Qasey Honey. Powered by Blogger.

SAMBAL TELUR PUYUH



Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua…

Hari Jumaat sudah yer hari ni…maka bermula la bulan baru pada hari ni…sedar tak sedar kita dah meninggalkan bulan Februari semalam…dah ade ker sebahagian impian kita yang tercapai untuk tahun ni??? Pada yang lahir pada 29 Feb sila jangan bersedih yer…walaupon tarikh tersebut tidak ade dalam kalendar pada tahun ni mahupon tahun depan…usia anda tetap juga meningkat yer (hehehe) dan dapat disambut dengan meriah jugak…Selamat Hari Lahir diucapkan pada yang menyambutnya pada tarikh tersebut…mereka2 ni antara orang yang teristimewa tau ^__^


Buat pengetahuan umum…di SOGO KL  sekarang ni ade ‘SALE’ tau…Warehouse Clearance katanya…semalam lagi dah bermula…memang ramai QH tengok masing2 mengusung plastik sogo tu ke sana ke mari…haii jelesnya bile nampak orang yang sesenang hati ni bershopping…tak perlu buat kira2 bagai…lain macam QH ni…kena buat bajet belanjawan dulu…huhuhu…kalau menteri kata ok…baru lapang dada ni…walaupon kadang2 QH yang menjadi menterinya…hehehe…tapi jika QH berada di sana tengah hari nanti…boleh la kita berlaga2 bahu dan sama2 berebut barang2 yang berkenan tu nanti ehhh…hahaha…suka tengok suasana yang begitu walaupon kadang2 agak rimas jugak kalau terlalu ramai sangat orang pada satu2 masa…


Baik la…QH tak boleh nak berlama2 berada di depan komputer ni sekarang…banyak benda yang menunggu di sebalik tabir meja kerja QH tu…hehehe…resepi kali ni QH ambil dari blog Mas@MrsSunnies Home…walaupon ianya hanya la Sambal Telur Puyuh…hihihi…macam nampak sangat la QH ni tak pandai masakkan…hehehe…tapi apa salahnya jika ingin merasa resepi dari kawan2kan...resepi ni simple dan sedap…cukup rasa la orang kata…makan dengan nasi panas atau nasi lemak memang la mantoppp…jadi ape lagi pada yang ingin mencuba resepinya ade dibawah ni yer…terima kasih buat Mas dan Kak Shahriah ke atas resepi yang sedap ni…


SAMBAL TELUR PUYUH
Resepi : Buku sajian istimewa Shahriah Abdullah

Bahan2 :
30 biji telur puyuh - rebus
1 biji bawang besar - hiris bulat
2 sudu besar air asam jawa
Gula dan garam secukup rasa
Minyak masak secukupnya

Bahan kisar :
4 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
15gm cili kering
1cm belacan - mas tak letak
1sm halia  

Cara2 :
1. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
2. masukkan air asam jawa, biarkan sebentar, perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
3. Masukkan telur puyuh yang telah direbus terlebih dahulu.
4. Masukkan bawang besar dan sedia dihidangkan.



18 comments

Sheila Salim said...

Assalamualaikum QH, sedapnya sambal telur puyuh! hehe sheila setiap hari masak sambal.. hehe fav suami tu. rasanya nak try bubuh telur puyuh pulaklah. hehe cantik gambar telur puyuh atas nasi tu heheheh :)

Izwa Kamaruddin said...

sedap nyer!!!!!

faa.rosli said...

sambal puyuh biasa tapi decoration membuatkan telur tu nampak comel n exclusive..hehhe

Nina Mirza said...

As'salam QH,
menariknyer menu dan lagi menarik part gambarnya! terliur dibuatnya....

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
dah pun mac kan, hu hu cepatnya
terliur tgk menu ni sedapp
feberet asben akak ni
kat kg bil akak baru mula ternak puyoh ni blhlah nanti masak camni kan

aima said...

susun atur telur nya mgiurkan

Shiela said...

Assalam QH cayangg.. Chomelnyer telur puyuh n nasi kepal tu beraksi.. Mmg sedap kan sambal telur puyuh.. Pastu klu makan ngan ikan masin ker pulak.. Pergghh.. Layan abis..

Rohah said...

qH!!!!! akak tgk rekahan kulit telur tu pun dah tergoda tauuu..telur ni sedap buat sambal..ari tu akak makan ngan bubur nasi..demam macam tak demam bila ngadap hidangan tu...

Unknown said...

sini pulak komen..hehe..time free ni boleh ler akak komen dua tempat.
cantik QH deko, kalau akak, tak kuasa...ikut suka kat mana nak snap foto.

ibh_sue said...

Asslmkm QH.
Penangan telur puyuh ni... Dgn gigih pegi kedai juga mencari telo puyuh..He3

tun_telani said...

Salam kak QH.. sedapnyer la kalau dpt makan nih.. tun mmg suka mkn telur puyuh..

asmahyusof said...

Salam QH syggg...
Mmg pun...kjp jer dh msk mac...rsnya byk lg yg x tercapai..huhu....best btl sambal puyuhnya...tgk dia kn kepung ngan bawang...dh tergude ;)

rahel said...

Kalau telur masak sambal memang my pebret...laju meter...

Anonymous said...

bestnya

jujurnya kan, tak penah pun masak telur puyuh ni kekeke, cuma kekadang makan kalau beli yong tau foo tu je

best jugak ye masak sambal mcm ni, dan dan perut lapar

Melly Octaviana said...

comel nya telur puyuh... ;)

Delima Zamrud said...

Alah comey nyer telur puyuh QH nie, mmg rajin kan QH nie gambar masakkan lawo2 belaka :)..

Dunia Marketing Aja said...

Jadi Lapar ni melihat masakan ini

Anonymous said...

Kalau pakai lada boh boleh tak ?