1st BLOGGERSARY QASEY HONEY
Di FB ade juga QH mendapat permintaan pelbagai resepi untuk dicuba...tapi sampai sekarang ni tak sempat lagi QH nak tunaikan...InsyaAllah lepas ni QH mencuba resepi mengikut selera rakan2 yang lain pula yer...
Dalam tempoh berblog ni pelbagai dugaan yang terpaksa QH hadapi dalam dunia blogger ni…masalah picasa la…blog tak boleh dibuka…dengan masalah kerja yang banyak sampai tak sempat untuk dibelai dan dijenguk blog ni…macam2 lagi la…
Entah macam mane 1 hari tu tergerak hati nak klik ke link blog kak Azlita tersebut…sekali tengok hati sangat berkenan dengan gambar2 masakan yang cantik dan resepinya sekali…dengan hasildengan hasil kerja yang kemas tu…hari2 la QH buka blog tu setiap pagi…mesti nak tengok sebab nak tahu ape resepi terbaru yang ade...masa tu QH menjadi silent reader saje…dalam tempoh tu QH dah mula dah mencuba pelbagai menu yang mane berkenan…pada pertengahan tahun 2011 kalau tak silap QH terjumpa blog kak Ita ni…pastu QH hebahkan pada kawan2 pula…diaorang pon suka…lepas tu baru la QH jumpa blog2 masakan yang lain dari bloglist kak Azlita…terus QH follow mane2 blog yang QH jumpa tu…
Menu pertama yang QH sajikan untuk blog ni adalah Cream Puff...buat menu yang simple dulu2...jika ditengok semula gambar tu...akan menjadi malu sendiri...sebabnya terlalu naif QH untuk mengetahui teknik mengambil gambar yang betul...terutama food photography...rasa nak buang aje entri tersebut...tapi tak boleh la pula...sebab dari situ la sejarah berblog ni tercipta...jangan tengok lama2 tau gambar tersebut...masih malu sangat2 ni...hahaha
Kamera yang QH gunakan ketika tu adalah kamera digital biase sahaja...berjenama Canon model IXUS 210 14.1 megapixel...masa tu itu la kamera paling canggih yang QH ade...teringin juga nak mengupgrade ke DSLR tapi hubby takut QH berblog ni separuh jalan sahaja...masa tu belum giler kamera lagi...hehehe
Lama jugak QH menggunakan kamera digital ni...kadang2 gambar yang dihasilkan agak menarik...kadang2 tu biase2 sahaja...kamera ni masih ade lagi dalam simpanan QH...disimpan dalam dry box...jadi terjaga dari terkena serangan fungus (kulat)...banyak jasanya kalau dipinggirkan...hihihi...menu terakhir yang menggunakan kamera digital ni adalah Kerang Rebus...
Dalam sedang asyik berblog tu pula...ade sesuatu kejutan yang QH terima iaitu blog QH masuk majalah Jelita bulan Jun 2012 sebagai Blog Review untuk bulan tersebut...ok la tu kan..sekurang2nya ade juga yang menghargai usaha dan kerja yang kita lakukan...mane tahu nanti resepi pula yang akan menyusul...hahaha...terima kasih diucapkan kepada Norashikin M.Nor...ianya sebagai pembakar dan penguat semangat untuk QH terus berblog lagi...walaupon sekarang ni kejap timbul kejap tenggelam...hihihi...
Selepas dari itu...baru la hubby terbuka hati untuk membelikan kamera baru untuk QH...ohhh yeahhhh...hahaha...mulai saat tu QH bertukar ke kamera DSLT pula...jangan keliru yea...DSLR dan DSLT tu adalah fungsi yang sama...yang tu kemudian akan QH terangkan...pening dalam membuat pilihan untuk kamera jenis DLSR dan DSLT ni...sebab kedua2nya ade kelebihan dan kekurangannya...sama2 hebat jugak fungsinya...pilihan terakhir QH adalah Sony a55 DSLT...ianya ringan dan saiznya comel dari kawan2nya yang lain...senang nak kendalikan...lagipon ianya sebagai permulaan...besok2 kalau dah pro...boleh upgrade lagi...hehehe...masih tak sempat lagi nak belajar dan belek2 fungsi yang ade dalam kamera tu...
Bile dah beli kamera...sekarang ni dah menjadi giler kamera pula...sana sini mesti mengangkutnya sekali...kejap2 nak bergambar...hahaha...menu pertama yang menggunakan kamera ni adalah Crabstik Snack...yang ni diambi menggunakan fungsi auto+...
Dalam tempoh QH berblog ni...ade juga QH sertai giveaway yang dianjurkan oleh rakan blogger...pertama kali QH sertainya...tak sangka tuah tu memihak kepada QH...giveaway pertama tersebut dari blogger LOVE@Love2cook Malaysia bersempena dengan 3rd anniversary blog beliau...sayang QH tak sempat untuk meninggalkan komen pada entri hadiah tersebut...ketika tu QH pon meninggalkan sekejap blog ni...membagi laluan kepada kerja2 yang harus disiapkan...gambar ni QH ambil dari Love...
Setakat ke hari ni...entri terakhir QH adalah pada hari Jumaat lepas dengan resepi Kiwi Cheese Tart ...semalam takde entri terbaru...sebab nak menyiapkan entri istimewa untuk hari ni... ^__^...
Antara resepi popular yang ade dalam blog QH ni adalah Kit Kat Bites Square, Homemade Chicken Nugget dan Strawberry Swiss Roll...di sini QH senarai 3 saje...yang lain boleh tengok di sidebar sebelah ehhh...
Ape lagi yea yang makcik ni nak bebelkan lagi...oh yeaaa...sepanjang QH berblog ni...kadang tenggelam kadang ni timbul ni kan...pageview QH agak memberangsangkan juga bilangannya...238425 yang melihat dan berkunjung ke sini...terima kasih diucapkan...semoga angka tersebut akan bertambah lagi...serata dunia juga pengunjung blog QH ni...memula tu QH ingat orang Malaysia aje yang tengok blog ni...rupanya tidak...
Post a Comment