Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Bertemu kembali…
Seperti yang dijanjikan sebelum2 ni…hari ni QH
nak kongsikan satu lagi resepi yang QH sumbangkan untuk majalah Aroma pada bulan
Mac yang lepas…mungkin ade yang terlepaskan untuk memiliki majalah Aroma
tersebut…setiap kali keluaran majalah tersebut perlu dapatkannya cepat2…kalau
tidak gigit jari la jawabnya sebab majalah ni cepat habis…dulu majalah ni agak
sukar juga QH nak dapatkan…tak banyak kedai yang menjual majalah ni…amat terhad…tapi
sekarang tidak lagi...sekarang ni QH berlanggan di kedai buku kat depan pintu
masuk ke Pertama Komplek…
Baik la…resepi kali ni telah menjadi salah
satu resepi kegemaran QH tau…dimana resepi ni dah kali kedua QH buat…rasanya
tetap sama walaupon menggunakan ikan yang berbeza…sebenarnya ikan tu tak
menjadi masalah pon…hihihi…boleh gunakan ape saje jenis ikan…boleh
dipelbagaikan…kali pertama QH menggunakan ikan siakap…boleh klik di SINI yer...kali ni ikan bawal pula
menjadi pilihan…makan dengan nasi panas…alahai boleh bertambah2 pula nasi dalam
pinggan tu…hehehe
Resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…terima kasih Che Mat kerana menyumbang resepi ni…memang sedap dan
menepati citarasa…minta dihalalkan yer sebab QH dah muatkan dan panjangkan
resepi ni dalam majalah Aroma…kali ni di blog pula…pada yang ingin mencubanya
pula resepi ade di bawah yer…resepi yang simple dan mudah dimasak…
Ikan Bawal Goreng Berlada
BAHAN-BAHAN
1 ekor ikan bawal bersaiz sederhana
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
1. Lumurkan ikan dengan campuran garam dan kunyit tadi
hingga rata.
2. Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar lembap2, tapi
pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
3.Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar
dan buah keras tadi atau kisarkan bahan tersebut. Ketepikan.
4.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk
hancur atau kisar tadi hingga harum.
5. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.
6.Masukkan ikan goreng dan gaul rata-rata. Tuang
jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Perasakan dan jika ok boleh matikan
api.
7.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.
Post a Comment