Qasey Honey. Powered by Blogger.

BISKUT AISKRIM OREO


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…

Sedar tak sedar hari ni dah Jumaat rupanya…alahai cepatnye minggu ni berlalu pergi…keadaan jalan pon dah mulai sesak sekarang…baik pagi mahupon petang…lebih2 lagi disekitar tempat2 tumpuan untuk bershopping…opis QH berdekatan dengan kawasan tu semua…jadi hari2 dengar bunyi kenderaan yang lalu lalang di luar tu…dengan bunyi honnya lagi…di Kuala Lumpur ni tempat tumpuan yang selalu menjadi pilihan untuk bershopping sempena hari raya ni dah tentu la Jalan TAR dan SOGO…QH  pon baru sekali jer menjejakkan kaki di sekitar Jalan TAR tu…tak larat pula nak berjalan lama2 dan bersesak kat situ tahun ni…


Tidak seperti di tahun2 sebelumnye…kalau Sabtu dan Ahad aje setiap minggu di bulan puasa ni mesti nak ke sana jugak…pagi2 lagi dah keluar sampai la ke petang baru teringgat rumah…hahaha…memang berbeza pada tahun ni…berjalan sikit mesti nak cari tempat duduk lepas tu…mungkin factor usia kot atau ngada2…hihihi…pilihan QH sekarang nak tempat yang beraircond aje…macam puteri lilin la pulak kan tak boleh nak kena panas sikit…hehehe…bukan berlagak tak tentu pasal tapi tak tahan panas...lagi satu dah nak dekat raya ni kesihatan perlu dijaga...takut nanti demam la pula masa raya tu nanti...dah nanti tak best la kan...tempat beraircond yang menjadi pilihan tu dah tentu la SOGO…yang tu pon paling dekat…boleh la buat cuci2 mata ni kan dan memanfaatkan masa rehat yang ade tu…


Ok la…masa agak tidak mengizinkan pula untuk berceloteh lagi panjang lagi…hari ni QH nak kongsikan resepi Biskut Aiskrim Oreo pula…resepi ni QH ambil dari blog CikWan@DapurCikWan…resepi ni juga ade termasuk dalam majalah Aroma Edisi Ogos 2012 juga tau…boleh klik kat link tu yer…awal2 lagi masa CW tayang biskut ni hati memang dah berkenan sangat nak menyuntingnye…sedap dan rangup biskut ni…lagi 1 sebab ade oreokan tu yang buatkannya lagi sedap…untuk biskut ni QH ikut keseluruhannya macam yang CW buat…bab deco pandai sendiri yer…lagi kalau ade yang berminat nak acuan macam yang QH gunakan tu boleh la klik link ni yer…Loyang Kuih…QH beli online di FB…

Baik la pada CW…tahniah yer QH ucapkan sebab berjaya muncul di Majalah Aroma Edisi Ogos 2012…semoga CW akan lebih sukses dan berjaya lagi…dan semoga lepas ni akan muncul di majalah2 lain pula yer…dapat la tengok dan kenal gerangannye rupa CW ni…comel loteh dan putih gebus orangnya…QH mohon untuk tepekkan resepi biskut yang sedap ni di sini yer…jom tengok ape bahan2 yang diperlukan tu…selamat mencuba tau…


BISKUT AISKRIM OREO

Bahan-bahan;
170 gm tepung gandum
20 gm tepung ubi
20 gm tepung jagung
¼ sudu teh serbuk penaik
110 gm mentega
70 gm gula aising
6 keping biskut oreo
20 gm lemak sayuran
1 sudu teh esen vanila
250 gm coklat putih
Manik gula warna-warni

Cara-cara;
1.           Kisar halus biskut oreo.
2.        Ayakkan semua jenis tepung bersama serbuk penaik.
3.         Pukul mentega bersama lemak sayuran, esen vanila dan gula aising sehingga lembut dan  gebu.
4.        Masukkan adunan tepung dan serbuk oreo ke dalam adunan mentega tadi.
5.         Adunkan dan uli sehingga menjadi doh.
6.         Canai doh dan terapkan dengan acuan berbentuk aiskrim
7.         Bakar pada suhu 180°c selama 15-20 minit.
8.         Setelah sejuk bolehlah dihiaskan dengan coklat putih yang dicairkan.
9.         Taburkan manik gula warna-warni.
10.   Keringkan dan simpan di dalam bekas kedap udara


16 comments

Unknown said...

Assalamualaikum QH
Banyak dah biskut yg QH buat cantik2 pulak tu..seronoknya!

ibh_sue said...

Alamak!..Cumeinya lori Oreo tu...Heee
Banyak dah biskut QH... Sue pun esok baru nak gerak aktif sikit...

yan's cottage said...

salam qh....
nanpak sedap la....!!!!!biskut aiskrim oreo tu....
boleh cuba ni....menarik dan tertarik la pulak....

zila norazila said...

salam syg QH,,
wahhh dah ada berapa mcm kuih tue..he hehe lps la utk akk sebalang yer..cantik kukis tue..bdk2 mesti suka nie:)

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam QH
semua biskut2 raya QH cantik2 belaka, mesti teruja tetamu nak merasa nanti ni

Unknown said...

salam Qh..
nampak pun dah tau sedap tu macam aiskrim je tapi akak tkde acuan aiskrim tu kang tak jadi biskut airskrim oreo pulak kan kena beli dulu lah gamaknya ni

ibundo said...

ooooo... menariknya..

Unknown said...

salam sis QH.. wahhhh lajunya sis buat beskut..xsempat nk kejar..dh tercicir jauh ni.. sedap nampak sumer cookies QH...addoiiii

Anna Qawina said...

Datang nk angkut dgn lori tuh...sila izinkan..hihj..lawa sekut...

ijayuji said...

Salam QH! eh? canteklah bekas kukis yg kat bwh tuuu ehehe... kelaka pulak tengok :D klu ank kita tengok mesti berkenan tuu, tp kalau sekut2 yg kena celup stoberi masing2 tak pandang, kalau coklat bukan main laju lagi derang tanya :D

Rohah said...

akak suka tgk lori oreo tu...terbaekkk..hi2..macam dah biskut QH, yg ni ada oreo tentu sedap sangat..nak datang rumah la...nk rasa.Boleh??

Gee® said...

wow! harus buat ni... anak2 suka oreo...thanks QH

nOOrsha said...

cantiklaa lori orreo tu ..mane beli/ nk jugaaak..hehe..

Nina Mirza said...

As'salam QH..

so CUTE! nak sikit>>>>>
hehee

Unknown said...

Salam QH...cantik bentuknya....mmg leh atract ank2..

kasihredha said...

cantik...sgt2
tin oreo tu pun cantik juge

akak mmg jarag ke Sogo musim raya...sebab faktor usia juga...hihi