KEK AISKRIM
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sedang hati tengah berbunga2 waktu itu dan stok aiskrim kebetulan baru dibeli…seperti biasa QH akan mengadap dulu komputer untuk mencari resepi yang sesuai dan senang untuk dicuba…mungkin orang kata dah rezeki tu…ia ker statement ni…hihihi…kebetulan masa tu QH terbuka FB sekali dan terus terpandang gambar kek yang baru diposkan oleh salah sorang kawan di FB iaitu Nora Dany Harry…ape lagi terus saje klik gambar tersebut dan terdapat resepi sekali dibawahnya…QH baca dan tengok senarai bahan tersebut…terus terpikat…pastu ade la QH tanya2 sikit kat empunya resepi tu...QH putuskan nak cuba resepi ni…ape tidaknya…kek yang dipos tu memang gebu dan bahan pon sangat2 senang…terima kasih yer Nora kek ni memang sedap, lembut dan gebu!!
Dalam pada senang2 tu…rupanya tepung yang QH nak gunakan tu dah tarikh luput la pula…sambung lagi sekali mengadap komputer mencari kot2 ade cara buat tepung sendiri pula…rezeki sekali lagi…memang ade!!! Alhamdulillah…selamat duit…hehehe…sebab kalau ke bakery yang konon hanya nak membeli tepung naik sendiri tu…silap2 barang2 lain pon akan naik sendiri ke dalam bakul kat bakery tu…kan dah membazir tu kan kan…hahaha…jadi QH cuba juga buat tepung naik sendiri tu yang QH ambil dari blog KakRogayah@Dari Dapur Kak Yah tu…senang je nak buat tepung tu rupanya…bahan2 memang cukup tersedia stoknya kat rumah…terima kasih yer kak…berkongsi ilmu tu…memang sangat2 membantu dan kek yang dihasilkan tu memang lembut dan gebu…lepas ni tak perlu beli dah tepung naik sendiri tu lagi…
Pada yang ingin mencuba buat pula kek aiskrim ni…sila la ikut resepi dan cara yang dah QH sediakan tu yer…jika ade yang berminat untuk menempah…sila jangan malu untuk berbuat demikian ye…harga boleh dirunding ^__^
7 sudu teh baking powder
1 sudu teh garam
Caranya
KEK OREN
paste oren (kalau suke perisa lain,leh tukar ye)
Cara menyediakan kek aiskrim
Untuk creamnya pula seperti biasa QH akan menggunakan Non Dairy Whipping Cream jenama Rich. Kali ni QH memilih perasa coklat pula. Untuk ni tak payah diwarnakan sebab memang dah tersedia warna dan perasa coklat tu. Untuk kek aiskrim QH rasa menggunakan FC memang sesuai dibandingkan menggunakan buttercream. Sebab kek ni perlu disimpan dalam freezer dan FC pula memang perlu sejuk. Jika menggunakan buttercream ianya akan keras dan mungkin juga akan merekah jika terlalu sejuk dan lama di dalam freezer.
Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental. Jangan sampai terlebih pukul. Janji ia nampak lembut. Kalau terbalikkan bekas tu ianya tak jatuh.
Lepas tu boleh la dilepa kek atas kek keseluruhannya sehingga rata. Untuk deco kek seperti dalam gambar, gunakan spatula atau belakang sudu dan tarik2kan fc tersebut sehingga siap. Simpan kek ke dalam peti sejuk selama 2 jam atau semalaman.
Post a Comment