Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Alhamdulillah dapat kita bertemu yea di hari Selasa
ni…semalam QH tak dapat nak bersiaran kerana ada hal2 tertentu yang perlu
dibuat…lagipon line tenet di opis tak ok…bukan setakat blog kawan2…blog sendiri
pon tak dapat nak ditengok…guna broadband pon macam tu jugak…opis letak aje di
tengah bandar KL…tapi line tenet macam duduk di hujung kampong…ade saje gangguan…hukhuk…jom
tukar cite ehhh…
Siapakah gerangannya yer yang mencipta dan pencetus
fenomena ni…seperti yang sedia maklum…sekarang ni tak kira dimana jua
terutamanya di blog2 masakan dan jugak FB sedang mengalami demam Durian Crepe…tak
percaya buka la mana2 blog atau FB mesti kita akan nampak resepi ni…kebiasaan
durian crepe ni berwarna kuning…tetapi ade juga dari idea2 kreatif blogger yang
mempelbagaikan warnanya…ade hijau, pink, biru dan lain2…ikut pada selera
masing2…
Jadi seperti biasa juga…QH pon taknak la ketinggalan
untuk mencuba juga resepi ni…sementara tengah panas ni kan…tapi bile dah sampai
ke tangan QH…resepi ni terus bertukar la jadi lain…hehehe…sebabnya QH ni tak
makan raja buah tu…jadi QH tukarkannya kepada buah kesukaan QH iaitu mangga…jadi
dengan rasminya namanya pon turut la bertukar menjadi Mango Crepe…maaf yer
kepada empunya resepi sebab menggolahnya sedikit…^__^…nak buat perisa lain pon
boleh jugak…perasa blueberry boleh, strawberry, jagung atau apa2 perasa yang
sesuai dan mengikut selera…
Mango Crepe ni dah 2 minggu QH buat…masa raya haji
tempoh hari…lepas buat mango crepe ni…sementara nak tunggu ianya sejuk, sebati
dan rasanya tu bersatu…hihihi…QH keluar jalan2 ke Ikea sekejap…ecehhhh macam
dekat ajekan dengan rumah…hehehe…kereta parking di Ikano…jadi dalam perjalanan
ke Ikea tu…ternampak la booth menjual durian crepe...terus tunjuk kat adik2…teruja
kitaorang tengok…maklumla kat rumah dah ade jadi kami tengok2 saje…comel la
sangat saiznya…berbanding dengan yang dibuat sendiri…1 paket tu ade 5pcs dengan
harga RM10…QH rasa memang berbaloi kot harga tu…
Tengok orang buat macam senang ajekan…tapi memula tu
gagal jugak QH nak buat crepenya tu…terhangus la…terkoyak la…bile dah nak masuk
ke kepingan yang ke-4…baru la tahu macam mana rentaknya…hihihi…
Mango atau durian crepe ni sedap dimakan sejuk…amat
mengasyikkan ketika menikmatinya…tetapi QH tak tahu la berapa lama ianya boleh
tahan dan boleh disimpan dalam peti sejuk tu…dalam sehari dua tu rasanya masih
sedap lagi la…selepas tu tak pasti…
Untuk resepi ini QH ambil dari blog Kak Azlita@MasamManis…terima kasih yea kak…QH nak mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di
sini…QH pilih resepi ni sebab ianya agak mudah…ade yang mengatakan durian crepe
ni menggunakan 5 jenis tepung tapi QH tak jumpa pula resepinya tu...kalau
terjumpa nanti boleh la dicuba lagi…sekarang ni kita tengok aje dulu resepi di
bawah ni yea…selamat mencuba semua…
Mango crepe
Resepi Asal: Durian Crepe / Durian Pancake
By: Kak Azlita@Masam Manis
Sumber
Resepi: Fatmah Bahlawan
Bahan2
250 gm
tepung gandum
3 biji
telur
500 ml
santan
1/2 sudu
teh garam
1 sudu
teh pandan emulco - QH letak 1/2 st esen vanilla
1 sudu
teh pewarna hijau - QH guna pewarna kuning
Caranya
Satukan
semua bahan di atas di dalam bekas
Kacau
rata
Masukkan
dalam blender dan kisar
Kemudian
tapis
Sediakan
kuali leper untuk membuat crepe yang tidak melekat
Panaskan
hingga kuali benar-benar panas
Oleskan
sedikit minyak pada kuali
Kemudian
kecilkan api
Tuangkan
satu senduk kecil ke dalam kuali dan masaklah adunan tadi hingga menjadi crepe
Adunan
tak perlu di balikkan
Bila
permukaan atasnya dah kering terus angkat
Buat
sehingga habis
Biarkan
sejuk.
Mango Filling
Bahan2
1 cawan
Non Dairy Whipping Cream
2 biji
mangga atau secukupnya
Caranya
Mangga
dibuang kulitnya. Isi mangga dipotong nipis dan memanjang.
Pukul
Whipping Cream dalam mixer hingga kental.
Kalau nak buat Durian Crepe sila gunakan filing durian yea…resepinya
seperti di bawah ni
Durian
Filling
By: Nia Kurniasih
Bahan2
1 cawan
Non dairy Whipping Cream
Isi
durian secukupnya
Caranya
Pukul
Whipping Cream dalam mixer hingga kental
Pisahkan
isi durian dari bijinya. Lumatkan sedikit.
Cara membalut crepe
Bentangkan 1 keping crepe.
Letakkan Whipping Cream di tengahnya.
Letakkan isi durian (isi
mangga).
Tutupkan semula dengan Whipping Cream.
Lipatlah crepe.
Kemudian simpan dalam peti ais sebentar.
Enak di hidangkan dingin.
Cara2 untuk melipat crepe boleh tengok di
blog Kak Azlita yer…seperti biase QH tak dapat nak sediakan…maaf yea
Post a Comment