Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua…
Cakkk
kembali bertemu lagi di sini…^__^
Aduhaiii
sekarang ni bile dah selalu tenggelam timbul di blog…sedikit sebanyak boleh membuatkan
diriku ni agak malas sedikit untuk mengupdate blog seperti dulu…buka tutup buka
tutup aje blog tu setiap hari…ade masa kadang tu siap mengantuk yang teramat
sangat bile berada di depan komputer ni…jauh sangat bezanya sewaktu mula
berblog dulu…boleh bertahan berjam2 mengadap blog…mungkin sudah faktor usia kot…hehehe
Sebelum
terlupa…QH nak ucapkan selamat datang kepada follower baru kerana sudi
berkunjung dan follow blog QH ni…nanti QH akan follow balik blog anda pula yer...tugasan
QH untuk BW pon belum selesai lagi ni…akibat line tenet yang kesemputan
sekarang…terpaksa berkali2 refresh setiap blog untuk meninggalkan komen…insyaAllah
lepas ni akan menyambungkan semula tugasan tersebut bile dah siap semua kerja2
kat opis nanti…hihihi…QH hargai sangat untuk setiap komen2 indah yang kawan2
tinggalkan untuk QH…tanpa kawan2 siapa la QH ni…terima kasih :)
Baikla
kali ni QH kembali nak kongsikan resepi lauk pauk pula…pernah dengar tak resepi
Ayam Masak Ujang ni…mungkin rata2 ade yang tak tau kot…andaian saje yer…mane
yang tau tu tentu orang Kluang…hihihi…sebab resepi ni agak popular juga kalau di Johor…dari mane asalnya resepi
ni QH tak pasti la pula…hehehe…tapi kalau kita ke kedai makan sesetengah kedai
ade menyediakan menu ni…kalau di Kluang tempat popular masakan ujang ni di
kedai makan dekat keretapi tu…memang sedap pon…bile dah selalu makan boleh agak
la bahan2 yang digunakan tu…adik ipar QH pon pandai jugak masak ujang ni…dulu
minta aje dia masakkan kalau tiba2 teringin nak makan…hehehe
Sekarang
ni hubby QH pula yang terer masak lauk ujang ni…menu yang kerap juga la dimasak
di rumah ni sebenarnya bila dah buntu nak masak lauk ape…cara masakannya pon
simple saje…yang paling penting ianya sedap dan pedas berapi…hihihi…lauk ujang juga
boleh dimakan dengan nasi putih atau nasi goreng…makan dengan nasi putih la
lagi sedap…pasti boleh membuatkan kita makan bertambah la ketika tu…hehehe…pada
yang ingin merasa boleh la mencubanya yer resepi dari hubby QH ni…berbaloi2…selamat
mencuba
AYAM MASAK UJANG
Bahan2
1/2
ekor ayam - di potong kecil2
2
biji bawang besar - potong bulat
2
ulas bawang putih
10
biji cili padi - diketuk (boleh tambah jika suka lebih pedas lagi)
10
sudu makan sos tiram
Tepung
jagung - dibancuh dengan sedikit air
Garam
dan gula secukupnya
Caranya
Ayam
dipotong kecil2 dan dibersihkan. Gaul ayam tadi dengan sedikit garam.
Goreng
ayam tadi 1/2 masak atau jangan terlalu garing biar lembap2 sedikit. Angkat dan
ketepikan.
Tumbuk
hancur bawang putih, cili padi dan sedikit belacan. Ketepikan.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur
hingga harum. Masukkan hirisan bawang besar yang dipotong bulat tadi.
Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula.
Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung. Kacau rata dan masak
hingga pekat.
Masukkan ayam goreng dan gaul rata2. Masak sekejap. Rasa, dan jika
ok boleh matikan api.
Boleh
dihidangan dengan nasi putih atau nasi goreng.
Post a Comment