MUFFIN PISANG COKLAT CIP
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Jika membuka blog menggunakan google Chrome dan blog tersebut telah dilanda dengan virus ni…akan keluar perkataan seperti di atas tu…jadi jika masih berminat ingin meneruskan dan membaca blog tersebut boleh la klik perkataan ADVANCE tu…nanti akan muncul perkatan ‘Proceed at your own risk’…klik ayat tersebut…nanti akan disambungkan terus blog tersebut…setakat itu dulu yang QH ketahui…pasni QH akan minta bantuan hubby untuk tindakan selanjutnya…
Baik la untuk mengubat hati yang gungah ni…jom memufin…muffin ni harus dibuat tau…sebab sedap sangat…rugi kalau tak cuba…resepi ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…sangat tertawa pertama kali melihatnya di hari tayangan…kebetulan juga masa tu bahan2 memang dah tersedia di rumah…kebetulan pula lagi QH pon dah lama tak buat muffin sendiri…
MUFFIN PISANG COKLAT CIP
2 biji telur
1 s/k esen vanilla
2 cawan tepung gandum ~ diayak
1 s/k baking powder ~ diayak
Panaskan suhu oven pada 180C
Masukkan telur satu persatu dan esen vanilla. Kacau sebati.
Masukkan tepung yang telah diayakkan.
Masukkan pisang dan serbuk koko. Kacau rata.
Masukkan coklat cip dan kacau lagi.
Masukkan adunan dalam muffin cup.
Taburkan sedikit coklat cip dan sedikit badam cincang di atasnya.
Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
Sejukkan atas redai kuih dan hidangkan.
Post a Comment