Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Bertemu lagi untuk kesekian kalinya…apa khabar semua??
Diharap semua diberikan kesihatan yang baik2 saje…diharap juga semuanya dapat
menjaga kesihatan diri masing2 waktu ni…maklum la sekarang ni…elok2 cuaca panas…tetapi
bile terpandang semula keluar…hujan pula dengan selebatnya…begitu juga
sebaliknya…
kalau di KL ni macam tu la keadaannya sekarang…sudah
beberapa kali juga QH sendiri terkena…keluar lunch cuaca sangat2 elok memang
tak sangka la akan hujan nanti…tapi bile tiba nak balik ke opis semula…diluar
tu hujan dah mencurah2meyimbah ke bumi…mula la berlari2 anak…hampir kuyup jugak
la…sebab takkan setiap kali hujan…setiap kali tu juga nak beli payungkan…jadinya
sekarang kena la sediakan payung sebelum hujan kalau nak keluar tu…amat tepat
sekalikan pepatah melayu tu…
Baik la seperti yang dijanjikan semalam…hari ni QH
nak kongsikan lagi satu menu yang QH gandingkan bersama dengan Nasi Serai dan
Ayam Laksamana untuk hidangan raya haji tempoh hari…sengaja QH mengasingkan
menu2 tersebut…sebabnya ke semua menu tu tak semestinya akan digandingkan
bersama jika mahu membuatnya…kita boleh cuba dan gandingkan jugak dengan menu
yang lain serta sesuai dengan hidangan tersebut…semuanya terpulang kepada
citarasa sendirikan…
Ok la…di sesetengah negeri mungkin panggilannya agak
berbeza sedikit…walaupon ianya adalah makanan yang serupa sebenarnya…seperti
juga dengan resepi pada hari ni…ade yang panggilnya acar timun…ada yang kata
pencuk…tak lupa juga ada yang panggilnya jelatah…kalau di Johor ketiga2 nama
tersebut tidak la begitu asing sebab di Johor pon terdapat pelbagai jenis
bangsa…ade jawa, bugis, banjar dan melayu…
Acar/pencuk/jelatah ni sebenarnya sebagai makanan
pelengkap bagi sesuatu hidangan…sesuai dimakan dengan ape jua jenis nasi sekali
pon…nasi putih boleh, nasi minyak, nasi beriyani, nasi tomato dan yang lain2…
Tak susah untuk menyediakan acar ni…tak perlu
dimasak pon…biase tengok mak QH atau pak mertua QH buat…cuma kali ni QH buat
menggunakan timun jepun…timun jenis tak banyak biji dan tak perlu dibuang pon
bijinya…ianya juga agak rangup bile dimakan serta kurang berair…krup krap2 jika
mengunyahnya…tu la yang sedap…kalau nak buat acar ni sebenarnya takde sukatan
yang tertentu pon…ianya main agak2 saje kalau tengok mak QH buat la dan
dirasakan sesuai…jika ingin mencuba boleh la tengok resepi dan cara yang QH
gunakan yea…
ACAR
TIMUN/PENCUK/JELATAH
Bahan2
1 biji
timun jepun - lebih pon boleh
1 biji lobak merah
1/2 biji nenas
11/2 biji bawang besar
1 biji lada merah
1 biji lada hijau
2 sudu makan cuka
2 sudu makan gula
Sedikit garam
Air
kapur secukup
Caranya
Bawang besar dan
lobak merah dimayang halus.
Hiris nipis
timun secara bulat dan tak perlu buang bijinya sebab timun jenis ni tak banyak
biji.
Hiris nenas dan pastikan
buang bahagian tengahnya.
Bersihkan dan
rendamkan bahan2 hirisan tadi ke dalam besen bersama dengan air kapur secukupnya.
Lebih kurang 30minit. Tujuan untuk membuatkan sayur tu semua rangup bile
dimakan.
Bersih dan
tapiskan sehingga kering.
Gaulkan bersama
gula, garam dan sedikit cuka sehingga sebati.
Rasa dan jika dah ok sedia untuk dihidang.
Dibawah ni adalah link menu yang QH gandingkan bersama dengan ayam laksamana di atas:
Nasi Serai
Ayam Laksamana
Post a Comment