Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT TART NENAS CORNFLAKES


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Taraaaaa…nampak tak blog ni dah berwajah baru lagi…hihihi…blog pon nak raya jugakkan…harus la gantungkan langsir baru…sekarang ni mood untuk berkemas pula…menukar ape yang patut…sebab mood raya tu dah semakin hampir…overkan…semalam hari terakhir duduk di dapur untuk mengukis…dah siap kemas dah pon peralatan tu semua ke tempat asal…tumpuan harus di alihkan kepada rumah dan diri sendiri pula…

Lega rasanye bile melihat biskut2 tu semua tersusun rapi di atas meja sebelum diagihkan kepada yang berkenaan…terpaksa dirahsiakan sebab mungkin salah sorang dari mereka2 tu akan membaca blog ni…jadi tak surprise pula nanti…hihihi…


Kali ni QH nak bermarathon untuk mengudate resepi biskut2 tu semua sebelum terlambat…sementara mempunyai masa yang lama untuk duduk di depan pc sambil mengetuk keyboard ni…secepat mana untuk mengupdate tu tidak dapat dipastikanlagi…tapi QH akan cuba jugak dengan sedaya upaya untuk menyiapkannya….sebenarnya ade lagi biskut2 yang QH nak cuba tapi tu la masa amat cemburui sekali…terpaksa di simpan untuk tahun depan pula…kalau rajin boleh la buat masa raya haji akan datang nanti…

Oh yerrrr sebelum terlupa…pagi tadi QH ade terima cenderahati daripada Kak Shahriah…bersempena QH menyertai kuiz yang dianjurkan oleh beliau baru2 ni…gembira sangat2…bukan tu saja…Kak Sha jugak ade selitkan kad raya bersama…rasanya kalau nak membalas kad raya tersebut dah tentu la tak sempat lagi…masa dah semakin suntuk dah sekarangkan…pada yang turut sama serta kuiz tu dah terima ke belum pemberian dari Kak Sha tu…pada Kak Sha terima kasih banyak atas kiriman tu yer…terharu tau bile tengok kad tu ditandatangani oleh akak…raya nanti macam nak beraya aje ke rumah akak tau…hihihi...ok la kata tadi nak marathonkan jadi tak boleh nak berceloteh panjang2 yer…hehehe…


Untuk resepi Biskut Tart Nenas Cornflakes ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan…crust tart tu kena buat awal2…QH buat malam…sementera crust tart tu siap dibakar boleh la di gentel2kan jem nenas tu menjadi bulat2 kecil…baru la ikut step2 yang Kak Wan bagi tu…

Jem nenas untuk tart ni QH beli yang dah siap tu aje…lama juga QH mengerjakan biskut ni…nampak macam senang aje cara nak membuatnya…rupanya tidak…tapi takpe QH suka…sebab belajar sesuatu yang baru…yang lama tu sebab buat sorang2…takde pembantu…hihihi…yang penting biskut ni memang sedap…kalau masih sempat sila la mencubanya yer…

Pada Kak Wan…QH nak mohon untuk letakkan resepi ni di sini pula yer…terima kasih banyak2 yer…jom tengok resepinye…


BISKUT TART NENAS CORNFALKES

Pastry Tart
Bahan2
170gm marjerin
50gm gula aising
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sudu kecil esen vanilla

Jem nenas secukupnya di gentel bulat
Acuan tart paling kecil bersaiz duit 10 sen

Hiasan : Manik Hundred Thousand

Cara2
1.       Pukul marjerin dan gula dengan menggunakan senduk kayu hingga bergaul rata.
2.      Masukkan telur dan esen vanilla. Gaul lagi hingga sebati.
3.      Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut.
4.     Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tart. Trim bahagian atasnya.
5.     Bakar pada suhu 150C sehingga masak. Sejukkan dahulu. Keluarkan dari acuan.
6.     Isikan kulit tart dengan jem nenas.


Filling Cornflakes
30gm mentega
20gm gula pasir
 1 sudu besar madu
100gm cornflakes di ramas halus (jgn blend)

1.       Filling: Cairkan mentega dan gula pasir. Masukkan madu dan serpihan cornflakes. Gaul hingga rata. Ambil 1/2 sudu kecil dan ratakan ke atas filling jem nenas tadi. Taburkan dengan manik hundred thousand.
2.      Bakar semula selama 10 minit. Sejukkan dahulu sebelum di simpan dalam bekas kedap udara.

9 comments

Anonymous said...

cantiknya acu tart tu, kuih pun sangat cantik

saya je yg tak terbuat kuih raya untuk rumah sendiri, ingat nak ambik cuti awal sikit lah hehe nak marathon buat kuih raya pulak

Cendana Kasih said...

lawa....geram tgk...sayang plak nk makan...

ibundo said...

sedapnya... rasa nak cekkut je satu bawak lari..

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam
wow cantiknya....
rajin QH ni,akak wat tart bunga pun lenguh2 tangan he he

ibh_sue said...

Aslmkum QH
Mood raya dah menyerap di blog. Dah siap gantung header raya lg. Sedap ja tgk tat QH tu. Sue x bwt tat kot. Tmpg mkn tat ja nnti kat rmh mak. Heheheee aci tak? Ekeke. .

Unknown said...

salam Qh
akak pun angan2 nak buat tapi masa tkde lah takpe tengok je lah yg Qh punya ni cantik..

Amie said...

Kreatifnya.... cantik dan unik sungguh biskut tart nenas cornflakes tu!

norhanim md zain said...

Assalam QH..cantik tengok tart nenas cornflakes ni...mesti sedap kan. Selamat menyambut Aidifitri.

Gee® said...

canteknyaaa....