Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua…
Semangat nak buat entri
pepagi lagi…bukan ape untuk memudahkan kerja2 yang lain…ape kerja yang lain tu???
Hehehe…kerja sekodeng ke dapur teman2 yang lain la…bile dah siapkan entri ni
awal2…QH boleh berjalan 1 hari ke dapur orang pulak…cari dan simpan resepi2
yang berikutnye…yang mane berkenan di hati ni…hihihi…
Dah terbukti dah semalam…memang
amat senang sekali…habis semua blog yang QH ketahui QH terjah…amat senang
sekali lagi bile tak diganggu oleh sesape semalam…hanyut dalam dunia maya
sorang2…lagi pon QH puasakan semalam…jadi berkelakuan amat sopan dan menjaga
tingkah laku sesangat…hahaha…nanti bile dah berborak seperti biase takut pula
akan terngumpat bagai tu…memang
mengelak tapi tetap akan termasuk juga ke jalan tu…hehehe…dah kurang pahala
puasanye…hihihi…
Menu untuk hari ni bukan
la menu yang QH buat untuk berbuka puasa semalam…petang semalam QH tak buat
ape2 pon…isnin hingga jumaat memang gantung kuali, periuk belanga tinggi…biar
tak sampai…hehehe…dapur memang tak akan berasap la gamaknya…
Buka puasa semalam ape
yang QH buat hanya la membeli saje juadah ape yang rasa2 teringin tu…hihihi…QH
berbuka dengan nasi dagang dengan kari ayam ditambah pula dengan telur masin…perghhhh
memang lazat sekali…hahaha…airnye pula…QH beli air kepala muda…tapi minum sikit
aje…takut kembung dan angin pula nanti…patutnya air kelapa tu tak beli pon
takpe…teringat pon bile dah siap membeli…baru teringat kat rumah pon ade
berbiji buah kelapa yang belum diketahui lagi untuk dijadikan ape??? ade
cadangan tak…tolong QH yer…takut membazir macam tu saje…
Buah kelapa tu QH beli
semasa bercuti kat kampong hari tu…berkenan la pulak tengok setandan buah
kelapa tu…asalnya nak beli buah mangga aje…hubby dah cakap dah beli sebiji dua
aje cukup…tapi akibat sikap tamak haloba tu…nak setandan tu jugak…hubby ikutkan
aje la akhirnya…lagipon yang akan mengerjakan buah kelapa tu besok dia…bukan QH
pon…hahaha…masih lagi mencari resepi yang sesuai, senang dan simple saje…hihihi…
Hmm ok la…jom kita masuk
ke resepi hari ni yer puan2 dan tuan2 semua…
Untuk resepi hari ni QH
buat Seafood Pizza pulak…dah sedia maklum la kan…tengok pada gambar2 tu semua…bukan
rahsia lagi dah…hehehe…buat pizza ni merupakan projek QH dan hubby…tetiba malam
tu teringin nak makan pizza pulak…tu yang gambar2 tu semua kurang memuaskan...bahan2 memang dah tersedia ade dah pon…tinggal
untuk menjadikannya aje lagi…bile dah ade BM tu senang la terus bagi tugas untuk
menguli doh tu dulu…sesambil menunggu doh tu diuli…QH sediakan bahan2 yang lain…
Senang aje buat pizza ni…main
campak2 aje ape bahan yang nak digunakan…dohnya saje yang nak kita buat betul2…untuk
bahan topping tu…ikut citarasa masing2…nak kurang ker banyak ker tu semua
terpulang…tapi nasihat QH…jangan la ikut macam QH buat ni…letak sepenuh2nya
bahan2 topping tu…akhirnya bile makan jadi muak la pulak…hehehe…tu akibat sikap
tamak la tu…lain kali kalau buat lagi letak bahan2 tu sikit2 aje…biar macam ala2
kedekut gitu…lagi sedap QH rasa…mesti kita rasa nak makan lagi dan lagi kan
bile tak cukup…
Sebabnya jadi gitu…ye la
bile makan di pizza hut atau dominos pizza tu…tengok la macam mane isinye tu
kan…macam ala2 letak aje…punya la kedekut…tapi sebenarnya itu la sedap…
Resepi untuk doh pizza
ni QH ambil dari [email protected] lain2 tu QH ikut citarasa sendiri…sos
pula QH tak menggunakan resepi seperti dibawa tu…QH menggunakan pizza sauce mix
yang dibeli di bakery Bagus tu aje…lain kali QH akan cuba nanti…sebab buat
pizza ni dah malam…jadi bahan2 pon nak yang dah ready aje…hihihi….
Pada tulip77@myresipi…QH mohon untuk kongsikan resepi yang QH ambil ni untuk diletakkan di sini pula
yer…terima kasih bebanyak…
SEAFOOD PIZZA
By: tulip77@myresipi
Doh
Bahan-bahan ( loyang
11" )
- 200g / 2 cawan tepung gandum
- 20g / 2 st yis segera
- 3g / 1/2 st garam
- 5g / 1 st gula
- 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak
zaitun
- 1/2 cwn air suam untuk menguli
Cara-cara
1. Campur
tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk
air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
2. Sukatan air
bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di
tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup
bekas dgn plastik cling.
3. Letakkan mangkuk
dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
sos pizza - QH guna pizza
sauce mix
Bahan2
- 1 labu bawang besar - cincang
halus
- 2 ulas bawang putih - cincang
halus
- 2 biji tomato - cincang halus
- 2 sb minyak masak
- 3 sb tomato puri
- 2 sb sos tomato
- 3/4 st gula
- 1 st oregano
- garam & gula
Cara-cara
1.
Tumis
bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup
api & sejukkan sebentar.
Topping
Bahan2
- Udang, sotong dan crabstick
- Lada benggala hijau atau merah
- Keju Mozzarella dan pizza topping jenama
Emborg
Cara-cara
1.
Minyakkan
acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal
2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit
supaya kembang sedikit.
2.
Cucuk
adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah
disapu permukaannya dengan sos pizza.
3.
Parutkan
1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut
selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
* Cara QH -
Taburkan sedikit mozzarella cheese (ikut citarasa). Taburkan pula lada
benggala, udang, sotong dan crabstick serta bahan2 lain mengikut selera
sendiri. Akhir sekali taburkan pizza topping.
4. Bakar selama
25-30minit pada suhu 200 degree.
Post a Comment