Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua…
Ape
khabar semua…kembali bersiaran pada hari ni di Ramadhan yang ke -27…nampaknya
tinggal lebih kurang 2 hari saje kita dah nak berayakan…macam mane dengan
persiapan dah lengkap ker belum…harap tiada yang tertinggal la yer untuk
disediakan…hehehe…
Masih
ade lagi ker yang sedang sibuk untuk menyiapkan biskut raya…dah berapa jenis la
agaknya tu yer…QH pon diam tak diam 10 jenis jugak biskut raya yang dapat
dihasilkan untuk tahun ni…hihihi…sungguh tidak percaya bile melihat hasilnya…betul
ker kukis2 tu semua QH yang buat…hehehe…semoga ape yang QH kongsikan dapat
dimanfaat dan dicuba oleh kawan2 yang lain yer…sekurang2nya dengan perkongsian
tersebut dapatla memberi idea kepada kawan2 yang buntu untuk memilih biskut
raya ape yang ingin disediakan dan dihidangkan kepada tetamu nanti…QH izinkan
kepada sesiapa yang yang ingin mengambil resepi2 tu semua…empunya resepi asal
pon dah lama mengizinkan resepi2nye diambil dan untuk dicuba oleh kita semua…
QH
jugak ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sesiapa yang sudi mencuba
resepi biskut raya dari blog QH ni yer…nampaknya lagi cantik dan comel2 biskut raya
kawan2 dari yang QH buat tu…jeles u bile tengok hasilnye tu..hehehe
Oh
yer…sekarang ni mesti mood balik kampong pon tak kurang hebatnyakan…sama la
macam QH…mungkin malam ni atau besok pagi lepas bersahur tu QH akan berangkat
untuk pulang ke kampong di Kluang, Johor…tapi sebelum tu kena pastikan
kenderaan kita tu dah diservice dan berkeadaan baik…terutama bagi sesiapa yang
memandu dalam perjalanan yang jauh2 tu…ianya penting bagi memudahkan dan
melancarkan perjalanan kita tu tiada ape2 masalah kelak…
Sebelum
keluar ke rumah pula kena pastikan suiz2 yang tak digunakan tu perlu la ditutup
dan plug2 dicabut…tingkap2 ditutup rapat dan dikunci betul2…bile rumah
ditinggalkan lama gas tu hendaklah ditanggalkan saje kepala gasnya…kalau yang
menggunakan dapur elektrik senang aje…tanggalkan saje plugnye tu…bagi mengelak
sebarang kebocoran atau kejadian yang tak diingini…peringatan2 ni pon untuk
diri sendiri jugak…mane tahukan dalam sibuk2 ke barang2 yang ade takut
tertinggal la ape…tapi benda2 yang penting di atas tu lupa pula kita nak buat…
Baik
la hari ni QH nak kongsikan Biskut Cappucino Slice…ini merupakan biskut
terakhir dari QH untuk hari raya ni…hihihi…setakat tu saje yang mampu QH
sediakan…resepi ni QH ambil dari blog Kak Wan@Resepi Citarasawan…nampaknye
tahun ni banyak betul resepi dari Kak Wan yang QH ambil…kebanyakkan resepi2 tu
semua dah lama QH simpan sebelum zaman berblog lagi…hehehe…
Kalau
nak mudah boleh tengok step by step dari blog Kak Wan tu yer…klik di SINI…QH
tak dapat nak sediakan…sebab masa tak mengizinkan…untuk resepi ni jugak QH ikut
saje macam mane cara Kak Wan keseluruhannya…pertama kali membuat biskut dengan
cara ni jadi tak berani la nak diolah ape2…hihihi…agak mudah jugak buat biskut
ni dan tak payah susah2 untuk menerap bagai tu…senang menggunakan loyang cutter
tu…sekejap je dah boleh dapat dalam 60 biji kukis ni…hihihi…
Ok
la jom tengok resepinye…pada Kak Wan…QH ingin mengucapkan ribuan terima kasih
pada akak sebab sudi berkongsi resepi biskut2 raya ni yang sedap2 dan mudah
jugak untuk QH cuba…jika ade yang terlebih atau terkurang tu harap dimaafkan
yer kak…QH mohon untuk memanjangkan pula resepi ni di sini yer…selamat mencuba
semua…
BISKUT CAPPUCINO SLICE
Bahan A
210gm
mentega
100gm
gula perang
1
sudu teh cappuccino emulco
Bahan B (di ayak bersama)
250gm
tepung gandum
90gm
tepung jagung
50gm
susu tepung
60gm
serbuk kacang tanah
Topping coklat
230gm
coklat masakan
10gm
cocoa butter
(dicairkan
secara double boiler)
Hiasan
: Jumbo Heart, Croquant
Caranya
1.
Pukul
bahan A hingga berkrim, masukkan bahan B, uli hingga menjadi doh yang lembut.
2. Alas loyang 10x10 dan
alas dengan kertas minyak, biarkan lebihan kertas 1” keluar dari loyang.
3.
Ambil
doh seberat 600gm dan canaikan doh ke dalam acuan dan ratakan. Masukkan
pemotong (cutter) dan tekan padat ke dasar loyang. Cucuk permukaan doh dengan
garpu.
4. Panaskan ketuhar. Bakar
pada suhu 140C selama 40 minit atau sampai kekuningan.
5.
Setelah
biskut sejuk bukakan cutter dan tuangkan coklat masakan hitam yang dicairkan,
ratakan.
6.
Letakkan
kembali cutter ke tempat asalnya berpandu kepada jalurannya (jika nak buat
marble, lakukan ketika coklat masih cair baru diletakkan cutter).
7.
Masukkan
balik cutter ke dalam loyang, letak jumbo heart dan croquant dan biar coklat
membeku.
8.
Setelah
coklat beku bolehlah dibuka cutter.
Post a Comment