Assalamulaikum dan Salam Sejahtera semua…
Sebenarnya waktu ni hati QH gundah gulana
dan berasa tidak tenang sekali…bile pagi tadi mengetahui perkhabaran dari kampong…abah
QH jatuh malam tadi…menurut mak QH abah pitam sebab penat sangat…macam2 yang
dibuat di rumah tu…
Sebelum tahu pasal abah QH jatuh tu…semasa
basuh pinggan mangkuk kat sinki…QH terlepas pegang gelas dan menyebabkan 1
pinggan kat dalam tu pecah…masa tu dah mula dah rasa semacam…tapi malas nak
fikir yang lebih2 dan bukan2…anggap tu semua hanya biase2 sahaja dan kecuaian
sendiri saje…tak lama lepas tu handphone QH berbunyi ade sms…bile tengok abang
QH yang sms…suruh telefon rumah abah jatuh…bile dah dengar cerita macam tu mula
tak sedap hati dibuatnye…harap tiada ape2 la…QH call tadi abah tengah tido…berehat…QH
pon belum ade rancangan lagi nak balik ke tidak ke kampong petang ni…
Sebenarnya juga entri untuk hari ni QH nak tayang
dari semalam lagi…sebab gambarnye agak tidak memuaskan…faham saje la bile
gambar di ambil waktu malam macam mane kan dengan tak cukup pencahayaan kalau
di rumah QH ni…keseluruhan dalam rumah QH ni menggunakan lampu kuning…tu yang
tangguh dahulu...rancangan pagi ni nak snap semula la…tapi mood tu hilang bile
mengetahui mengenai abah tadi…jadi terima saje la gambar tu seadanya yer…walaupon
hati ni tetap tidak berpuashati dengan hasil gambar pada entri kali ni…
Baik la QH pon taknak la berceloteh
pepanjang hari ni…nak bergelak tawa di blog seperti di entri2 yang lepas pon
takde mood…
Ini merupakan biskut yang ke-4 QH buat…Biskut
Donut…resepi ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan lagi…memang QH
mengindam nak buat biskut ni sejak pertama kali melihatnya…macam biase QH ikut
saje macam mane cara Kak Wan sepenuhnya…kecuali topping untuk donut ni saje…QH
menggunakan coklat masakan perwarna purple dan berperisa blueberry…
Biskut ni sedap dengan rasa lemak2 susu tu
dan rangup…bile ditambah dengan coklat perisa blueberry tu lagi la bertambah
sedap… pada Kak Wan mohon yer untuk meletakkan resepi biskut ni di sini pula
yer…terima kasih banyak2…jom la kita tengok resepinye yer…
BISKUT DONUT / SNOW WHITE COOKIES
By : Kak Wan@Resepi Citarasawan
Bahan A
150 gm mentega
30 gm shortening
100 gm gula caster
1 biji kuning telur
1/2 sudu teh emplex
Bahan B
200 gm tepung gandum
60 gm tepung jagung
30 gm nestum (dikisar)
3 sudu besar susu tepung
Hiasan
Coklat masakan putih dan manik warna hundred thousand
1.
Satukan bahan A dan
pukul hingga sebati. Masukkan
bahan B dan uli sehingga menjadi doh.
2.
Canai
dan terap dengan acuan berlubang. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
Sejukkan.
3.
Celup biskut dgn
coklat putih yang dicairkan secara double boiler. Taburkan manic warna warni.
4.
Biar coklat beku baru
di simpan di dalam bekas.
Post a Comment