Assalamualaikum dan Salam
Sejahtera semua…
Fuhhh minggu lepas
sekitar Lembah Klang dan kawasan sekitarnya telah mengalami gangguan bekalan
air…Alhamdulillah setakat ni kawasan rumah QH tak terkena dengan gangguan
tersebut…dugaan betulkan…QH faham bagaimana perasaannya jika terkena masalah
tersebut…terutamanya buat baker2 diluar sana tu…pasti pening kepala memikirkan
untuk menyiapkan tempahan2 yang ade…kerja2 membaking ni banyak menggunakan air…sebab
banyak peralatan yang nak digunakan…sedangkan untuk membuat sebiji kek pon naik
penuh sinki tu dibuatnya…inikan pula jika ade tempahan…dapat QH bayangkan
bagaimana banyaknya tu…tu belum bab nak mencuci pakaian bagai…kalau sehari
takpe terputus bekalan air tu…masih boleh mengharapkan lagi pada tangki yang
ade…tapi kalau dah berhari2 tu…faham2 sendiri la ehhh… sebab tak silap QH
sekarang ni pon masih ade lagi kawasan2 yang masih lagi terjejas dengan masalah
tersebut…banyak2 bersabar yer semua…
Hari ni sekali lagi
QH nak kongsikan salah satu resepi yang QH sumbangkan untuk Majalah Aroma bulan
Mac yang lepas…Cream Puff Coklat…resepi ni sebenarnya telah lama wujud dalam
draft blog ni…menunggu masa untuk ditayangkan saje…tetapi kebetulan pada masa
yang sama…pihak editor majalah tersebut ade meminta beberapa resepi dari QH…terus
saje QH senaraikan resepi ni…tu yang terus tertangguh untuk menayang resepi ni
di sini…nak tau bile QH buat cream puff ni…ianya telah dibuat pada bulan
Disember tahun lepas lagi…lama sungguhkan…hehehe…dekat 4 bulan resepi ni terperap di situ...cream puff ni permintaan mak
QH tau…setiap kali datang ke rumah QH pasti dia minta untuk buatkan cream puff
ni…cuma kali ni QH cuba perasa coklat pula…
Resepi ni QH jumpa
di MyResepi semasa mencarinya di Google…ianya adalah milik Kak Along@HomeKreation-KitchenCorner…terima kasih yer kak atas perkongsian resepi tersebut…QH panjangkan pula
resepi tu di sini pula ye…jika nak tengok resepi asal boleh klik di link atas
tu ye… sebab resepi dibawah ni QH telah mengubah sedikit daripada resepi asal…semasa
untuk dimuatkan dalam majalah Aroma tersebut…cream puff ni pula QH menggunakan
coklat ganache filingnya…jika suka boleh tambah badam nib yer…tapi badam tu perlu dibakar terlebih dahulu sekejap sebelum ditaburkan pada coklat ganache tersebut...lagi wallaaa kedebabommm
rasanya tu…tak percaya boleh cuba…hihihi…
Cream Puff Coklat
Bahan2
1 cawan tepung
gandum
2 sudu besar
serbuk koko
1 cawan
air
1/2 sudu
kecil garam
1 sudu besar
gula
1/2 cawan
mentega tanpa garam
4 biji
Telur
Caranya
1. Ayak
tepung dan serbuk koko.
2. Panaskan
bahan-bahan yang lain kecuali telur sehingga mentega cair. Tutup api.
3. Masukkan
campuran tepung sekali gus & kacau sehingga sebati.
4. Masukkan
telur satu-persatu sambil di pukul. Pastikan adunan
likat dan boleh dipaipkan.
5. Masukkan ke dalam piping bag dengan nozzle bintang dan paip
di atas dulang pembakar yang telah di alas dengan kertas parchment / kertas
minyak yang di gris.
6. Bakar
25 minit suhu 210C. Sejukkan.
7. Potong cream puff di bahagian tengah, paipkan dengan
coklat ganache atau nutella. Boleh taburkan badam nib jika suka. Badam tersebut perlu dibakarkan terlebih dahulu sebelum tabur pada coklat ganache tersebut.
Coklat Ganache
Bahan2
100ml double cream/ whipping cream
250gm coklat dicincang halus
1 sudu besar golden syrup
1 sudu teh paste vanila
Caranya
Double boil cream jangan sampai mendidih, tambah coklat &
sedikit garam, kacau rata. Bila semua sudah cair angkat dan sejukkan.
Post a Comment