Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua…
Yeahhh kembali
bersiaran untuk hari ni…
Wah nampak sangat
gembira la QH ni yea hari ni…sebab ape?? haaa sebab besok cutiiiiiii…amboi
panjang la pulak…hehehe…boleh la nak bermalas-malasan di rumah…yebedabedu…
Entah
ape la agaknya yea aktiviti QH selama 2 hari cuti tu…plan macam2 entah mane
satu yang jadi pon tak tahu la...harap peminat dan pengunjung blog QH tunggu
aje la ehhh…hehehe…PEMINAT??? Perasan retissss la pulak…sudahh...saje nak buat
gempakkan…padahal takde ape2 yang berlaku pon…hihihi…
Oh yea…sebelum
terlupa…pada yang baru follow blog QH ni terima kasih banyak2 atas sokongan
anda…QH perasan akan kehadiran follower2 baru…jangan kata bile QH tak follow
balik tu bermakna sombong pula yea…cuma masih tak sempat saje lagi…yang pasti
QH akan follow blog uollsss semula nanti…cuma cepat dengan lambat saje…kalau
boleh sila la tinggalkan link blog yer…senang QH nak jejak semula nanti…kalau
ade yang masih terlepas lagi tu…harap maaf…sebarang kesulitan amat la dikesali...tak pasal2...
Baik la…jom masuk ke
resepi ehhh…nak celoteh panjang2 pon belum tentu orang akan baca…kuang kuang…hahaha…
Kali ni QH nak berkongsi
resepi cheese tart pula…ini merupakan pertama kali tau QH buat tart…biase
tengok orang lain saje yang buat…bermacam corak dan deco ke atas tart tersebut…sangat
kreatif dan pelbagai...semuanya mengikut kreativiti tersendiri…bile dah tengok
begitu teringin juga nak buat sama tapi serunya baru tiba…hihihi…
Tart ni bukan la baru
semalam QH buat pon…ianya dibuat untuk potluck hari raya hari tu…hampir 2 bulan
sudahkan lamanya…akibat selalu sangat tak mengupdate entri punya kes la ni…dah
semuanya tertangguh2 jadinya…hihihi…QH buat tart ni sama hari dengan kek lapis
4 rasa…entrinya di SINI yer…sebab semasa buat potluck hari tu QH bab membawa
kuih muih beserta kuih raya sekali…mengelak untuk membawa makanan yang berat2...motippp malas nak masak ditambah pula malu kalau masakan tak sedap...hehehe
Untuk resepi cheese
tart ni QH ambil dari blog Rahel@Rahel Blogspot…suka bile tengok Rahel ni buat
tart…kemas dan molek saje kejadiannya…jauh bezanya dengan tart yang QH hasilkan
tu…tapi takpe sebab baru pertama kalikan…ini ayat penyedap hati yea…hehehe…
entah
ape2 corak la yang QH buat tu…disebabkan tak menjadi buat corak hijau disebelah tu...mengigil tangan nak buat corak dedaun konon...terpaksa dicover dengan perhiasan love2 tu…hihihi…hilang sudah indentiti kiwi cheese tartnya...nasib baik sedap…lagi satu bile dah siap bakar…cheesenya
tenggelam la pula…memula tu nak bubuh juga penuh2 tapi takut nanti melimpah la pulak…dah jadi
gitu rupa tartnya…aduyaiiii…
Cheese tart ni bile
dah siap laju saje ianya masuk ke mulutkan…tapi nak buat crust shellnya amatlah
bercinta…sampai mengantuk pon yea jugak…jadi boring untuk tenyehhh satu persatu
untuk membentukkannya dalam acuan tart tu…hihihi…tapi akhirnya berjaya juga
disiapkan…walaupon lambat dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya...lain kali kalau nak buat lagi cheese tart kena tunggu mood betul2 rajin kot…
Ok la kalau ade yang
berminat untuk mencuba sama cheese tart ni…resepi ade di bawah yea…terima kasih Rahel
berkongsi resepi ni…QH nak letakkan resepi ni di sini pula yea…jom tengok resepi...
Kiwi Cheese Tart
Sumber:Buku
Resepi/Chef Hanieliza
Bahan A:
125g mentega
125g marjerin
100g gula halus
1 biji telur gred B
500g tepung gandum
Bahan B:(Filling)
250g inti
blueberi/inti kiwi
Bahan C:
250g krim keju
50g mentega
80g gula halus
Cara Membuat:
1.Pukul
mentega,marjerin dan gula sehingga kembang.
2.Masukkan telur dan
kacau rata.
3.Masukkan tepung
gandum sedikit demi sedikit dan kacau rata.
4.Masukkan adunan ke
dalam acuan tat dan tekan supaya leper dan kemas dalam acuan tat.
5.Cucukkan dengan
garpu supaya doh tidak gelembung.
6.Bakar dalam ketuhar
pada suhu 170'C selama 12 sehingga 15 minit.
7.Pukul semua bahan C
sehingga gebu.
8.Keluarkan tat dan
masukkan inti blueberi/kiwi dan krim keju.
9.Bakar semula selama
5 minit lagi.
10.Angkat tat dan
sejukkan.
Post a Comment