Qasey Honey. Powered by Blogger.

OMBRE CAKE with FONDANT + FLOWER GUMPASTE + HANTARAN PERTUNANGAN = 3 IN 1


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Panjangkan tajuk entri pada kali ni…harap jangan pening yer…hihihi…QH akan ceritakan satu persatu yer…gambar pon banyak tapi QH menggunakan teknik photo grid bagi menjimat ruangan pada picasa album…sampai ade yang tertinggal untuk di watermarkkan…sila jangan curik yer gambar ade di dalam ni…kalau teringin jugak sila minta izin…^_^

Peristiwa di atas semua berkaitan tu yang QH satukan saje ceritanya…kalau dibuat berasingan bile tergendala untuk bersiaran nanti dah terganggu dan cerita dah menjadi basi pula…itu termasuk sekali pakej terlupa dengan ape yang telah berlaku nanti…hihihi…untuk resepi kali ni QH ade buat beberapa olahan dan mencuba sesuatu yang baru buat pertama kalinya…sementara ingat ni baik la didahulukan yea tak…

Ini la yang QH lakukan semasa menghilangkan diri seketika dari berblog…menyiapkan hantaran adik dan kek hantarannya sekali…


Ok sebagai permulaan ni QH nak mulakan dengan flower gumpaste dulu yer…sebab ianya harus dibuat terlebih dahulu sebelum menyiapkan keknya…

Flower gumpaste ni QH buat sendiri tau…pertama kali mencubanya…walaupon ade flower gumpaste yang dah tersedia dibakery2 tapi ianya tidak memenuhi citarasa la kononnya…hahaha…macam yang buat sendiri ni cantik sangat kejadiannya…hehehe…masalahnya bunga pilihan QH takde la pula dijual dibakery sebab tu la buat sendiri…motifnya juga untuk belajar sesuatu yang baru pula…

Pemberitahuan modal untuk menghasilkan gumpaste sendiri ni boleh tahan jugak tau kosnya…salah satu bahannya iaitu gam tragacanth/gumtex/cmc tu agak maha…sebotol kecil berbelas ringgit harganya…tapi kalau nak mencuba ape salahnya…kos tanggung sendirikan…hehehe…lagi satu gumpaste ni tak semestinya digunakan untuk buat bunga saje tapi boleh jugak dibentukkan dengan ape saje yang kita inginkan…boleh bentukkan bakul ker, kasut bag dan sebagainya…terpulang pada kreativiti masing2…


GUMPASTE

Bahan2
530gm gula ising
3-4 sudu makan air
1 sudu makan liquid glucose
1 sudu makan gam tragacanth/gumtex/cmc

Caranya
1.Ayak gula ising dang am tragacanth sebanyak 3 kali. Masukkan ke dalam mixer.
2.Sebatikan liquid glucose dan air, kacau rata. Kemudian masukkan ke dalam gula icing sambil di uli hingga rata dengan speed perlahan.
3.Keluarkan dari mixer, uli dengan tangan hingga menjadi doh yang tidak melekat fi jari. Jika melekit tambahkan gula icing dan jika keras tambahkan sedikit air. Simpan di dalam kedap udara dan biarkan semalaman sebelum digunakan.
4.Apabila hendak menggunakannya, uli lagi dengan gula icing sehingga mendapat doh yang lembut dan boleh dibentuk.
5.Untuk mewarnakannya ambil lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
6.Siap digunakan untuk membuat bunga dan figurines.
7.Uli hingga lembut dan gelek doh nipis dan terap dengan acuan bunga atau acuan biskut.
8.Boleh juga dibentuk figurines.



Berikut adalah beberapa langkah yang QH lakukan untuk menghasilkan flower gumpaste ni.

1. Memula sekali kena buat gumpaste ni terlebih dahulu. Selepas tu simpan di dalam bekas kedap udara dan biarkan semalaman.
2. Sebelum mencanai gumpaste tadi, buat dulu inti atau biji2 bunganya seperti dalam gambar. Boleh dibeli di kedai barang2 hantaran. Gunakan dawai dan ikat pada tengah bahagian inti bunga membentuk tangkai.
3. Kemudian baru boleh mula mencanai gumpaste tadi. Tekstur gumpaste ketika ni keras yer, jadi untuk melembutkannya uli dengan sedikit gula icing sehingga lembut.
4. Selepas tu canai dan terapkan bentuk bunga mengikut pilihan pada gumpaste tadi. Jika ingin mewarnakan gampaste tadi, gunakan lidi dan celup dengan pewarna, calitkan di atas doh dan uli hingga warna menjadi sekata.
5. Sebelum tu sapukan gumpaste tadi dengan menggunakan berus yang lembut untuk membuang lebihan gula aising yang ade di atas permukaan gumpaste tadi.  
6. Tekan bahagian hujung setiap kelopak bunga tu dengan menggunakan modeling tool set berbentuk bulat atasnya.
7. Bile dah siap ditekan keseluruhan kelopak bunga tersebut. Letak di atas bekas yang dasarnya dalam atau bulat untuk membentukkan kelopak bunga tersebut.
8. Bolehla siapkan kelopak bunga seterusnya. Terpulang nak buat berapa lapis pon. Gunakan kaedah yang sama seperti diatas.
9. Untuk melekatkan kelopak bunga tersebut satu persatu, QH mengambil sedikit aduan gampaste tadi dan rendamkan dengan air panas. Kacau sehingga sebati dan cair seperti gam. Kemudian baru la boleh digunakan.
10. Camtumkan kelopak bunga tersebut dan letakkan inti bunga tadi di bahagian tengah. Biarkan flower gumpaste tadi sehingga betul2 keras. Lepas tu baru la boleh digunakan untuk menghias kek.

Resepi gumpaste ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan…terima kasih Kak Wan…QH nak kongsikan resepi ni pula yer…

Sebelum buat ni QH banyak jugak rujuk pada blog2 dan juga youtube…di bawah ni QH sertakan link sebagai sumber rujukan yang QH gunakan untuk membuat flower gumpaste…gumpaste ni QH gunakan juga untuk membuat huruf dan love pada kek hantaran ni...


Ideas
Creative cake decorating



Ok seterusnya resepi kek hantaran pula…QH bikin kek yang simple2 saje…pilihan kali ni adalah ombre cake…untuk keknya QH ambil dari resepi red velvet cake yang biase QH gunakan tu…boleh klik SINI dan SINI yer…dimana resepinya QH olah sedikit dari segi warnanya…tukar kepada biru yang lain sama sperti biase…QH suka menggunakan kek ni sebab teksturnya dan kek ni pon sedap dan lembut…

Sebelum tu kek ni QH tak dapat nak ambil gambar yang cantik…siap aje malam tu terus masukkan ke dalam bekas warna hitam tu…sebab besok awal paginya QH nak bergerak ke kampong dah…bile sampai saje dikampung susah la pulak kek ni nak keluar dari bekas tu…lain kali yer QH tunjukkannya…

Untuk kek ni QH buat dengan menggandakan kepada 4 adunan daripada resepi di bawah…kalau nak buat 3 adunan pon boleh jugak…cuma QH ni kalau buat kek kalau tak tinggi memang tak sahkan…hehehe…adunan kek ni QH bahagikan kepada 5…

Setiap lapisan kek ni QH bakar secara berasingan…kaedah yang QH lakukan adalah seperti biasa untuk membahagikan adunan sama rata dengan menimbang keseluruhan adunan kek tersebut…kemudian baru la bahagikan adunan tadi kepada 5 pula…kaedahnya sama macam buat kek rainbow…

Untuk mewarnakan kek ni pula QH menggunakan pewarna liquid brand chefmaster dalam botol yang bermuncung tu…bile dah ombre ni setiap lapisan kek sudah tentu la berbezakan warna…dari terang ke gelap atau gelap ke terang…cara untuk mewarna kek ombre adalah seperti di bawah ni…

Lapisan pertama kek 1 titik
Lapisan kedua kek 3 titik
Lapisan ketiga kek 5 titik
Lapisan keempat kek 7 titik
Lapisan kelima kek 9 titik

Sumber resepi asal red velvet ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…terima kasih kak…


OMBRE BLUE VELVET CAKE

Bahan2
1 1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - QH guna pewarna biru
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - guna gula kastor
1 biji telur - guna gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - jika tiada boleh guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda

Caranya
Panaskan oven pada suhu 175C atau bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna 160C selama 20 minit.
Dalam satu bekas ayak tepung, baking powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut. (bahagian ni QH skip sebab menggunakan pewarna biru)
Dengan menggunakan mixer, pukul butter dan gula hingga lembut dan ringan. 
Masukkan telur dan pukul lagi hingga bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu, tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna dgn spatula.
QH bahagikan adunan kepada 5 dan dibakar berasingan.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. QH menggunakan loyang bersaiz 8x8 inci.
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit atau sehingga masak. QH guna api atas bawah.
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas redai hingga ia benar2 sejuk.


Cream cheese frosting

Bahan2
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga kaku 

Caranya
Pukul cream cheese dgn butter sehingga lembut.
Turunkan speed mixer kepada kelajuan rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku tadi dan gaul dgn spatula.

*Adunan cream Cheese Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan mendeco atas kek.

Sapukan Cream Cheese ke atas kek.
Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki cream cheese mengikut creativiti anda.



Disebabkan kek ni nak berjalan jauh…jadi QH menggunakan fondant untuk membalut keseluruhan kek ni…ditepi bahagian kek ni QH ombrekan juga dengan renda2 yang bertingkat tu menggunakan fondant…fondant ni QH beli yang dah siap saje brand lupa dalam plastic kaler biru tu…

Cara QH mendeko kek ni…
1. Bila kek dah sejuk boleh la sapukan cream cheese ke atas setiap lapisan kek. Satukan.
2. Kemudian disapu nipis cream cheese tadi pada keseluruhan kek.
3. Simpan dalam peti sejuk sebentar sehingga cream cheese tadi keras.
4. Sementara menunggu cream cheese tadi keras boleh la sediakan fondant untuk membalut kek.
5. Jika fondant masih melekit2 tambahkan dengan tepung jagung sedikit. Nak mencanai pon kena taburkan tepung jagung untuk menggelakkan fondant melekat pada alas pencanai.
6. Gelek fondant sehingga mendapat saiz yang sesuai untuk membalut kek. Jangan mengelek fondant terlalu nipis kerana akan mudah koyak nanti semasa ingin meratakannya.
7. Keluarkan kek yang dimana cream cheesenya sudah keras. Ambil fondant dan letakkan di atas kek tadi. Ratakan keseluruhan fondant dengan menggunakan fondant smoother. Ratakan bahagian bawah fondant dan buang lebihannya.
8. Selepas tu boleh la membuat renda ombre dikeliling kek tersebut. Kaedah sama macam buat kek. Warnanya terang ke gelap. Untuk membuat renda ditepi2 tu boleh lihat caranya di link yang Qh sertakan dibawah ni yer.

Fifty Shades of Cakes

 

9. Untuk melekatkan fondant kaedah yang QH gunakan sama macam gumpaste kat atas tu tadi. Ambil sedikit fondant dan rendamkan dengan air panas. Kacau fondant tadi sehingga cair macam gam.
10. Bile dah siap lekatkan renda2 tadi boleh la deco mengikut kreativiti sendiri. Siap.


Oppsss cerita belum habis lagi yer…ade lagi sikit aje ni…hehehe…kali ni sesaje nak berkongsikan pula hasil kerja keras tangan QH dalam membuat hantaran la pulak…sangat simplekan hantaran tu…itu aje yang termampu QH buat…

Hantaran ni QH dah siap2kan dah semasa di KL…tapi tak mencantumkannya…susah pula nak nak bawak dan simpan dalam kereta nanti…lagi satu takde sape yang nak menjaganya nati…kereta memang penuh dengan barang2 ni…termasuk la dengan beg QH yang berbeg2 tu…hehehe

Sampai di kampong baru la QH cantumkan…itu la hasilnya…hehehe…majlis pertunangan ni berlangsung Sabtu lepas selepas Deepavali…Alhamdulillah berjalan lancar…cuaca pon ok sangat hari tu…elok saje majlis tamat baru la hujan mencurah2 dengan lebatnya…hujan rahmat la tu kan…

Selepas ni projek QH untuk menyiapkan bekas goodies untuk majlis kawin adik ipar pula…yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan Februari tahun depan…

Ok baru la habis entri pada kali ni…macam panjang ajekan kali ni…selamat membaca yer semua (^_^)

Sekian…


19 comments

ady said...

as-salam

I really thought the flowers were real..Beautiful cake!

Rohah said...

alhamdulillah selamat sudah majlis..semoga dirahmati Allah buat adinda QH tu..mara banyak tapak dah tu Qh,..cantek hasilnya..

Anonymous said...

camtiknya, kita suka sangat bunga tu, pastu ruffles2 tu pun kita suka jugak, apapun rajinnya buat gumpaste sendiri ye

tapi satu musykil, atas fondant boleh letak cream cheese ye, sebab kita aritu letak buttercream, pastu tutup dgn fondant, fondant tu melorot turun, tak lekat atas kek, lepas tanya sifu2 dorang kata cuma boleh sapu jem je atas kek sebelum salut fondant, tak taulah qh, tapi percubaan kedua sapu jem alhamdulilah lah elok lekatnya

pastu tak tau kita yg terlepas pandang atau apa, qh lekatkan ruffles tu guna apa ye ke fondant, air ke icing, tima kasih

hehe panjang lebar soalannya

zila norazila said...

salam syg qh,
cantikk kretipp adik akk nie..akk pun minat wat hantaran nie..tp adik bradik akk smua dh kawin..x der balance lg..h ehhe tggu ank sdara jew nnt..velvet cake mmg sedapp kan..adik qh tue sama mcm qh kan..

Shiela said...

wahh.. canteklaa.. sweet jer warna biru tu.. bila laa akak terbuat yer..

Nur-nba said...

Cantiknya hasil kerjatangan QH.. Bakat QH memang terserlah.. lepas ni dah boleh ambil tempahan buat kek hantaran macam Kak Wan (Citarasawan).

Selamat Bertunang untuk adinda QH..

Unknown said...

sgt suka hasil kreatif anda..cute sgt!!sgt admire bunga gumpaste tu :-)

Melly Octaviana said...

cantik nya cake..good job dear..beruntung nya adik QH punya kakak yang cantik pandai masak dan mendekor cake.. :D

Mona said...

salam Qaseh...huiii cantiknya bunga diatas kek begitu halus n seni buatannya, mesti pembuatnya seorang yg penyabaqqq !!!1

MamaFaMi said...

Ma suka warna bunga tu..so sweet. Terima kasih sebab sudi buat tutorial bunga tu. Kotlah nanti datang seru...bolehlah mama cuba...hehehe

kak ina kl said...

wah tahniahlah berjaya buat kek yang cantik cam ni

mama leen said...

hebat la u... memang tangan berseni la sekarang ni.. kalau dulu bakat tu simpan je ye... kalau tak untung i kawen dulu... hehe

RedRose said...

oh my god!! xsabarnye kita nak beli oven. nak jugak baking. ajarkan kita sis!!! jeles tgk ur handwork..

IntaNBerliaN said...

alahaiii kak... cantik sungguhlah... geram je tgk

Sue @ Nenie said...

Salam kak...Berkenan betul saya ngan bunga nan sekuntum yg duk bertenggek kat kek itewwww...Cantikkkkkkk...Dan selamat bertunang buat adik..

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum QH..

Adik beradi semua tu eh?? Sama jer muka..heheheee..
Tahniah atas kesenian tangan QH.. Cantik..kak Naz suka warna tu. So sweet... Hantaran pun menarik semuanya.. Dah boleh buka untuk tempahan hantaran perkahwinan atau pertunangan ni QH..

yan's cottage said...

salam QH....
Wah... cantiknya kek hantaran tu....rajin buat sendiri bunga kreatif betul QH nie....

Alfateh bakery said...

Cantiikkkk...

Anonymous said...

assalam akk , sy nak tnya ,kt mana akk beli pencetak yg utk huruf kecik yg akk cetak nama linda tu ya ?