Qasey Honey. Powered by Blogger.

APAM BERAS TRADISIONAL



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…


Apa khabar semua?? Macam mane cuti hujung minggu hari tu…seronok tak…minggu ni QH tak ke mane2 pon…menghabiskan masa dengan menjalankan rutin mingguan dan membaca novel…hehehe…kalau diikutkan dah lama juga tau QH tak membaca novel ni…lagi2 la sejak berblog ni…masa amat terhad sekali…tapi disebabkan penangan cerita kat TV3 setiap hari jumaat malam tu…Sebenarnya Saya Isteri Dia…mula2 cerita tu ditayangkan QH tak tengok pon…sebab takde kat rumah…masuk minggu ke 3 tu baru la berpeluang tengok cerita tu sampai habis…haiii best la pulak…rupanya cerita tu dari novel…apalagi terus saje nak dapatkan novel tu…tapi bile tengah hangat ni novel tu memang takde stok la kan…dah satu kerja merata mencari novel tu…kesudahannya dapat la di MPH JJ Wangsa Maju…masa nak membayar tu lucu jugak…bukan QH saje yang berminat dengan novel tu…rupanya ramai duk berkepit dengan novel tu…dah memasing tersenyum2 masa beratur nak bayar…hehehe…pengaruh TV betul la ^__^



Sekarang ni dah habis baca novel tu…so insyaAllah takde gangguan lagi untuk berblog…kalau tidak selagi tak habis baca novel tu…nak buat kerja lain pon takde mood…hehehe…tak sabar nak tahu kesudahan ceritanya…


Jadi sekarang boleh la ke resepi pula ye…kalau tengok di wall FB QH dan group yang QH join...ramai pula yang menayang kuih apam beras…berwarna-warni…cantik saje mata ni memandang…ade yang mekar…ade yang biase2 aje…jadi hari ni QH pon nak ajak juga la kawan2 semua mewarna…hehehe…sesekali bermain dengan warna ni syok tau…


Resepi Apam Beras ni QH ambil dari blog Kak CT@Dari Dapur CT…terima kasih ye kak…kali ni QH nak kongsikan resepi ni di blog QH pula…resepi apam ni juga turut dimuatkan dalam majalah Rasa edisi April 2013…Tahniah ye Kak CT…akak sememangnya layak…semoga lepas ni akan terus lagi sukses dan berjaya lagi…


Apam beras ni sedap juga tau rasanya tu…bile dimakan dengan kelapa parut tu bertambah sedapnya bile kelapa tu ade rasa masin2 sikit…hehehe…itu pada citarasa QH la kan…orang lain tak tahu la macam mane…sangat berbaloi la mencuba apam ni…satu adunan dapat banyak jugak kalau dibuat comel2 macam dalam gambar…untung bisnes sangat menguntungkan…hihihi…jika ade lebihan nasi semalam tu bolehla tukarkan nasi tersebut kepada apam ni...sila la tengok resepi dibawah tu yer…


Apam Beras Tradisional
By: Kak CT@Dari Dapur CT

Bahan-bahan:
2 cawan nasi sejuk
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula pasir
2 1/2 cawan air
2 sudu kecil yis kering - mauripan

pewarna makanan
Kelapa parut putih dikukus - gaul dengan sedikit garam



Cara-cara:
1. Blend nasi dan air sehingga hancur. Setelah hancur, campur brown sugar dan gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
2. Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis. Kacau rata.
4. Masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
5. Perap selama 3 jam.
6. Didihkan air dalam pengukus dan balut penutupnya dengan kain bersih.
7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
8. Ambil sedikit adunan ke dalam mangkuk kecil. Masukkan beberapa titik pewarna yang digemari dan kacau rata-rata.
9. Masukkan adunan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit dengan api besar.
10. Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam.





28 comments

Sheila Salim said...

assalamualaikum QH, sedapnya apam.. sheila suka ni. nanti nak try buat gak. hehehehehe

JaSSNaNi said...

memang sedap apam ni... lepas tu kena lak ngan masin2 kat kelapa tu.. haiiihhh.. sedap masuk tekak.. :D

yan's cottage said...

sedapnya...bila balik kampung mak selalu buat versi putih gebu tak letak warna...eee suka sangat....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Apam kaler maler yang cantik

Sweet red cherry said...

alahai comelnya apam beras QH..belum penah try lagi buat apam ni..

Mori Said said...

canteekknya apam tu...warna warni...

Gee® said...

Comelnya apam QH... terbaek!!

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

sedap tu QH...
akak pun buat apam beras gak kelmarin.. byk pula tempahan apam beras lately ni.. kebetulan anak2 akak pun suka.. so buat utk mkn sekali... tp apam beras akak lain sikit.. hanya guna tepong beras + tapai nasi + gula + air + eno... by the way.. resepi ni lagi senang nak buat sbb takyah buat tapai nasi kan..

asyifamustaffa said...

sama la kita qh...dah terjebak gak tgk drama tu..bru test tgk mnggu lepas...cam best je...ni pun nak try cari novel tu...ntah ada masa ke tdk nak baca nnti x tau la...dgn bby kcik ni lgi....hehe...

comey apam...:-) kalerful gitu!

norhidana said...

cantik betul kaler2 yg akak guna...

Yong Is My Name said...

Aduhai Qasey..


CUte + Comei + Gebus !

suryabil said...

Apam yg x jemu di makan,mudah dibuat..kan...kalerful gitu...sekli skala main2 warna ni mmg best gak kan...:-)..mbak sini sebekas tu nk rasa..hehheheh

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
akak pun layan jg citer tu he heee x miss lg ni sambil landing atas katil. Dah trend skrg citer semua dari novel kan,apalagi laku la kan
ank dara akak tu peminat novel2, akak tolong beli je (tgk ceritalah yg sesuai)tp baca x sempat he hee
mcm2 warna apam comel, sedapp ni akak kalu apam memang suka letak kelpa banyak2 gitu

Melly Octaviana said...

Cantik nya apam beras tuh.. menarik tengok colourful macam tuh.. rasa mau makan nya sekarang..hehe

ady said...

as-salam
cantik!! suka yg warna-warni..

tun_telani said...

Salam kak QH.. alahai.. comel2 sgt tun tgk apam nih.. baru wat apam jugak, tp sbb bawak gi usrah seloyang terus, xde nk amik2 gambar. dh penah try wat apam beras nih, tp guna resepi kat myresepi, sedap letak kelapa banyak2 ^^

Hasidah Bt Awang said...

amboi.....warna warni lg...i like..

Mamasya said...

Aslmkum QH
akk suka apam nasi...mkn dg kelapa parut....sedapp..

rahel said...

Sedapnya apam beras...len kali kena buat lebih sikit...gue pun nak jugak...

norhanim md zain said...

pagi pagi kalau pekena dengan kopi pekat..panas panas nie memang best nie...:o)

Mylesung said...

salam QH..comelnya apam beras ni..caler semua happening je..mesti sedap! :)

LEEN said...

senang je ek...nak cuba jgk la nnt :)

Unknown said...

pelbagai warna yang mmbuka selera..hehehe

Jom singgah blog saya jap
ShareTogether

Mas Sani said...

Hi qh.. nk sikit kuih apam.. cntikkk wane wani

Sue @ Nenie said...

Assalamualaikum Kak QH..wowww wieeee..kaler fulllll

zila norazila said...

Rajin btl qh..mcm2 colour lg..sedap nie.

Unknown said...

Sedap dah buat tadi

Dalila yusof said...

Sedapnya apam tu warna warni gitu