Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera…
Apa khabar semua?? Macam
mane dengan sambutan hari ibu yang lepas…mesti meriah dan seronokkan…mungkin
ramai yang menyambutnya diluar makan bersama2 dengan anak2 atau berkumpul dan
buat makan2 dengan adik beradik yang lain kan…
Mak
QH pon sambut hari ibu dengan adik2nya yang lain jugak…kebetulan hari tu makcik
QH buat kenduri…jadi bile dah berkumpul tu…sambut sekali la ramai2…QH kat KL
aje…lagipon seperti tahun2 yang sudah QH tak sambut pon…sama jugak dengan biras
QH…sebab masing2 belum lagi bergelar IBU lagi…mungkin belum ade rezeki lagi kot…terharu
jugak dengan ucapan2 hari ibu yang QH terima dari teman2 kelmarin…takpe QH tak
kisah dah lali pon…lagipon anda semua pon tak tahukan…
Mengenai sambutan
hari ibu ni…QH ade jugak terbaca beberapa artikel mengenai sambutan hari ibu ni…ade
beberapa kenyataan mengatakan sambutan ni haram di sambut oleh umat islam…kerana
sambutan itu mula disambut oleh orang kafir iaitu masyarakat yang beragama
Kristian…
pada QH yang penting
niat kita tu…nak sambut hari ibu untuk ibu@mak kita yang telah mengandung,
melahirkan dan membesarkan kita tu kan…lagipon kita sambut dengan cara kita
yang tersendiri bukan berlebih-lebihan atau terikut2 dengan cara orang barat
yer tak…cehhh dah macam ustazah la pulak…hehehe
Ok la jom la kita ke
resepi…lagi pon QH tak punya banyak masa nak berceloteh seperti biase buat masa
sekarang ni…banyak benda yang menanti untuk dibereskan…hehehe…
Untuk resepi hari ni…dah
tentu2 la semua tahu kan…apa yang QH nak kongsikan…sebab QH dah tayangkan kek
ni pada entri yang sebelum ni kan…sebenarnya QH pon tak tahu nak namakan kek ni
ape…puas fikirkan nama yang sesuai untuk kek yang sedap ni…jadi buntu sekejap…hihihi…tapi
fikir punya fikir…QH namakan Kek Span Strawberry & Blueberry saje…hehehe…
Resepi kek ni QH
ambil dari blog Rahel@I Love Cake…untuk kek seperti yang QH buat ni…QH memerlukan 2
buku kek dengan rasa yang berlainan…strawberry dan blueberry…QH menggunakan Loyang
4segi yang bersaiz 8”…agak mudah juga buat kek ni…bahan2 pon tak rumit…memang
dah tersedia ade dirumah pon…
Kek span ni rasanya sedap
tau…pastu teksturnya pon lembut dan gebu…rasanya seolah2 macam kita makan span
la pula…walaupon QH belum ade lagi pengalaman macam mane rasanya makan span tu
yer…hahaha…macam kek yang biase beli kat kedai t upon ade jugak…tapi tentu2 la
buat sendiri lagi sedap…
Untuk kek ni jugak…QH
cuba2 untuk belajar buat bunga mengunakan icing…agak kelakar juga bentuk bunga
yang QH buat tu…tapi bile dalam gambar tak nampak sangat kot cacat celanya…hehehe…itu
pon berkali2 juga QH mencubanya…memula tu memang tak menjadi langsung…QH
teruskan mencuba…akhirnya ade la nampak ade bentuk2 bunga ros tu kira jadi la
tu kot…hihihi…
Mari tengok ape
resepi2 dan bahan2 yang diperlukan untuk kek ni…pada Rahel…QH mohon untuk
memanjang dan berkongsi pula resepi kek ni di sini pula yer…jangan lupa
mencubanya pula tau…
Kek Span Strawberry
Sumber:Buku Resepi
Bahan2:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/tpg
superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak
masak/mentega cair
1 st esen vanila
1 sb strawberry
emulco
Cara:
1. Panaskan oven pada
suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 9", griskan dg mentega dan alas dengan bkg
paper. (QH guna loyang 4segi)
2. Satukan bahan
bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar
sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga
sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
3. Tuang adunan ke
dlm acuan. Bakar selama 45 minit.Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit
agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia
sejuk,kemudian bahagi tiga untuk diberi krim. (QH bahagi 2)
Kek Span BLUEBERRY
Sumber:Buku Resepi
Bahan2:
120g gula kastor*
10g ovalet*
4 biji telur gred A*
130g tepung kek/tpg
superfine*
1 st serbuk penaik*
40ml air
60g minyak
masak/mentega cair
1 st esen vanila
1 sb blueberry emulco
Cara:
1. Panaskan oven pada
suhu 170'C. Siapkan acuan bulat 9", griskan dg mentega dan alas dengan bkg
paper. (QH guna loyang 4segi)
2. Satukan bahan
bertanda* dlm mangkuk sederhana besar. Menggunakan pemukul elektrik,putar
sehingga kembang dan gebu. Masukkan esen vanila & air. Putar lg sehingga
sebati. Masukkan minyak. Gaulkan hingga sebati.
3. Tuang adunan ke
dlm acuan. Bakar selama 45 minit.Bila sudah masak telangkupkan selama 5 minit
agar kek tdk mendap.Terbalikkan semula & keluarkan dr acuan.Biarkan ia
sejuk,kemudian bahagi tiga untuk diberi krim. (QH bahagi 2)
Cream
Cheese Frosting
Bahan2
125gm cream cheese
60gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sdt vanili ekstrak
1 sudu kecil jus daripada lemon
1 sudu kecil paste lemon
Chocolate Rice -
optional
Caranya
Pukul cream cheese dan mentega hanya sampai creamy aje, tambahkan gula aising
dan jus lemon.
BUTTERCREAM
Bahan2 ( sebiji kek )
- 250 gm shortening
- 125 gm krimwell
- 125 gm gula
aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
Cara-cara
1.
Pukul
shortening dan krimwell hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter,
pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
2. TIPS : pukul dengan
kelajuan minima. makan masalah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih
cantik & mudah dilepa.
|
Titis embun tu QH guna piping jelly |
Icing Rose
Bahan2
300 gm shortening
350 gm gula aising -
ayakkan
Cara2nya
1. Satukan shortening
dan gula aising dalam mangkuk, gaul dengan menggunakan senduk kayu sahaja.
2. Jangan gaul lama2,
cukup setakat adunan sebati, kalu gaul lama2 nanti adunan jadi lembik.
3. Boleh tambahkan
pewarna atau perasa jika suka.
Post a Comment