Qasey Honey. Powered by Blogger.

IKAN SIAKAP GORENG BERLADA



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…

Dapat akhirnya QH bersiaran hari ni…salam rindu dan sayang buat semua…terima kasih kepada follower2 baru blog Qasey Honey…nanti QH follow balik kamu2 yer…^__^…terima kasih juga pada semua yang masih sudi bertandang ke sini walaupon dah lama tiada entri baru yang dapat disediakan dan meninggalkan komen2 yang indah2…nanti jugak QH akan berkunjung balas ke blog masing2 yea…




Sekarang ni QH masih lagi dalam mood bercuti dan bersiaran dari kampong halaman yang indah nan permai ni…ohhh yeahh…hahaha…pada yang bercuti panjang macam QH ni…selamat bercuti dan berhati2 dijalanraya yea…pada yang masih bekerja dan tiada cuti lagi untuk bercuti sila la teruskan dengan kerja2 kat opis tu ehhh...buat kerja dengan seikhlasnya yea…jangan jeles ngan kami tau…hahaha




Berbalik pada resepi alam maya hari ni…QH sajikan Ikan Siakap Goreng Berlada buat semua…sila jangan tertipu yea…ini bukan resepi hari ni atau bukan resepi yang sebentar tadi QH masak…mood sekarang nak makan masakan mak saje…hehehe…resepi ni dah lama QH kerjakan…tak ingat bila ianya dimasak…hihihi…punya la lama…




Resepi ni QH ambil dari blog CMG@Dapur Tanpa Sempadan…kalau mengikut resepi asal ikannya tu adalah ikan tongkol tapi QH tukarkan kepada ikan siakap…ape2 ikan sekalipon ianya sesuai…memang terbaik sangat2 tau resepi ni…senang, mudah dan sedap…sangat sempoi rasanya…boleh bertambah la makan dibuatnya…sangat2 memenuhi citarasa kami…secukup rasa…tak percaya…sila la mencubanya yea…resepi QH ade sediakan di bawah ni…selamat mencuba semua…




IKAN SIAKAP GORENG BERLADA
Resepi Asal: Ikan Tongkol Goreng Berlada

Bahan-bahannya :-)
1 ekor ikan tongkol bersaiz sederhana. potong sederhana tebal, cuci bersih dan toskan* - QH guna ikan siakap
Sedikit serbuk kunyit*
Sedikit garam*(*disatukan dan gaul rata2)
3 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 biji buah keras
2 biji limau kasturi, ambil jusnya
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit hirisan daun bawang untuk hiasan

Cara membuatnya :-)
1.Goreng ikan tadi, tapi jangan garing sangat, biar embal2 sahaja (lembap2), tapi pastikan ikan masak. Angkat dan toskan.
2.Tumbuk hancur cili merah, bawang putih, bawang besar dan buah keras tadi (QH kisarkan saje bahan2 ni). Ketepikan.
3.Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk hancur hingga harum. Masukkan garam secukup rasa dan sedikit gula. Kacau rata dan masak hingga pekat.
4.Masukkan ikan goreng dan gaul rata2. Tuang jus limau kasturi, kacau dan masak sekejap. Rasa, dan jika ok boleh matikan api.
5.Tabur hirisan daun bawang sebelum dihidangkan.



23 comments

Izwa Kamaruddin said...

terliur!!!!

Sheila Salim said...

Assalamualaikum, sedapnya! terliur saya tengok pagi2 gini. hehe. bestnya masih cuti!!!!!

Gee® said...

Hamboiiii...!! seronoknya bercuti sambil makan masakan emak yer...

asyifamustaffa said...

amboi...bercuti di kg...mesti seronok tu....
pagi2 tgk ikan nie....nmpk sedap plak...!

cahayahidupku.blogspot.my said...

Wah meriah sungguh lada atas ikan siakap tu ye... sedapnya.. :D

Dikbee said...

amboi...sedapnyer...

yan's cottage said...

salam QH...
Amboi cuti sakan noh....nampak sedaplah siakap berlada nie...makan ngan nasi panas2 lagi sedap....

Kakcik Seroja said...

Sedapnya dimakan dengan nasi panas. :)

tun_telani said...

Salam kak QH.. tun sgt terliur!! mmg siakap masak apa pun sedapkan..

Amie said...

Selamat bersiaran kembali QH... jom merempit masak! Cantik hidangan ikan tu, yang tak tahan bila tengok sambal ladanya tu....nampak sedap sangat!

Seri Kandi Di Tanah Jauhar said...

ni kalau ratah2 jer pun sedap, QH

faa.rosli said...

lauk kita harini ayam goreng berlada..hehehe

khairiah khaizu said...

patut ler lama x nmpk n3 baru, bercuti rupa2nya......selamat bercuti lah ye QH, akak keje lg sb cuti dh habis huaaaa!!!!huaaaa!!!!!huaaaa......

Unknown said...

salam QH wah mesti dah habis ni ikan yg sedap ni takpe kalau ada tulang2 tinggalkan ek akak suka tulang2 tu yg tepi sirip ke ekor ke hehehee

ogyep yummy mellow said...

kelasss gitu QH... suka amat nengok all yor photos... Ikan tu bukan main berposing lagi.

Anonymous said...

arghhhhhhhhh stressnya dgr org sedap2 holiday kekeke, lg stress tgk ikan siakap ni comey je posing nya, best jugakkan masak mcm ni, & friednly atkins ni, nanti boleh lah try

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
akak pun rindu nk jln2 blg QH ni nk tgk masakan2 sedap
kat kg biasalah kan x sempat nk layan lappy he he

asmahyusof said...

Salam QH....
patut la senyap...cuti rupenya..hehehe...
sedap menu nie..terliur sudah..tp dah licin kannn...

zila norazila said...

salam syg qh,
mableess tue..akk suka masak mcm nie..sekali adap sure licin kami ank branak h ehhee slamat bercuti :)

Sue @ Nenie said...

Salam Kak QH...sedapnya ikan siakap...saya klu dapat lauk macam ni ratah saja pun sukeeeeee

Unknown said...

sedapnya..nak cuba resepi ni..

Rohah said...

bestnya dia bercuti lama ye..
masakan hasil air tangan ibu memang membuatkan kita beerselara makan kan, maybe sbb kita dah jarang2 berada di sisinya,tak seperti kita masa kecik2 dulu..
ikan kerapu besar macam ni mmg puas ratah je lepas selesai makan ngan nasi..

Mylesung said...

salam jeles QH..yea cuti puas2 k..nex wik turn sy pula bercuti & anda bekerja..hihi..neway..siakap tu nampak mabeles..terliur!