Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI JALA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bersiaran!!!
Selamat bertemu kembali dan salam rindu buat semua…

Hari ni merupakan Hari Wilayah bagi seluruh Wilayah Persekutuan…bermakna CUTI la hari ni…pada yang bekerja tu jangan jeles yer dengan kami…hehehe…lagi bertuah ianya jatuh pada hari Jumaat penghulu segala hari…jadi bersambungan la sampai ke hari minggu nanti…dapat la 3 hari…yehaaaa…memang minggu yang menyeronokkan buat QH ketika ni…minggu ni QH tak terlibat dengan sebarang aktiviti opis seperti sebelum ni…jadi memilih untuk berehat saje di rumah…sebab minggu depan adalah minggu yang cukup2 padat buat QH…


Jadi dikesempatan ni QH mempunyai ruang untuk memberi tumpuan pada blog pula yang sudah semakin terabai sekarang ni…blog pon dah lama tidak berupdate…akibat kesempatan masa yang amat terbatas ketika ini…bile dah setiap minggu takde di rumah…dapur pon dah lama tak berasap dan berkecah…yang paling penting sekali QH dah lama tidak membaking…rindunya nak merasa kek hasil buatan sendiri…silap2 nanti kekok pula untuk mendeco kek bile dah lama tidak diasah bakat tu…hihihi…sungguh tau…tahun ni sebiji kek pon belum terhasil lagi ni…kalau tengok pada list...macam2 resepi kek yang nak diterainya…tapi bile yerk???


Takpe la kita tinggalkan dahulu persoalan tersebut tanpa jawapan…huhuhu…jom nikmati hidangan alam maya hari ni…perkongsian resepi kali ni adalah Roti Jala yang telah dibuat pada tahun lepas…diulang yer tahun lepas…hehehe…ketika tu mak QH datang ke sini…kebetulan ketika tu ade lebihan lauk kari ayam semalamnya…jadi buat la roti jala ni untuk sarapan pada pagi tersebut…kebetulan lagi QH dah lama tak makan…jadi kepingin pula…memang licin…itu QH buat 3 adunan tau…cuma agak penat sikit la memicit botol tu sampai siap…hehehe…tapi berbaloi…


Baik la setakat ni dulu yer entri untuk kali ini…InsyaAllah kita akan bertemu lagi di lain hari pula yer…jom tengok resepi yang QH sediakan dibawah ni yer…Roti Jala dan Kari Ayam…selamat mencuba…^__^


ROTI JALA

Bahan2:
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan santan KARA
11/2 cawan air
1 biji telur 
1/2 sudu kecil garam
pewarna yang disukai

Cara:
Satukan tepung bersama santan, air, telur dan garam. Kacau sehingga rata dengan menggunakan whisk kemudian ditapis.
Masukkan pewarna dan kacau hingga sebati.
Rehatkan adunan lebih kurang 5-10 minit.
Masukkan adunan ke dalam botol muncung 3 atau acuan roti jala.
Panaskan kuali leper non stick dan oles sedikit minyak pada kuali.
Picitkan adunan tadi ke atasnya.
Bila permukaan atasnya dah kering terus angkat. Tak perlu dibalikkan.
Bila roti jala dah masak, angkat dan gulung atau lipat mengikut citarasa masing2.
Ulang proses tadi hingga selesai.



KARI AYAM
Resepi: Qasey Honey

Bahan2
1/2 ekor ayam
1 paket Perencah Kari Ayam Maggi
1 paket kecil serbuk kari ayam
1 biji bawang besar
4 tangkai daun kari - dihiris
1 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
5 biji cili padi - diketuk
3 biji kentang - buang kulit dan dibelah 4
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya

Caranya
Panaskan minyak, tumis cili padi dan bawang besar hingga kekuningan & pastikan jangan sampai hangit.
Masukkan perencah kari ayam maggi dan daun kari. Tumis hingga wangi.
Masukkan ayam dan ubi kentang.
Gaulkan ayam dan kentang hingga bergaul rata dengan rempah tumisan biarkan lebih kurang 10minit dengan api sederhana.
Masukkan garam, gula, serbuk perasa, air asam serta santan cair.
Tutup periuk dan didihkan hingga ayam lembut.
Apabila ayam sudah lembut, masukkan santan pekat. Kacau perlahan dan kecilkan api.
Dengan api kecil, masak lagi selama 10 minit. Siap.


20 comments

Amie said...

Come-comelnya roti jalanya... jomlah kita makan sama-sama QH, apa tunggu lagi he he ehhh.

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

suka makan roti jala yg bergulung ni, senang jer dipotong dan disuap seketul2 tapi yg tak bestnya kalau bergulung ni sy mesti makan banyak sebab tak sedar amek segulung demi segulung, hehehe

ady said...

as-salam
i love roti jala served with curry chicken...mabeles...

Gee® said...

Slmt bercuti QH... waaa sempat menjala yer... jelesnya tgk roti jala yg cantek tu...

Rohah said...

selamat bercuti org wilayah...
akak klu makan ni tak kenyang 1-2 je..mahu lebih punya..kari pun mau banyak2..heheee..

sabar dubai said...

Hoho dapnyee qh...dah lme kite xmenjala

asyifamustaffa said...

aduhhh...lamanya x mkn roti jala...nak menjala tu yg x larat rasa tu....huhuhu....

inahar ali said...

waduhh..akak pun nk tumpang mamam roti jala 3 ketui..dapnyer nmpak kari ayam tuh!

rahel said...

Ooo Qasey...ada lg k roti jala mu itu?...lamanya tak mkn roti jala..teringin la

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
waaaa bestnya cuti kan ..akak x cuti tp best gak sb ramai2 ibubapa cuti so cuma tinggal beberapa org je anak2 dtg taska he hee kelas pun tutuplah
roti jala pun mak akak suker ni nak lg cicah kari tu emmm yum yumm lawalah jalanya kemas
Qh guna yg botol tu ye

Shiela said...

mmm.. Sedapnyer nampak QH.. Lama betul akk ni tk menjala..

Mylesung said...

all time peberet sy ni QH..nyum2..ehemmm..tertib sungguh roti jala mu..hehe

hazila said...

Lamanya akak tak menjala...

Unknown said...

dh lma tak mkn roti lala cicah kari...sedappnyaa!!

Nieda Ramly said...

Sesekali menjala sedap juga.mkn cicah kari daging.

ogyep yummy mellow said...

Lama betul tak pekena roti jala ni... pekat likat karinya QH... yummylicious..

tun_telani said...

Salam kak QH ^^ sedap nyer roti jala.. dh lama betul tun x menjala. tunggu mood dtg, bila dh stat menjala selang 2-3 hari nk makan roti jala. hihi

Unknown said...

sedapnye..jalanya pun cntik. nk bt cmane yer bg kemas mcm tu. salam perkenalan dan folow sini jugak.

Wan's Katering said...

Roti Jala Memang best, bila pekena dgn gulai kari memang terangkat...

jika ada kawan2 yang nak buat majlis keramaian cth akikah, kenduri kesyukuran dll tapi tak sempat nak buat sendiri.. wan's katering sedia menerima tempahan roti jala.

bolehlah layari : http://wanskatering.blogspot.com/

lostkid_95 said...

1 kilo tepong santan brapa kotak