Assalamualaikumdan
Salam Sejahtera semua…
Siaran lewat!!
Alhamdulillah
masih lagi diberi kesempatan untuk kita bersua lagi di alam maya ini…ape khabar
semua??? salam rindu2an QH buat semua follower dan pengunjung blog ini...hari
ni bermulanya episod baru di Tahun 2013…SeLaMaT
tAhUn BaRu diucapkan buat semua…panjatkan
kesyukuran dan mohon doa semoga negara kita terus kekal aman serta makmur…justeru
semua orang dapat mengusahakan impian yang direncana...mudah2an tercapai azam
dan segala cita-cita...semoga juga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan
dikurniakan olehNya rezeki yang melimpah ruah…amin ^__^
Hari ni juga
Wilayah Persekutuan cuti sempena sambutan tahun baru…malam tadi seperti tahun2
yang sudah QH hanya duduk di rumah saje…teringin jugak nak sambutnya di luar
tengok bunga api bagai tu kan…tapi amat malas nak berasak2 dan berhimpit2…jadi tengok
la konsert dan bunga api kat tv saje…boleh baring2 dan makan2
lagi…hehehe…dikawasan rumah QH ade juga bunga api pada detik 12 malam tu…itupon
disediakan oleh mereka2 yang bermurah hati dan terlebih duit untuk membeli
bunga api yang mahal tu…yang untungnya kita dapat menontonnya sekali secara
percuma…hahaha
Semalam QH memang
teringin sangat untuk menyediakan entri terakhir bagi penutup tahun 2012…tapi masa
pula takde…sebab semalam QH berangkat balik ke KL semula…sengaja balik awal
takut jalan jem hari ni…jadi hari ni boleh la berehat2 lagi sehari sebelum mula
bekerja semula esok…takde la berehat sangat2…biase la bile dah berada di rumah
sendiri ni…banyak pula yang perlu dibuat…
Besok sesi
persekolahan juga akan bermulakan…bagaimana dengan persiapan anak2 yer wahai
ibu2 dan bapa2 semua?? dah lengkap ke belum?? Mungkin ade yang telah disiapkan
lebih awal supaya tidak kelam kabut nanti atau mungkin hari ni masih ade lagi
yang masih berlegar2 mencari barang2 keperluan yang masih tertinggal…diharapkan
seisi persekolahan esok akan berjalan dengan lancar ye…
Baikla dari
terusan saje membebel…elok la dihentikan dulu…nanti tak sampai2 pula hajat
sebenar untuk bersiaran hari ni…hihihi…
Perkongsian
resepi alam maya hari ni adalah Cake Pop…sangat comelkan kalau kita cake pop ni…lagi
la sekarang ni macam2 bentuk boleh dibuat…rajin dengan tak saje untuk
mencubanya…hehehe…cake pop ni adalah cubaan pertama QH…sebelum ni hanya tengok
orang buat…itupon sebab ade lebihan kek untuk di cake popkan…kalau tak entah
zaman bile la akan tertunai hajat tu…hehehe…
Buat cake pop ni
ianya mudah saje…janji kek span tu sudah tersedia…untuk cake pop ni QH
mengunakan kek oreo…lebih Kek Oreo yang QH buat sebelum ni…klik SINI yer kalau
nak tengok…jadi dengan rasminya cake pop ni dah lama QH eksperimenkan…cuma nak
ke udara tu aje selalunya lambat…hihihi…di bawah QH ade sediakan resepi kek
oreo ni sekali lagi…ianya diambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis
…terima kasih
ye kak…
Cara membuat cake pop QH sediakan jugak…jadi jika nak mencubanya…sila
baca arahan betul2 tau…mesti menjadi seperti dalam gambar2 yang ade dalam entri
ni…QH tak dapat nak tunjukkan kesemua step by stepnya…entah macam mane boleh
terlupa la pulak untuk diabadikan…lain kali la ehhh…itupon kalau terbuat lagi…
Jom la lihat dan
tengok bagaimana resepi dan cara membuatnya…selamat mencuba semua…
KEK OREO
ResepiAsal: Oreo Cup Cake
Sumber Resepi: Kak Azlita@Masam Manis
Dicuba oleh: Qasey Honey
Bahan2
125 gm butter
1/2 cwn gula
1 cwn tepung naik sendiri - ita guna tepung kek
½ sudu kecil baking powder - tepung dan baking powder diayak
2 biji telur
½ sudu kecil esen vanilla
4-6 keping oreo - kisar halus (QH kisar sekali dgn krimnya)
Caranya
Campurkan butter, gula, tepung, baking powder, telur dan esen vanilla dan pukul selama 2 minit. Jangan terlebih pukul ye!
Campurkan oreo dan kacau rata.
Tuangkan adunan dalam paper cup.Susun atas tray. Tuang adunan dalam loyang.
Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 10 - 15 minit 20-25 minit atau sehingga masak.
CAKE POP
Bahan2
Kek span secukupnya (QH guna kek oreo)
3 sudu besar atau secukupnya jem atau filing mengikut citarasa (QH guna filing oren)
300gm coklat susu kompaun (QH guna jenama beryl’s)
Lolipop stick secukupnya
Hiasan - hundred thousand, sprinkle, kacang/badam cincang
Caranya
Ramas atau hancurkan kek span tadi.
Masukkan jem atau filing dan gaul rata hingga kek menjadi moist.
Ambil segenggam kek tadi dan bentukkan bulat. Timbang setiap bebola kek tadi 10gm untuk mendapatkan size dan berat yang sama. Teruskan sehingga habis.
Sejukkan bebola kek tadi dalam peti ais selama 2 jam.
Setelah 2 jam, bolehlah memulakan proses menghias bebola kek.
Cincangkan coklat masakan dan cairkan dalam periuk secara double-boiler. Bila dah cair biarkan seketika.
Ambil batang lolipop dan celupkan sedikit hujungnya dengan coklat.
Kemudian cucukkan ke dalam bebola kek yg sudah disejukan tadi lebih kurang separuh kedalamannya.
Biarkan hingga ia keras seketika supaya ia tidak tercabut apabila dicelupkan ke dalam coklat cair nanti.
Celupkan perlahan-lahan bebola kek ke dalam coklat, salutkan ia sepenuhnya. Ketuk-ketukkan sedikit supaya lebihan coklatnya jatuh.
Bila dah siap dicelup, taburkan bahan hiasan yang disukai.
Bila dah siap, cucukkan Cake Pop yang siap dihias pada polystyrene supaya coklat boleh mengeras dan biarkan ia kering sepenuhnya. Teruskan menghias Cake Pop yang lain.
Siap dan boleh dinikmati.
Post a Comment