Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
Berakhir sudah hari2 sibuk QH…hihihi…lega rasanya bile semua sudah
selesai…rasa2nya dalam tempoh terdekat ni…takde ape2 aktiviti kot yang QH
terlibat…jadi boleh la QH beri perhatian semula ke blog kesayangan QH ni…
Semalam bersempena 16 Mei iaitu hari guru…ianya jugak merupakan tarikh yang
bermakna buat QH…tarikh tu jugak la QH melaporkan diri berkhidmat dengan
kerajaan…genap 6 tahun semalam dan tarikh tu jugak la QH mendapat pengiktirafan
Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011 (APC)…Alhamdulillah…siapa sangkakan…pada
tarikh tersebut banyak perkara yang manis berlaku dan amat senang untuk
diingati…
Kesibukan yang QH maksudkan tadi tu sebenarnya sibuk untuk buat persiapan
untuk majlis APC tersebut…hehehe…biase la sibuk dan kalut sendiri…maklumla
pertama kali dapat…ntah mungkin berpeluang lagi atau tidak untuk dapat lagi…hahaha…tu
yang cukup cerewet la pulak kali ni untuk memilih baju yang sesuai…hehehe…merata
juga pegi tapi takde satu yang berkenan dihati…ade aje yang tak kena…nak tempah
kat designer2 yang ade tu…rasanya belum mampu lagi dan tak berbaloi pon…hihihi…tapi
setelah penat dah ke sana ke mari akhirnya jumpa juga la yang berkenan…bolehla
dari takde kan…hehehe…
Biase la orang pompuan macam kita ni kan…memang macam tu perangainya…ade
ape2 sikit…semuanya nak yang baru…hihihi…semuanya nak nampak cantik…tapi tadi
bile tengok yang lain agak bersederhana saje…cuma 2-3 orang aje yang agak vogue…QH
terasa malu sendiri pon ade…hahaha…nasib baik tak bape nak over…hahaha…
Ade
satu kisah yang kelakar juga tadi terjadi…masih atas stage tu…semasa KSU nak
sampaikan sijil…dia adelah ucapkan tahniah…seperti biase kita ucap la balik
terima kasih kan…pastu terus QH cari kamera…siap2 posing lagi dengan sijil tu…hahaha…entah2
ape agaknya kan KSU tu berkata dalam hati…hehehe…gambar tu pulak macam mane la
agaknya hasilnye…hihihi…InsyaAllah bile dah dapat nanti…QH akan tunjukkan yer…
Ok la cukup dulu la cerita di atas tu tadi…walaupon rasanya banyak lagi
yang QH nak kongsikan bersama2…tapi ade yang meluat pulak…hehehe…
Untuk resepi hari ni…QH nak kongsikan pula resepi Lontong…kalau di Johor…lontong
ni merupakan makanan yang popular juga tau...bukan tunggu raya aje menu ni
dihidangkan…tapi sebagai sarapan pagi jugak…QH memang pengemar lontong ni…nasib
baik la kat KL ni banyak juga gerai2 yang menjual…bile rasa teringin tu senang
sikit nak pegi cari…tapi tak sama la dengan lontong yang ade di negeri Johor tu…hehehe
Sebenarnya ni la pertama kali QH buat lontong sendiri…hihihi…terasa jugak
nak merasa air tangan sediri pula macam mane kan…asyik rasa orang lain buat aje…pastu
tak berpuashati la pulak…hihihi…bab makan ni QH memang agak cerewet jugak…tapi
tak ketara sangat la…
Tapi ok la…hasilnye tak la mengecewakan sangat…hubby pon cakap sedap…berani
dia cakap tak sedap…hahaha…kena telan jugak…tapi serius sedap…cukup rasanya…resepi
ni QH ambil dari blog Kak Nieza@Our Journey Begins…masa ditayang tu…memang QH
tak boleh sabar lagi untuk mencuba pulak…kecur dan terliur tengok…dah la
gambar2nye semua cantik…salah satu pengaruh tu…hehehe…memang nampak
menyelerakan…
Lagi satu rupanya senang aje nak masak kuah lodeh tu…hehehe…semudahnya ABCDEF
aje…tapi agak kecoh jugak bile masak bersama hubby…masing2 nak dengan cara dan
skill sendiri…hehehe…tapi seronok sebenarnya…
Ok la…pada Kak Nieza dan pada empunya resepi ni…QH mohon untuk berkongsi
pula resepi ni di sini pula yer…terima kasih…pada yang belum cuba tu…boleh la
mencubanya pula yer…jangan takut2…memasak ni sebenarnya seronok dan perlu
berani mencuba…jadi atau tak tu cerita lain pula…hihihi…jom tengok ape
resepinya…
Bhn²
1 biji kelapa, diparut - QH guna santan kotak
2 batang serai, dititik
1 biji bawang besar, dihiris halus
3 ulas bawang putih, dicincang halus
1/2 camca teh serbuk kunyit
1 1/2 camca besar udang kering, rendam 10 minit,
toskan dan tumbuk kasar
1 kiub ikan bilis "MAGGI" (optional)
1/2 cekak so hoon, dikerat - QH xletak
Garam, gula dan serbuk perasa (jika suka)
Lengkuas ~ CMG
lupa tulis.. Jadi Diana bubuh 1 inci lengkuas_ d hiris (Nieza ikut bubuh juga)
Bahan2 Sayuran
1/4 biji kobis, dipotong kecil
1/2 biji sengkuang, dipotong mancis
1 batang lobak merah, dipotong mancis
10 tangkai kacang panjang, dipotong serong
2 keping tauhu, dipotong dadu sederhana besar
2 keping fucuk saiz sederhana (tauhu kering), dipotong sederhana besar dan
rendam - QH xletak
2 keping tempe, dipotong kecil
1/4 ketul sawi bunga, dipotong
kecil - QH xletak
2 biji cili merah _ d hiris menyerong ( Diana
tambah ) Nieza ikut kak Diana
Cara²
1.
Tuang 1
cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1000ml
air, ramas dan perah untuk santan no.2. Ketepikan.
2.
Dalam
periuk, tuang santan no.2, masukkan udang kering, kiub ikan bilis, serai,
bawang besar, bawang putih, lengkuas dan serbuk kunyit. Masak hingga mendidih.
3.
Masukkan
sengkuang, lobak merah, sawi bunga dan tempe, bila lembut sedikit boleh
masukkan kacang panjang, kobis dan fucuk. Biar mendidih perlahan dan masukkan
tauhu. Kacau perlahan. Masukkan so hoon, basuh so hoon sejurus sebelum
dimasukkan ke dalam periuk. Tambah garam, sedikit gula dan serbuk perasa jika
suka.
4.
Akhir
sekali tuang santan no.1 dan kacau perlahan, biar mendidih perlahan. Angkat dan
boleh dihidangkan bersama nasi impit, serunding dan sambal tumis.
SAMBAL TUMIS - QH ambil dr SINI
Bahan²
*15 tangkai cili
kering
*1/2 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
* 1 inci belacan
segenggam ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
asam jawa (sebesar ibu jari) + 1/2 cawan air = jadikan pes
gula
garam
Cara² Penyediaan
Sambal Tumis
1. Blend bahan
bertanda * hingga halus. Pannaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan² yang di
blend tadi hingga garing.
2. Masukkan air asam
jawa, perasakan dengan garam dan gula.
3. Masukkan juga ikan
bilis dan bawang hiris. Kacau hingga bawang layu. Matikan api dan hidangkan. :)
Bahan Lain
Nasi impit
Telur rebus @ telur mata lembu (optional)
Sambal tumis
Serunding kelapa (optional)
Post a Comment