MEE GORENG PATTAYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebenarnya QH perasan jugak ade banyak blog2 masakan yang kurang aktif lagi sekarang…maaf cakap yea…kejap ade kejap tidak…tidak seperti di zaman QH mula berblog dulu…wah macam dah lama la pulak ekkk…hihihi…sebab masa tu banyak blog yang seangkatan dengan QH...sama2 mula berblog!!...dimana masa tu kami bersaing hampir setiap hari mengupdate blog dengan pelbagai resepi serta berbalas komen…merasakan kami sangat mesra masa tu...mengalahkan macam berjumpa di dunia yang ntaya...tanpa hasad dengki lagi...saling memperbaiki kekurangan dan kesilapan masing2...QH rindukan zaman tersebut…
Tidak seperti sekarang ni…dunia blogging masakan seakan suram sedikit…tidak terkecuali QH pon begitu jugak…semuanya sebab atas tuntutan kerja yang tak menentu…QH pasti blogger2 yang lain pon begitu jugakkan…dulu hampir setiap hari setiap masa QH dapat berblog walking ke blog rakan2…tapi sekarang jika ade kesempatan baru la dapat berbuat begitu…kadang nak tengok blog sendiri pon tak sempat…sampai pernah terfikir untuk berhenti saje dari dunia blog yang penuh glamour ni…hihihi...tapi tak boleh la pulak bile tengok rakan2 blogger mengupdate blog dengan pelbagai resepi yang indah2 tu…diri ni jadi bersemangat semula…hehehe…jadi tunggu, tengok dan lihat saje perjalanan blog ni macam yea selepas ni…
Baik la jom tengok resepi pula…resepi ni hasil skodeng QH di Google hari tu…terjumpa resepi yang sedap dan enak ni…dari mana?? Haaa meh nak cerita la ni…QH ambil resepi ni dari blog Kak Ayu@Curlybabe’s Satisfaction…hari tu nak sangat makan mee goreng tapi nak cari sesuatu yang lain dari lain sikit…maka terjumpa la resepi ni…terus saje jatuh cinta…nampak menarik sangat dari gambar yang Kak Ayu postkan tu…tengok resepi pula…kebetulan bahan2 ade tersedia di rumah…jadi ape lagi teruskan saje projek memasak mee goreng ni…campak2 sana campak sini…siap…kejap aje pon masaknya…hihihi…rasanya memang terbaik…sesambil nak siapkan untuk photoshoot…sempat juga tangan ni mencapai seurat demi seurat mee ni ke mulut…nasib baik tak nampakkan…kalau tidak nampak sangat tak kesenonohannya tu kan…hahaha…
Semasa mengupdate blog ni sekarang…QH kembali kecur dan terliur pula bile melihat gambar2 tu…anda pula bagaimana??? Harus lagi la kan…hehehe…jadi ape tunggu lagi cepat mencari bahan2nye tu…terpulang juga jika ingin menambah ape2 yang patut mengikut selera masing2 ehhh…asanya boleh tengok seperti resepi di bawah ni…QH ikut saje cara tersebut…pada Kak Ayu terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang sedap dan enak ni…jom masak
Mee Pattaya
Sources:- Aneka Hidangan Mi Alaf 21 via mesra.net
-(Bahan2 ni kita sesuaikan dengan berapa orang penduduk dirumah ni)
150g mee kuning
50g udang
50g daging ayam(dipotong)- Ayu gunakan ayam dada dihiris
50g sotong dihiris
50g kobis bunga dipotong
2 tangkai sawi dipotong
1sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap pekat
2 ulas bawang putih(ditumbuk)
2 sudu besar cili kisar
2 biji telur(dipukul)
minyak masak & garam& serbuk perasa
Cara:-
Panaskan minyak masak dalam kuali. Tumis bawang putih & cili kisar hingga garing. Masukkan ayam, udang, sotong, kobis bunga & sawi. Masak selama 2 minit. Kemudian msaukkan kicap pekat, sos tiram & mee. Apabila cukup masak, angkat & ketepikan. Panaskan sedikit minyak & dadarkan telur hingga masak. Bubuhkan mee diatas telur tadi & dilipat bentuk sampul surat.
Post a Comment