Qasey Honey. Powered by Blogger.

KENTANG WEDGES



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Mohon maaf…janji tidak ditepati…
Semalam QH nak kongsikan resepi kek kan…tapi yang ditayangkan untuk hari ni lain pulak yer…
Sebabnya gambar tersebut…belum siap diedit sepenuhnya…hehehe

Baik la hari ni masa tak mengizinkan untuk QH berlama2 depan blog…sebab ade kerja2 yang perlu diselesaikan dengan segera…macam dah bermula kembali hari2 sibuk dengan kerja yang mendatang ni…huhuhu


Bersiaran sebentar untuk mengupdate entri untuk hari ni…tak nak la nanti pengunjung blog QH asyik disajikan dengan entri yang lepas2 tu…kesian uolzzzz…hihihi…pada rakan blogger yang lain…malam nati QH akan BW yea…

Hari ni QH nak kongsikan menu yang simple saje…nanti balik kerja petang nanti boleh la para2 isteri buat ehhh…yang surirumah pon sama…boleh dijadikan sebagai kudapan untuk anak2 malam nanti sambil berehat2 tu kan…


Resepi ni QH ambil dari blog Kak Amie@Amie’s Little Kitchen…menu ni lama dah QH buat cuma baru sekarang sempat nak diposkan…kalau tak silap dibuat pada hari yang sama ketika menu ni ditayangkan oleh Kak Amie…banyak sangat resepi…sampai terlepas pandang pada resepi yang 1 ni…hehehe…

Kentang Wedges ni sedap dimakan panas2 tau…baru terasa kerangupannya…dicicah pula dengan sos cili…selagi tak habis sepinggan selagi tu la tak berhenti untuk menikmatinya…QH buat ni sebab nak menghabiskan stok kentang kat rumah ketika tu…tak tahu nak diapekan…nasib baik jumpa resepi ni…dapat jugak la dimakan…kalau tidak mesti kentang tersebut akan membusuk begitu saje…

Pada yang mengalami masalah yang sama…sila la berbuat demikian yea…hahaha…ok la…pada Kak Amie…izin Qh untuk letakkan dan kongsikan resepi ni di sini pula yea…terima kasih kak…


Kentang Wedges

Bahan-bahan:
8 biji kentang - kupas dan potong wedges
4 sudu tepung jagung
4 sudu tepung gandung
1 sudu oregano leaves
3 tangkai daun ketumbar - hiris halus
1/2 sudu lada putih - tumbuk
1 sudu serbuk pati ikan bilis
1 sudu teh serbuk ENO -  QH ganti baking powder
1/2 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air
minyak

Cara:
1. Rebus kentang setengah masak. Angkat dan toskan.
2. Campurkan tepung gandum, tepung jagung, oregano leaves, daun ketumbar, lada putih, serbuk ENO, dan serbuk kunyit dan serbuk pati ikan bilis.
3. Adun bersama air mengikut kepekatan yang diingini.
4. Celupkan kentang rebus ke dalam adunan dan goreng sehingga kuning keemasan.
5. Sedia untuk dihidangkan bersama pencicah pilihan.


20 comments

ucubakery said...

As salam QH....
banyaknye wedges...kalau rakyat kt rmh ucu ni sah2 sekali hadap jer dah licin....

yan's cottage said...

kentang kegemaran anak2 yan nie.....mesti sedapkan.......

Melly Octaviana said...

Pasti enak nih,melly suka sekali..tunggu ada kentang banyak mau buat juga. Thaks for sharing Qh.. :-)

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

feberet anak2 akak... mmg best!

inahar ali said...

salam rindu QH cayang..waduh dh lama x mkn wedges nih..nengok QH punyer..terliur sehh akak..huhu!

Liza said...

pergghhh, best ni..anak2 akk msti suka kalau akk buat...

ibh_sue said...

Asslmkum QH.
SEdap nih..Lagi2 kalau ada mayonis dgn sos..Hehehe..Laju ja mkn. Bahaya betul..Takut tak sedo makan habis..Hehehhe

mas kitchen said...

tq untuk recipe ni..nak buat ni ..hr tu buat x jadi...kulit dia nak kena buaang x QH...?

mas kitchen said...

nak cuba ni nnt..terima kasih untuk recipe...nak tanya lah..kulitnya nak kena buang x...?

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum QH..

wahhhh dah macam kat kfc jer hihihiii... Sibuk yer.. Ermmm..kNaz pun sibuk gak kebelakangan ni.. Nk update blog pun dah tak de kudrat kekadang tu.. Tapi bila part makan terus bertenaga..heheheee..

FnF Simple Life said...

salam windu...

fav seisi keluarga ni... kena lak ngn sos keju ala kfc tu...best nye

rahel said...

Sedapnya..kite memang suke kentang wedges....

mama sara nur @ Cik Nor said...

anak2 akak pun memang suker sgt ,selalu wat utk makan malam diorg he he
tp kadang2 makayah pun belasah jg kan

Unknown said...

ada lagi tak QH wedges ni akak dtg lambat sbb flight delay lah hahaa sepotong pun oklah tu akak bawa mayonis sendiri ni nk cicah heee

zila norazila said...

salam syg QH,
akk pun sama 2 tiga hari nie mmg bz..nk update pn x sempat.memalam bru smpat BW..keep resepi nie jgk..stok kntang byk kt umah nie:)..he hehe sedappnya

Rohah said...

waaaa..sedap sungguh ni..

Unknown said...

Assalamualaikum QH :D
Sedap kalau dimakan panas2 boleh buat minum2 petang... Sampai hati tak pelawa Kak Lin makan...huhuhuhu

Unknown said...

blh cuba buat ni..

Wattie said...

Assalamualaikum Qh,
Happy belated 1st blog anniversary, hehehe terlambat sampai nampaknya orang Penang ni, ada lagi ker kentang wedges tu, menitik2 dah air liur akak dibuatnya....

Isyah said...

Baru lps buat tapi tak berapa nak wedges pulak hihihi