Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
semua…
Kembali bersiaran untuk hari ni…
Malam tadi tengok Buletin Utama di TV3
nampaknya keadaan banjir agak kritikal di Johor terutamanya di Batu Pahat dan
Ledang…kampong QH iaitu di Kluang dah beransur pulih…Alhamdulillah…tetapi
kawasan perumahan mak QH dan mak mertua QH setakat ni tak pernah lagi dilanda
bencana tersebut…
Pada yang terlibat dan menjadi mangsa
banjir…supaya beringat dan berjaga2 tentang keselamatan diri sendiri dan
keluarga…terutama sekali anak2 kita tu…bile tiba musim banjir ni…anak2 la yang
paling seronok sekali sebab pada mereka masa ni la boleh bermain dengan air
sepuas-puasnya…tolong pantau anak2 anda yer…biar menangis sekarang dari menangis
kemudian…jangan sampai mereka menjadi korban mangsa banjir pula…lagi satu selamatkan
barang2 yang penting saje dahulu…QH faham perasaan mangsa banjir…mesti sedih
bile melihat barang2 dan rumah kesayangan musnah akibat banjir…harap pada yang
terlibat semoga anda cekal menghadapi dugaan ini…
Bile tiba musim hujan ni…perut ni mula
la selalu saje meminta untuk diisikan…jadi untuk hari ni QH nak kongsikan resepi
Mee Kari…jadi petang2 nanti boleh la pada sesiapa yang teringin tu untuk
membuatnya untuk santapan petang karang…cuaca2 sejuk macam ni nikmat kalau
dihidangkan dengan makanan panas dan yang jenis berkuahkan…haiii jadi teringin
kembali pula untuk menikmati mee kari ni…hehehe
Mee kari ni bukan la baru QH sediakan…lama
dah QH buatnya…tapi baru hari ni dapat ditayangkan…untuk santapan ni resepinya QH ambil dari
dapur Tun Telani…resepi asalnya kepunyaan Chef Hanieliza…di dalam resepi terdapat la beberapa olahan dan bahan yang QH tambah...ikut citarasa QH dan kesesuainya...
Mee Kari ni merupakan menu kesukaan QH…suka
sangat2 la…sebab utama QH memang suka sangat menu2 yang berkari…hehehe…kebiasaannya
kalau dulu kalau teringin nak makan biasenya QH minta la mak buatkan…tapi bile
dah berblog ni kena la bikin sendirikan…hihihi…
Resepi mee kari ni amat kena la dengan
selera QH…sedap…rasanya semua cukup…hampir serupa macam resepi mak QH tu…asyik
nak berulang makan aje ketika buat ni…berulang kali cakap dengan hubby sedap…sedap
dan sedap…kuah karinya pon QH hirup gitu aje…licin…hehehe…
Pada yang nak mencubanya pula resepi
ade QH sediakan dibawah ni…termasuk la bahan2 yang QH tambah sikit2 tu…pada Tun
dan empunya resepi mohon diizinkan untuk memanjangkan resepi ni di sini pula
yer…terima kasih banyak2…jom tengok resepinya…layannnn
Mee Kari
·
1 kg mee kuning
·
1/2 kg ayam- potong kecil
·
2 btg serai*
·
1 inch halia*
·
1/2 inch lengkuas*
·
5 ulas bwg merah*
·
2 ulas bwg putih* (bahan * dimesin)
·
2 sb cili giling
·
3 sb rempah kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air asam jawa
·
200g udang
·
1 paket fish cake - potong nipis - QH ganti kerang
·
5 cwn santan (1 bj kelapa) <- tun guna santan kotak 200ml +
air secukupnya
·
Tauhu goreng
·
2 bj kentang- potong 8 - QH tak letak
·
Garam
·
Gula secukupnya - QH tambah
Cara2:
·
Kerang hendaklah direbuskan terlebih dahulu.
Bile dah sejuk kopek dan ketepikan.
·
Tumis bahan mesin bersama cili giling hingga garing dan wangi.
·
Masukkan rempah dan goreng hingga pecah minyak.
·
Masukkan ayam, fishcake, udang, kerang, kentang
dan santan dan masak hingga mendidih.
·
Masukkan sawi dan tauhu goreng.
·
Perasakan garam dan sedikit gula.
·
Hidang bersama mee yg dicelur dan bahan tabur.
Bahan tabur:
·
Daun bawang & daun sup
·
Cili merah
·
Limau kasturi
·
Taugeh <- tun suka masak dlm kuah
·
Sawi - tun tambah, letak dlm kuah jugak
·
Telur rebus- belah dua
·
Hirisan timun - QH tambah
·
Tauhu goreng - QH tambah
·
Bawang goreng - QH tambah
Post a Comment