Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Bertemu kembali kita pada hari ni…semalam QH tak sempat
untuk bersiaran kerana memberi laluan kepada kerja2 yang perlu
diselesaikan...ok cukup..tak mau cakap bab kerja2 dalam ni..hehehe...
Baik la…hari
ni QH nak menunaikan janji agar ditepati…hihihi…maaf yea lambat kek ni nak
ditayangkan…hehehe…QH nak kongsikan kek yang QH buat sempena 1st
Bloggersary tempoh hari…ketika membuat kek ni banyak perkara lucu terjadi dan
agak menghampehkan la pada QH…lain yang kita nak…lain pula yang jadi…
Kisahnya
begini…kononnya sempena hari istimewa tersebut…QH nak mencuba juga la untuk
membuat ombre kek…kek tu kan trend sekarang ni…lagipon deconya yang simple tu
yang QH suka…seiring dengan peredaran zaman sekarangkan…wah kenyataan tak padan…hehehe…tapi
betul ape…sesuatu yang simple tu lagi menarik pada pandangan QH…betul tak?? tapi
ape yang terjadi sebaliknya…padahal agak lama juga dah rancang nak buat kek
jenis tu…boleh dikatakan hari2 la menengoknya di google…bertambah nak cuba lagi
bile melihat rakan2 blogger pon ade yang telah mencubanya…hishhh geramnya…sebab
cantik!!
Sedang elok mood
melayan untuk buat kek pujaan tu…entah macam mane telah berlaku kesilapan demi
kesilapan di situ…untuk keknya QH memilih untuk menggunakan resepi kek baldu
merah…QH pernah buat kek ni tapi versi cupcake…boleh tengok di SINI yea…suka
dengan tekstur kek ni…lagi satu memang sebab nak makan sangat…tapi taknak la
kaler merah tu…QH nak buat kaler pink yang berlainan kaler tu!!!
Kesilapan
pertama yang terjadi…waktu tu entah ape la yang ade dalam fikiran QH masa tu…elok
saje bancuh serbuk koko dan pewarna merah dan terus masukkan ke dalam adunan
butter yang sedang berputar tu…dah sebati adunan baru terperasan…gluppp…tarik
nafas dalam2 waktu tu…terus hentikan dulu mixer tu dari terus beroperasi…fikir
nak buang adunan tu atau teruskan…mula la nak menyalahkan serbuk koko dan
pewarna merah yang tak bernyawa tu…hahaha…kenapa la engkau yang aku
sibuk2kan??? Tension tau makcik ni dibuatnya…fineeee
Takpe la bile
difikirkan kalau dibuang membazir la pulakkan…baik la diteruskan saje…walaupon
waktu tu hati dah separuh remukkk…huhuhu…putar la adunan tu seperti biase…sampai
siap…dari nak buat berkaler2…yang jadinya tetap la kek baldu merah…kembali ke
resepi asal…baru berangan nak olahkan sikit resepi tu…mungkin empunya resepi tu
tak redha kot…resepinya dipandai2kan untuk diolah…hehehe…
Untuk resepi
kek ni QH gandakan adunannya untuk sebiji kek yang bersaiz 18cm atau lebih
kurang saiz 7inci…saiz yang sangat ideal…elok saje nampaknya dibble dah siap tu…nak
buat besar sangat nanti jenuh pula nak habiskannya…tupon separuh kek ni QH
bawak ke pejabat…tak sanggup dengar bile diorang perli2 nanti kalau ternampaknya
di FB…hehehe…
Kek ni QH
buat 3 layer…jika ade yang nak buat 4 layer pon ok jugak…ikut pada tahap
kerajinan anda masa tu ehh…hihihi…setiap layer kek yang QH buat ni…ianya
dibakar secara berasingkan…sebab menggunakan loyang yang kecil takut nanti
membuak2 la kek ni melimpah…lagipon senang tak payah dah nak susah2 untuk memotong
kek tu untuk dibahagikan sama rata…cara yang QH gunakan senang saje…timbang
keseluruhan adunan kek tersebut…lepas tu bahagikan saje adunan tadi ke berapa
bahagian yang kita nak…jadi kek tu nanti akan menjadi lebih kurang sama saje
tebalnya…contonya seperti gambar di bawah tu yea…
Topping dan
jugak lapisan layer kek ni QH menggunakan fresh cream lagi…suka akan rasanya
yang tidak muak tu dan kawan2 pon cakap sedap…mahalkan memang la sedap…hahaha…lagi
satu mood agak malas sedikit untuk buat buttercream seperti biase tu…dulu
sebelum kenal dan berani mencuba fresh cream ni…buttercream tu la yang QH
gunakan…kalau nak buat takde masalah…ikut citarasa dan tahap kerajinan tu yea…QH
ni malas sikit…nak yang cepat dan mudah saje…tapi rasanya lagi jimat kot kalau
guna fresh cream ni…tak perlu bahan2 yang lain…cuma kalau nak sedap lagi
tambahkan susu pekat manis saje…sebab 1 kotak fresh cream tu boleh digunakan
lebih kurang untuk 3 biji kek…dan jika simpan fresh cream dengan cara yang
betul selepas kotaknya dibuka…boleh bertahan lama…
Kesilapan
kedua dalam pembuatan kek ni…adalah fresh creamnya…dimana ianya telah terlebih
diputar…masa tu sambil memutar fresh cream ni…QH menyiapkan barang2 untuk
mendeco pula…agaknya lama sangat dan lupa nak pantau…sedar2 tengok dah
terlampau kental jadinya…fresh cream ni tak boleh yea kalau terlebih putar…tak
cantik teksturnya…panic sekejap…sayang tu kalau tak boleh digunakan…sebelum ni
QH ade jugak membaca beberapa tips untuk senang mendeco kek ni…ade jalan
penyelesaiannya…
QH rendamkan
pisau untuk melepa kek tu dengan air panas…pastu lap kering2…lepakan fresh
cream tersebut pada kek…fresh cream tersebut akan senang dilepa dan tekturnya
dah tak berapa kental pon…cantik licin saje…begitu jugak ketika QH ingin
mewarnakan fresh cream tersebut…gunakan teknik yang sama…tapi fresh cream ni QH
tengok kalau yang berwarna tu kalau lama sangat diluar ianya akan mudah mencair
berbanding dengan rupa asalnya tu…jadi bile nak deco tu kena buat dengan pantas
dan cepat…yang tu boleh tengok pada gambar kek tu yea di bahagian atas…nampak
tak?? warnanya juga menurun…
Sebelum
terlupa…resepi Red Velvet ni QH ambil dari blog Kak Azlita@Masam Manis…mohon
untuk kongsikan resepi ini di sini pula yea kak…terima kasih…baik la QH rasa
cukup la sampai disini dulu entri kita pada hari ni…dengan kek ombre yang tak
menjadi tu...daripada kempunan…deco la keknya dengan teknik ala2 ombre tu…hehehe…selamat
mencuba semua…
RED VELVET CAKE
Bahan2
1 1/4 cup tepung - guna tepung kek
1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar serbuk koko
1 sudu besar pewarna merah - guna 1 1/2 sudu kecil
57 gm butter tampa garam
3/4 cawan gula - guna gula kastor
1 biji telur - guna
gred A
1/2 sudu kecil esen vanila
1/2 cwn buttermilk - guna susu segar (boleh + 1/2 sudu jus lemon)
1/2 sudu kecil cuka masakan
1/2 sudu kecil baking soda
Caranya
Panaskan oven pada suhu 175C atau
bergantung pada jenis oven. Ita guna 165C. QH guna
150C.
Dalam satu bekas ayak tepung, baking
powder dan garam. Ketepikan.
Dalam satu mangkuk yg kecil, satukan serbuk koko dan pewarna merah dan kacau
rata hingga menjadi paste. Ita tambahkan sedikit air supaya mudah melarut.
Dengan menggunakan mixer, pukul butter
dan gula hingga lembut dan ringan.
Masukkan telur dan pukul lagi hingga
bergaul sempurna.
Masukkan esen vanila dan campuran koko dan
pewarna merah tadi dan pukul lagi hingga sebati.
Masukkan tepung berselang seli dgn
buttermilk. Mulakan dengan tepung dan diakhiri dgn tepung (tepung, susu,
tepung, susu dan akhir tepung).
Dalam satu bekas kecil yg lain satukan
cuka dan baking soda. Kemudian masukkan ke dalam adunan tadi. Gaul kan sempurna
dgn spatula.
QH bahagikan adunan
kepada 3 dan dibakar berasingan.
Tuangkan adunan tadi ke dalam loyang. QH guna loyang bersaiz 18cm (7inci)
Bakar pada suhu 150C selama 20 minit
atau sehingga masak. QH guna api atas bawah
Setelah kek masak, sejukkan dahulu atas
redai hingga ia benar2 sejuk.
Sapukan Cream Cheese ke atas kek.
Simpan dalam peti sejuk sebentar hingga
cream cheese keras sedikit.
Keluarkan dan deco lah kek dgn baki
cream cheese mengikut creativiti anda.
Untuk cream QH menggunakan Non Dairy Whipping
Cream…QH buat ikut cara Kak Azlita seperti di bawah ni…
|
Sumber gambar dari Kak Azlita@Masam Manis
|
“Untuk creamnya pula ita gunakan NonDairy
Whipping Cream jenama Rich kotak warna biru. Sukatannya pula 2 cawan
non dairy cream campur dengan 1 cawan susu. Kalau tak suka susu boleh gantikan
air atau jus. Tapi pastikan jus tu tak de warna sebab nanti tak dapat pula
warna putih.
Selepas tu pukul adunan ini dengan mixer pada speed sederhana hingga ia kental.
Jangan terlebih pukul tau! janji ia nampak lembut. kalu terbalikkan bekas tu
dia tak jatuh.
Kalau nak gunakan buttecream pun boleh atau apa-apa cream lain yang dirasakan
sesuai dan menepati selera anda dan keluarga”.
Cream cheese frosting
Bahan2
125g cream cheese
50g butter tampa garam
110g gula icing - boleh kurangkan
1 cwn fresh cream - pukul hingga
kaku
Caranya
Pukul cream cheese dgn butter sehingga
lembut.
Turunkan speed mixer kepada kelajuan
rendah dan masukkan gula icing sedikit2 sehingga bergaul sempurna.
Campurkan whipped cream yg telah kaku
tadi dan gaul dgn spatula.
*Adunan cream Cheese
Frosting ni agak lembik. Jadi ita tambahkan sedikit creamwell untuk memudahkan
mendeco atas kek.
Post a Comment