Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Alhamdulillah kembali kita bertemu semula hari ni…ape
khabar semua?? Mudah2an semuanya sihat2 belaka yer…Alhamdulillah juga QH dah
selamat sampai ke rumah pada Ahad malam…kepenatan pon masih belum hilang lagi
sebenarnya…tapi semalam dah bekerja seperti biase…huhuhu…cuma bos bagi
kelonggaran sikit untuk masuk lewat ke pejabat…apalagi gunakan la peluang yang
ade tu dengan sebaik2nya la kan…hehehe…bukan senang nak dapat…terima kasih
bos!! baru la happy nak buat kerja sebegini lagi di lain hari dan masa nanti…^__^…
Bile ade kesempatan dan masa yang sesuai sebegini
dapat la QH menunaikan tanggungjawab untuk meneruskan karya di blog pula…cuma belum
ade kesempatan lagi untuk BW dan membalas komen yang indah2 itu…tanggungjawab
yang ade sekarang ni membataskan semua itu berlaku seperti dulu…maaf yea semua…insyaAllah
QH akan berkunjung balas jugak nanti…tanpa anda tak meriah la blog QH ni…terima
kasih juga kerana sudi singgah berkunjung ke sini…sayang anda semua…muah muahhh
Kali ni QH nak kongsikan resepi Soto Ayam pula…sesekali
bertukar selera dengan masakan yang simple pula…ermmm ye ker simple…hehehe…dapat
menghirup sup yang panas2 tu alangkah sedapnya…hasil resepi kali ni QH skodeng
dari blog Kak Yatie@Sinar Kehidupan pula…tertarik sangat dengan resepi ni…ape
lagi harus la mencubanya…hihihi…kebanyakkan resepi soto ayam ni lebih kurang
sama saje…tetapi tidak salahnya jika ingin mencuba dari sumber yang lain pula
kan…
Ternyata ianya memenuhi citarasa QH…sebenarnya dah
lama QH tak menikmatinya…lebih suka buat sendiri dari beli di gerai2 yang sedia
ade tu…bukan ku tak sudi yer…cuma mungkin banyak lagi pilihan yang lain kot…hehehe…senang
saje penyediaan soto ayam ni…sedar2 dah siap…nasi impit QH beli yang segera tu
aje…lebih menjimatkan masa dan tenaga…hahaha…terima kasih yer kak Yatie sudi
berkongsi resepi ni…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini…jom
semak resepinya…selamat mencuba!!!
SOTO
AYAM
BAHAN-BAHANNYA
·
Nasi Impit secukupnya
·
1 ekor ayam - dipotong 4 (3 kpng di goreng dan 1 kpng di cincang
kecil2)
·
3 s/b rempah sup/ rempah soto
·
1 ketul sup bunjut adabi
·
1 s/b lada sulah- di tumbuk lumat
·
1 ketul kiub pati ayam
·
6 cwn air atau secukupnya
Bahan
Tumis
·
Rempah tumis(1 kayu manis, 1 bnga lawang, 2 buah pelaga dan 2 biji
cengkih)
·
2 biji bwng merah- di hiris
·
2 ulas bwng putih- di hiris
·
2 btng serai- di titik
·
2 cm lengkuas- dititik
Bahan
Kisar
·
1 biji bawang besar*
·
5 ulas bawang merah *
·
3 ulas bawang putih *
·
1 inci halia *
CARA-CARANYA
1.
Kisar halus bahan yang bertanda *
2.
Sementara itu goreng 3 keping ayam yg dilumur sedikit garam dan
serbuk kunyit hingga sedikit garing. Angkat dan ketepikan dahulu.
3.
Panaskan sedikit minyak di dalam periuk, tumiskan rempah tumis,
bwng merah dan bwng putih yg di hiris, serai dan lengkuas yang telah dititik
hingga naik bau, kemudian masukkan bahan kisar, kacau hingga garing.
4.
Masukkan rempah sup dan serbuk lada sulah, kacau sebati dan
masukkan kiub ayam tadi, masukkan air dan ayam yg di cincang tadi... gaul rata.
5.
Masukkan sup bunjut adabi dan gaul sebati.
6.
Biarkan sehingga mendidih, masukkan garam dan sedikit gula, kacau
rata dan perasakan.
7.
Sekiranya rasa dah ok, matikan api dan bolehlah hidangan bersama
nasi impit.
8.
Sementara itu siat2kan isi ayam hingga habis.
Bahan
utk tabur dan di makan bersama nasi impit
·
1 mangkuk kecil tauge
·
1/2 cwn kcng tanah- di goreng
·
1 paket kecil su'un- di goreng
·
sambal kicap secukupnya
·
2 tangkai daun sup dan daun bawang - dihiris halus
·
Sedikit bawang goreng
·
Garam dan sedikit gula
Cara
Penyediaan
1.
Masukkan nasi impit yg telah di potong kecil kedalam mangkuk
hidangan, kemudian letakkan sedikit tauge, ayam yg telah di siat2 tadi, kcng
tanah goreng, su'un goreng dan tuangkan kuahnya, taburkan daun sup, daun bawang
dan bawang goreng. Letakkan sedikit sambal kicap.
2.
Setelah siap bolehlah di makan. Selamat Mencuba...
Sambal
Kicap
·
10 tangkai cili padi merah
·
15 tangkai cili padi hijau
·
3 ulas bwng putih-bakar sebentar
·
1/2 cwn kicap manis jalen atau secukupnya
·
2 sudu besar gula
·
1 sudu kecil minyak masak- supaya biji cili hancur
·
2 biji limau kasturi-ambil jusnya.
Caranya
1.
Kisar cili padi merah dan cili padi hijau, minyak, bwng putih
bersama kicap jalen tadi.
2.
Tuangkan dlm mangkuk dan campurkan jus limau kasturi tadi. Gaul
sebati.
3.
Boleh di makan bersama soto tadi. Sedap juga di makan bersama
begedil ayam.
Post a Comment