CHOCOLATE BAR BUBBLE RICE
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebenarnya sekarang ni mak QH pon dah seminggu ade kat rumah…masa hubby amik QH di Kuala Kangsar hari tu mak QH pon ikut sekali…nak berehat kat KL pula katanya…katanya la…tapi tengok macam2 jugak yang dibuatnya dalam rumah tu…berkemas sana, berkemas sini…masak tu, masak ni…kita suka aje la…tak halang pon…hihihi…siap minta2 lagi suruh masak ni, masak tu ade la kot…dalam minggu ni hari2 QH bawak bekal…sebab pagi2 lagi dah terhidang sarapan di atas meja…jimat duit poket seminggu…hahaha…bile lagi kan nak merasa airtangan mak sendiri…masa ni la kan…asyik makan hasil airtangan sendiri pon boring jugak…psttt alasan aje tu…sebenarnya diri sendiri dah jadi pemalas semula…hahaha…
Baik la asyik bebel aje dari tadi jom la tengok resepi pula…kali ni coklat pula…saje2 nak buat coklat sendiri pula…masa ke bakery hari tu berkenan sangat la tengok acuan coklat bar ni…tu yang beli…QH beli di Yummie, Bangi…jadi daripada acuan tersebut menjadi hiasan dalam kabinet…baikla digunakan dengan sebaik2nya…tu yang terjadinya Chocolate Bar Bubble Rice…kebetulan pula bubble rice tu dah lama juga QH membelinya…sebelum raya lagi dah ade…tapi tak tahu nak diapa2kan…lagi pon senang saje nak buat coklat ni…QH tak campurkan ape2 bahan2 yang lain…semata2 coklat masakan tu dicairkan dan tabor la bubble rice tu kat dalamnya…senangkan…sekejap saje dah siap…jadi ape tunggu la…cepat2 cari acuan tu dan boleh la mulakan projek mencoklat hari ni…boleh la anak2 makan sambil nonton tv…resepi dan caranya ade di bawah ni yer…selamat mencuba semua…
CHOCOLATE BAR BUBBLE RICE
Bahan2
Bubble rice secukupnya
Paipkan coklat yang telah dicairkan tadi ke dalam acuan lebih kurang 1/2 sahaja.
Simpan di dalam peti ais sehingga mengeras.
Setelah keras keluarkan coklat dari acuan.
Ratakan lebihan coklat tersebut jika ade dengan menggunakan pisau yang tajam.
Jika ingin membalut coklat tersebut bolehlah sediakan aluminium foil yang dibuat khas untuk membalut coklat. Siap.
Post a Comment