Qasey Honey. Powered by Blogger.

ROTI BUNGA SAMBAL TUMIS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Kembali bertemu wahai pengunjung setia blog Qasey Honey…terima kasih di atas kehadiran anda semua…semoga terhibur la hendaknye ketika berada di sini…

Lewat hari ni QH bersiaran…gara2 line tenet di opis ni ade problem lak sikit…boleh anginn satu badan tau dibuatnye…nasib baik lepas digodek2 tadi dah ok semula…walaupon sibuk tapi hati ni tetap nak tatap blog dan FB walau cuma seketika…kalau tak macam tak lengkap saje rasanya...


Kali nak kongsikan resepi roti yang comel ni…Roti Cawan Berinti Sambal Ikan Bilis…sangat comelkan bile melihatnya… tapi yang QH buat ni tak comel sangat…bunganya pon nampak kuncup aje tu kan…sememangnya kreatifkan empunya yang mencipta idea ni…untuk resepi kali ni QH ambil dari facebook Kak Ayu…cantik tau akak ni buat…cuba tengok di sini Jalinan Rasa…dah lama simpan dan memerapkan resepi ni…bulan puasa hari tu baru berkesempatan nak cuba…sangat ringkas dan cepat disiapkan…yang penting hb pon kata sedap…tapi tang bunga tu…no komen!!..hihihi...lain kali kalau nak tambah udang segar sikit...mesti lagi sedapkan...hehehe

Kalau tengok secara terperinci step by stepnye boleh la klik SINI…QH terlupa nak tunjukkan satu persatu langkahnya…bile ade yang bertanya nanti baru la terfikir dan teringat…kadang tak sempat pon yer jugak…macam2 yang nak dicuba dan buat…hihihi…

Jom la tengok resepinye pula yer…Kak Ayu…QH mohon untuk letak dan memanjangkan resepi ni di sini pula yer…terima kasih banyak2…


ROTI CAWAN BERINTI SAMBAL IKAN BILIS

Sumber Resipi : Majalah Rasa
Olahan :
Kak Ayu@ FB Jalinan Rasa

Bahan-Bahan:
6 keping roti

Cara-Cara:
1. Ambil sekeping roti (pic 1).. Gunakan penggelek (pic 2) & gelek roti hingga nipis (pic 3).. Buat untuk kesemua roti..
2. Panaskan oven dan sediakan acuan muffin @ acuan cupcakes (pic 4)..
3. Satukan kesemua bucu roti (pic 5).. Masukkan ke dalam acuan (pic 6)..
4. Tekan bahagian tengah roti perlahan² hingga sampai kedasar acuan dan lipat jadikan 4 kelopak (pic 7).. Kemudian, tekan²kan bahagian lipatan roti agar roti tidak terbuka semasa membakar.. Kembangkan sket hujung setiap kelopak dengan menggunakan kedua² jari anda agar kelopaknya nampak kembang mekar.. (Proses yang nie agak rumit/kekok bg kawan² yang baru pertama kali nak mencuba)
5. Masukkan ke dalam oven dan bakar dengan suhu 180°C selama 5 minit dengan api atas bawah..



SAMBAL TUMIS

Bahan-Bahan:
50-70 gm ikan bilis - dibersihkan & digoreng garing
2 ulas bawang merah } dikisar halus
2 ulas bawang putih } dikisar halus
1 cm halia } dikisar halus
3 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar pes cili - lebihkan jika nak pedas
4-6 sudu besar sayur campur
Minyak untuk memasak

Cara-Cara:
1. Sementara itu, sediakan sambal pula.. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi..
2. Masukkan sos cili, sos tomato, pes cili, sayur campur & ikan bilis goreng..
3. Apabila garing, angkat dan sudukan ke dalam roti cawan yang telah siap dibakar.. Tak perlu padatkan, cukup sekadar letak jerk..
4. Masukkan semula ke dalam oven dan bakar selama 10 minit dengan suhu yang sama.. Enak dimakan ketika panas.


16 comments

asyifamustaffa said...

Salam QH...
rajinnya la dia nie...geram pulak nengok roti comel tu...siap kelopak bunga...bole wat hiasan x nie...hehe....:)

Fiza Nordin said...

menarik juga,kan...mesti teruja org nak makan tgkkan persembahannye :D

Unknown said...

cantik lah roti cawan mesti sedap sbb ada sambal tu cuma kalau akak buat mesti tak jadi bunga ape heee

norhidana said...

cantik msti rangup....

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

comel...comel...comel..macam tuan dia la...

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

kiutnyer roti tu QH... rasa sayang pulak nak mkn.. hehe....

Wani Sukarno said...

comelnya..kiut miut..hihi kreatif betul orang yg reka.. ni.. nak makan pun jadi rasa tak nak makan..

zila norazila said...

qh cygg..
nampak sgt sedap..akk pun keep resepi dr jalinan rasa tue..x terbuat2 lg:)

yan's cottage said...

salam QH.....
nampak sedap dan menarik pula kan....!!!!!selalu yan buat gulung saja....

tun_telani said...

salam kak QH.. cantikk!! mmg teruja je nengok nyer. tun yg tangan keras kejung ni, x confident la pulak nk buatnyer. hihi

Cheq Sue said...

amboi... berblossom gitu aihh rotinya.. lawa dah tu QH... kalau cheq sue buat entah bunga apa pulak yang jadi *_^

rahel said...

Cantik roti....mesti sedap ni...

HomeKreation said...

Aslmkm QH. Gud idea ni kalau nak hidangkan buat tetamu.... nampak rangup cam pai pula.

izahdaut said...

tak tahu kat mana yg tak comel roti ni QH.. saya tengok comel sesangat dahh.. tak mo makan neh nak tenung jek. hehehehe

monasrie said...

nampaknya GD jugak yg belum berkesempatan membuatnya... nak sikit..

cahayahidupku.blogspot.my said...

Tergoda juga akak menengok roti bunga QH.. dah comel akak tengok tu.. kalau akak buat mesti jadi roti bengot hahhahaha :))