Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua…
Bertemu lagi kita
pada hari Jumaat yang indah ni...sebelum tu QH nak bertanye la…ade ape2 masalah
lagi tak mengenai blog QH ni…sebab QH masih mendapat feedback mengatakan blog
ni tetap ade masalah…tak keluar tulisan dan tulisan tak terang…ni dari kawan QH
sendiri…memang QH tengok sendiri bile dia buka dari PCnye…anda semua ade
mengalami keadaan yang sama ker…atau ade masalah lain ker…jika ade tolong
bagitahu yer…supaya QH boleh mengatasi masalah2 yang ade tu…huhuhu
Lagi 1 baru2 ni QH
ade kemaskini senarai bloglist yang QH telah follow…ade 2 senarai bloglist
sekarang ni…hihihi…jika ade blog2 yang QH terlepas pandang untuk disenaraikan
di bloglist tersebut…pon tolong bagitahu yer…sebab banyak sangat jadi takut ade
yag tercicir…hehehe…jangan berkecil hati pulak tau…jika anda bagitahu nanti
terus QH update dan senaraikan blog anda dalam senarai bloglist tersebut yer…hehehe…
Sebelum tu maaf yer…sebab
pepagi lagi QH dah duk menayang aiskrim la pulak…hihihi…amat tidak sesuaikan…buat
kecur orang aje…nanti ade pula yang sarapan roti canai cicah aiskrim pulak…hahaha…
Sekarang ni semuanya
nak buat sendiri termasuk la aiskrim ni…rupanya amat mudah aje bile buat
sendiri tu…tak sempat berpeluh pon duk kat dapur tu…hehehe…resepi ni QH ambil
dari Facebook oleh Noraslinda Bugal…resepi ni jatuh cinta pandang pertama jugak
tau…lepas nampak resepi ni…QH terus buat tanpa berlengah2 lagi…kebetulan bahan2
pon memang ade kat dapur tu…jadi dapat la meneruskan projek membuat aiskrim ni…
Untuk permulaan ni…QH
buat separuh adunan dulu…takut2 la tak menjadikan…tupon dah dapat banyak jugak
tau…resepinye pon QH olah sedikit…QH buat satu perasa aje iaitu perasa mocha…jika
nak lihat resepi asal sila klik di SINI yer…tak menghampakan bile mencubanya…kejadiannya
pon sempurna…
Aiskrim ni pon tak
kurang hebatnya jugak rasanya…sedap…sama macam yang kita selalu beli tu…cuma
kat gambar2 yang terakhir tu nampak aiskrim tu dah mencair sebab lama sangat
masa sesi photoshoot…hehehe…kalau tak elok saje kejadiannya…ohhh yer nampak tak
dalam bekas askrim tu bahagian bawah tu agak gelap sedikit kalernye…yang tu
coklat chip berkumpul di bawah…ianya jadi macam tu dengan sendirinya…
Ok la sebelum aiskrim
terus mencair lagi dan anda pon terliur2 mlihatnya…jom tengok resepinya yer…jangan
lupa buat tau…pada empunya resepi…Noraslinda Bugal…QH mohon untuk memanjang dan
berkongsi pula resepi ni disini pula yer…terima kasih bebanyak…
Homemade Ice cream mocha
BAHAN-BAHAN
1 tin susu pekat manis
2 tin air masak(sukat guna tin susu)
1 sudu besar ovallet
1 sudu besar tepung jagung
1 penutup esen vanilla
Mocha emulco secukupnya
Coklat chip -
optional
CARA MEMBUATNYA
Masukkan
susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
Masukkan tepung
jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila
dikeluarkan nanti)
Kacau atas api hingga
agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
Angkat adunan tadi
dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan
mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan
dahulu
Apabila dah
sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu
dan ringan
Mula-mula adunan tu
sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan
kek,sedikit likat
Letak mocha emulco
secukupnya dan tambah coklat chip jika suka
Tuang adunan ke dalam
bekas dan tutup bekas tersebut. Masukkan ke dalam peti ais. Bila dah beku/keras
boleh la dinikmati.
Post a Comment