dan gula kastor sehingga kembang dan gebu. Kemudian masukkan ovalette.
4. Masukan bahan A yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Kemudian masukkan esen vanilla dan air. Putar lagi sehingga sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
6. Tuang adunan ke dalam acuan. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. Bergantung kepada suhu oven masing2.
7. Bila kek sudah masak telangkupkan selama 5 minit agar kek tidak mendap. Terbalikkan semula dan keluarkan dari acuan.
8. Biarkan ia sejuk, kemudian bahagi dua untuk setiap kek tersebut sebelum dilepa dengan krim.
Seperti kebiasaannya QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kali ni QH memilih perasa coklat pula. Untuk ni tak payah diwarnakan sebab memang dah tersedia warna dan perasa coklat tu.
Sukatannya untuk FC ni pula adalah 2 cawan non dairy whipping cream.
Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau terbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.
Lepas tu boleh la dilepa ke katas kek keseluruhannya sehingga rata.
Cara mendeco kek
1.
Setelah kek sejuk, bahagikan kedua2 kek tersebut kepada 2 bahagian.
2. Selepas itu lepakan FC di atas setiap lapisan kek tersebut dan
keseluruhannya dengan rata sehingga siap.
3. Simpan kek tersebut seketika di dalam peti sejuk.
4. Sementara tu sediakan edible image, ukur dan potong mengikut
saiz kek tersebut.
5. Keluarkan kek yang dimana FC tersebut sudah keras.
Ambil sekeping edible image dan lekatkan di sekeliling kek tadi. Ratakan keseluruhan
edible image tu dengan menggunakan fondant smoother. Lakukan proses tersebut
sehingga selesai.
6. Kemudian lekatkan pula edible image untuk
bahagian atas pula yang telah dipotong bulat. Ratakan dan simpan kek dalam peti
sejuk.
7. Kemudian sediakan sedikit fondant dan warnakan
untuk dilekatkan pula pada tepi dan bawah kek seperti dalam gambar di atas.
8. Untuk melekatkan fondant pada edible image
tersebut QH hanya sapukan sikit air dengan menggunakan berus pada keliling
edible image tersebut atau mungkin ade kaedah lain kot.
Post a Comment