Qasey Honey. Powered by Blogger.

KERANG REBUS


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua…

Seperti yang dijanjikan semalam di FB…akhirnya terbukti juga akan adenya kemunculan entri terbaru dari blog Qasey Honey…hehehe…amat lega bile dapat kembali berblogging…selamat kembali untuk diri sendiri…hihihi…memang amat rindu dengan teman2 semua dan blog kesayanganku ini…sangat berterima kasih juga pada teman2 yang sudi lagi menyinggah ke blog QH ni…walaupon tiada entri2 terbaru, terkini dan sensasi…hahaha…amat dukacitakan…tetapi agak lewat pula untuk bersiaran hari ni…rancangan asal nak siapkan entri ni malam tadi…setiba di pejabat petang semalam…rupanya perjuangan masih belum selesai…hukhuk…

Semalam QH dari pagi sampai ke petang berada di Angkasapuri untuk program Pelancaran Rayuan Hari Pahlawan yang disempurnakan oleh YAB Datin Paduka Seri Rosmah Mansor…bersiaran di TV2 malam tadi… tapi maaf…sekilas pon tiada muka QH yer…hehehe…hanya pelaku di belakang tabir sahaja…sungguh tak glamourkan…hahaha…itu la penyebabnya blog QH sepi sementara waktu tu…selagi tak sampai ke hari pelancaran tu…tak habis2 berhempas pulas dengan kerja2 surat menyurat…rasa macam nak muntah dah bile tengok surat2 tu semua…panggilan telefon lagi…sungguh tak suka…memanjang nak meroyan aje jadinye…hihihi…


Tapi sekarang mood sudah kembali stabil seperti biase yer…banyak benda dan cerita yang QH nak kongsikan tapi tu la ade antaranya yang QH dah lupa pon…aduyaiii…

Ade masa nanti QH akan buat entri sempena hari pelancaran semalam tu yer…banyak jugak gambar yang sempat QH snap…tapi untuk diri sendiri ade la sekeping dua kot…Dato’ Siti Nurhaliza pon ade jugak tau…tapi tak heran…sebab jiran QH aje tu…hahaha…biase jumpa kat Giant membeli sayur…hehehe

Hari ni QH nak kongsikan resepi Kerang Rebus…menu ni dah lama bertapa dalam folder draft sebenarnya…gara2 kesibukan QH sebelum ni…asyik tertangguh2 aje nak kuarkannye…hihihi…hampir sebulan jugak la usianya tu…


Kerang rebus ni pon sesuai juga untuk dijadikan sebagai menu bersahur atau berbuka puasa…bile bersahur pepagi tu kan memang agak kurang berselerakan nak makan…lagi2 hari pertama bangun untuk bersahur memang susah la mata tu untuk dibuka…jadi boleh la kopek kerang tu satu persatu sebagai senaman mata…hehehe…mesti akan meneruskan kopek dan kopek lagi…mata pon jadi segarkan…agaknya la kot…hehehe…jangan terbabas sampai waktu imsak dah la yer…

Resepi kerang rebus beserta pencicahnye tu QH ambil dari blog CMG@Dapur TanpaSempadan…tengok sangat cantik kerang rebus yang CMG buat tu…molek aje kerang tu bile dibuka…tapi bile QH tiru pula cara CMG tu…tak berapa nak menjadi pula…takpe la yang penting sedap…tapi hubby cakap masin sikit…hehehe…masa panas2 tu rasa macam dah ok aje…bile dah sejuk tu baru terasa…untuk sos pencicah tu pula memang sedap…amat padan sekali bile digandingkan bersama…menepati citarasa kami…

Dulu QH tak bape gemar sangat makan kerang ni…hubby QH pula suka sangat…kalau makan diluar dan ade kerang rebus ni mesti diordernye…dari situ la sikit2 QH belajar makan…bile dah pandai makan…jadi tak cukup dan berebut la pulak…memang suka makan gado2 ni…hahaha…kalau order banyak2 tak habis pula…

Jom la kita tengok resepi kerang rebus tu…yang semudah 123 tu…kalau cari resepi kerang rebus ni memang banyak dan pelbagai cara…yang ni salah satu darinya…selamat mencuba yer…


KERANG REBUS

Bahan-Bahannya :-)
Kerang secukupnya (mat rebus 3 kg kerang!!!)
4 biji bawang merah, dihiris
3 ulas bawang putih, dihiris
3/4 cawan air
Garam secukup rasa (anggaran 3/4 camca besar)

Cara membuatnya :-)

1.  UNTUK KERANG REBUS :- Cuci kerang bersih2, kalau dapat berus kulitnya (gunakan berus plastik) sehingga bersih. Bilas 3 - 4 kali dan toskan. Dalam kuali, masukkan 2 camca besar minyak masak, tumis bawang merah dan bawang putih hingga harum, masukkan kerang dan garam, gaul rata. Tuang air dan tutup kuali. Biar kerang masak, kacau sekali sekala, masak 10 - 15 minit atau hingga kerang mudah dikopek dan isinya senang tanggal.

2.  Hidangkan kerang bersama sambal cuka, boleh juga dimakan dengan sambal kicap, ikut selera masing2....selamat memasak untuk semua!!!

SAMBAL PENCICAH

Bahan :-)
4 - 5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1/2 camca teh garam
1/2 cawan gula (boleh kurangkan)
3 - 4 camca besar cuka makan
Sedikit air

Cara membuatnya :-)
1.  UNTUK SAMBAL CUKA :- Tumbuk cili dan bawang putih hingga lumat, tambah garam dan gula, tumbuk sehingga semua sebati. Alihkan ke dalam bekas, masukkan cuka makan dan sedikit air, kacau hingga rata.


Besok semua umat islam di seluruh dunia atau ade hari ni yang dah berpuasakan…jadi dikesempatan ini…QH sekeluarga ingin mengucapkan SELAMAT BERPUASA kepada semua pengunjung2 blog Qasey Honey ni...andai ade tersilap atau keterlanjuran kata2 harap dimaafkan yer...


17 comments

Anonymous said...

selamat berpuasa qh, moga ramadan tahun ini akan lebih sempurna

sedap tu kerang rebus, lama tak makan sebab tak tahan lgpun malasnya nak cuci kulit kerang tu hehe

Azie said...

Sedap nyer nampak kerang yang fresh tu. basah basah lagi..

Gee® said...

Pergh! mengancam tgk kerang tu...
Slmt Berpuasa Qasey

Mamasya said...

Sedapnya kerang rebus cicah sos...akk suka ni....tp kat Cairo tak da kerang....
Slmt berpuasa buat QH sekeluarga..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

aduh sedapnya kerang rebus... feberet akak juga ni.... mmg sedap bila ada cicahannya.. tp akak suka cicah ngan air asam atau air cuka... ngences dibuatnya bila sebut air cuka.. heeee...

slmt berpuasa ye QH...

rahel said...

nampak sedap kerang rebus itu...selamat menyambut bulan puasa QH.

Love2cook Malaysia said...

Selamat berpuasa dear QH ;)

Mas Sani said...

Selalunya mas yg lama mghilang tp kali nie qh plak hihihi... Selamat berblog kembali qh, windu sama kamu hihihihi.... Salam ramadhan dr mas juga :-)

ogyep yummy mellow said...

Sukaaa kerang u... salam ramadhan & selamat berpuasa pd QH sekeluarga ya..

Amie said...

Selamat berpuasa QH,
sedapnya kerang rebus, teringat hasil air tangan bonda masa kami kecik2 dulu... adeeeehhhh

yan's cottage said...

manpak ringkas tapi menyelerakan.......!!!!tambah pula di bulan ramadan kan.....??????

FnF Simple Life said...

Selamat berpuasa QH... ringkas dan sedaaaaaapppp...

Unknown said...

wahh tergoda tgk kerang rebus ni..dah lama tak jumpa kerang fresh gini..jelesx2 tk sabar nak blk Msia makan dah ni..hehe

Shahriah Abdullah Novelis said...

As'kum QH cayangg waduhh nampakkerang menyengih bulan posa nih... sama naik akak menyengeh sambil lap mulut dengan tisu ehhehe.. cayang masih sempat join kuiz terkumpul tu jangan lupa linkkan kat akak yaa.. tq so much

Sue Bee said...

kerang itu..rasa lapar lah pulok!!

IntaNBerliaN said...

biasa sy cicah dgn cili sos je.. hihi

Anonymous said...

bezt sgt