Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Kembali bersiaran pada hari ni…
Sebelum tu QH nak tanye pada kawan2 semua…pernah dengar tak mengenai
virus ‘malware’… virus
ni QH tengok sedang melanda pada beberapa blog yang QH follow…bile kita klik
link blog tu nanti ianya akan ke page lain pula…mengatakan blog tersebut di
block…untuk surfing the internet QH menggunakan chrome…tak tahu la jika
menggunakan Mozilla ade masalah itu atau tidak…
Pemilik blog takkan tahu tau masalah ni jika pengunjung blog tidak
memberitahu pada empunya blog masalah ini…sebab ianya boleh dibuka dan diupdate
seperti biase oleh pemilik blog tersebut…jadi QH pon takut jugak jika ianya ade
berlaku pada blog kesayangan QH ni…jadi dikesempatan ini QH nak bertanya jugak
la pada pengunjung blog QH ni…ade pernah terjadi tak masalah tersebut di blog ni…
Jika ade sila beritahu yer…mane tahu ade jalan penyelesaiannya…lagi satu
jika ade cara nak mengatasinya…sila la berkongsi info tersebut…boleh sama2 kita
mencegahnya…
Lagi satu cerita…pernah dengar tak mengenai ‘ebook’…QH baru mengetahuinya
semalam…itupon melalui entri dari Kak Azlita
…malam tadi baru QH berkesempatan
skodeng ke situ…sangat ketinggalan betul la kan…sangat canggih…macam tengok catalog
shopping2 lak…hehehe…boleh diselak satu persatu muka surat…ianya boleh dikategorikan
sebagai majalah online yang editornya adalah kita sendiri…bestkan…
Jika inginkan pembaharuan dan mencuba sesuatu yang baru ape salahnya…boleh
la mewujudkan satu ebook untuk blog sendiri pula…selain dari Kak Azlita…QH
tengok ade seorang lagi blogger yang dah menggunakan aplikasi tersebut iaitu
Kak Ucu…jadi jom beramai2 menggunakannya…itupon jika rajin…hehehe
Baik la tinggalkan sebentar cerita2 di atas tu yer…jom tengok resepi pula…kali
ni nak berkongsi resepi puding pula…dimana ianya dibuat sebagai hantaran adik
QH haritu…konsep warna tetap sama iaitu biru putih…
Untuk resepi puding ni QH ambil dari blog Kak Ct@Ct Delima…kalau ikut
pada resepi asal ianya adalah pudding rainbow…tapi QH mengolahkannya sedikit…mengikut
tema la katakan…QH tak merainbowkan puding ni…hanya menggunakan warna biru dan
kaler asal susu tu saje…lepas tu layernya pon berbeza…bukan sebab malas yer…hihihi…saje
dibuat begitu…
Tak susah pon nak buat puding ni…cukup senang…resepinya pon mudah…untuk
satu adunan resepi ni…jika menggunakan botol saiz macam QH ni…maaf la lupa lak ape
sizenya…lama dah QH membelinya…boleh dapat dalam 9 botol…jika nak banyak boleh
gandakan saje adunan di bawah tu yer…
Jika menggunakan botol caranya sama saje seperti biase…tuangkan saje
dalam botol tu…jangan takut botol takkan pecah jika dimasukkan adunan tu panas2...kalau
dah puding tu ianya sedap dihidang ketika sejuk…sila la mencubanya yer…
Terima kasih pada Kak Ct kerana sudi berkongsi resepi ni…QH nak kongsikan
pula di sini yer…jom skodeng resepinya…^__^
Rainbow Pudding
By: Kak Che CT@CT Delima
Bahan pudding plain :
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter air - 4 1/2 cawan
Bahan pudding susu:
1 bungkus agar-agar plain - 8 gm
120 gram gula pasir - sesuai rasa
1 liter susu cair - 4 1/2 cawan
1 sudu teh esen vanilla
Pewarna makanan:
merah, jingga, kuning, hijau, biru, ungu. Cukup
sekadar 1-2 titik setiap lapisan atau sesuai keperluan. (QH menggunakan warna biru sahaja)
Cara-cara :
1. Masak
pudding plain dan pudding susu didalam periuk berasingan hingga mendidih,
kemudian kecilkan api hingga yang paling kecil, cukup sekadar pudding sentiasa
panas.
2. Siapkan loyang/acuan pudding pilihan, basahkan dahulu dengan air. (QH menggunakan botol kaca)
3. Ambil 150 ml pudding plain, titik kan pewarna merah secukupnya. Tuang ke
loyang /acuan. (jika buat di dalam botol sukat
mengikut ketebalan yang diingini, kalau boleh biarla sama rata ketebalannya
baru cantik) biarkan hingga bahagian atas pudding seperti ada lapisan,
jika disentuh dengan jari sudah tidak melekat tapi pudding masih belum
beku.
4.
Kemudian ambil 150 ml pudding susu pula, titik kan pewarna merah secukupnya. (yang ini QH tak mewarnakan susunya) Tuang di atas
pudding merah tadi secara perlahan-lahan sesudu demi sesudu dengan jarak dekat
dari permukaan pudding sebelumnya agar lapisan pudding di bawahnya tidak bocor.
5. Ulang proses tersebut berulang-kali dengan warna yang berlainan hinggalah
warna yang terakhir dengan cara yang sama. Sejukkan dalam peti sejuk. Keluarkan
dari loyang/acuan. Dan sajikan ketika sejuk.
NOTA : Proses melapis mesti dilakukan dengan perlahan-lahan dan cermat untuk mendapat lapisan yang cantik.
Post a Comment