Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua...
Bertemu sekali lagi kita pada hari Isnin yang indah ini…juga di minggu
yang baru…hari ni QH dapat bersiaran awal sebab entri dapat disiapkan jugak
awal…antara sebabnya hari ni QH puasa ganti…jadi lepas sahur tadi terus QH
update entri ni sekejap…sementara menunggu azan Subuh…nak tido balik???…tak
berani la…nanti ade pula tak pasal2 terus terlajak entah ke pukul berapa pula…dah
ponteng kerja nanti…hehehe…
Ok seperti yang dijanjikan semalam…untuk entri hari ni…dah tentu la
resepi yer…sesekali aje buat entri lari sikit dari tujuan asal blog ni…hehehe…
Tapi sebelum tu…QH nak menjawab sedikit beberapa komen untuk enrti yang lepas tu yer…KekChiffon Oren Pandan tu…bukan tak nak menjawab setiap komen2 tu…cuma line tenet
ni agak kesemputan sikit…dah abis koata agaknya…hihihi…lagi satu belum tentu
komen2 tu anda semua baca semula yerk tak…macam QH jugak…kadang2 tu beriya2
jugak la tanye itu ini…tapi bile dicari semula dah lupa dah kat blog yang mane
satu…hehehe…jadi untuk menyenang semua…QH jawab disini aje yea…senangkan…sepatutnya
QH terangkan terus kat dalam enrti tersebut tapi boleh terlupa la pulak bab tu…maaf
yer…
Ok mengenai kek chiffon tu…kek tu QH buat pepagi sebelum meneruskan
projek masak@baking2 yang lain…jadi lepas siap dibakar QH terus keluarkan dari
oven…bile menggunakan mould silicon tu…kek tu QH tak terlangkupkan seperti
kebiasaannya…QH biarkan dia sejuk macam tu…cuma tekstur kek ni agak lembab
sedikit…tapi tak mendap yer…mungkin menggunakan mould silicon tu kot…sebab QH
baru pertama kali buat kek menggunakan mould silicon…tak tahu macam mane
hasilnye…
Untuk chiffon yang dalam cup tu pulak…memang molek aje rupa kejadiannya…tak
mendap…teksturnya pon agak kering seperti chiffon yang kita bakar menggunakan
loyang chiffon…kalau nak tengok resepi tu..klik kat SINI yer…dah 2 kali QH buat menggunakan resepi yang sama...cuma diolah sedikit...ok QH berharap
jawapan tu semua dapat menjawap pertanyaan anda semua dan berharap anda semua
berpuashati yer…InsyaAllah sesenang nanti QH akan update komen ni kat entri
tersebut yer…maaf sekali lagi…
Jom kita masuk ke resepi untk hari ni pula…ini merupakan resepi pertama
untuk Label PUDING di blog QH…Puding Limau Mandarin…resepi ni QH ambil dari
blog Kak Wan@Resepi Citarasawan…bile pertama kali mempuding ni..kejadianya agak
tidak memuaskan sedikit…deconye pon entah ape2…hehehe…tak senonoh main hentam
aje tu…ape sebabnya pon QH tak tahu…takpe QH akan terus belajar lagi macam mane
untuk menghasilkan puding yang lagi cantik dan molek kejadiannya…belajar dari
pengalaman yang ade ni kan…sebenarnya untuk penyedap hati sendiri jugak tu…hehehe…
Sangat senang sebenarnya untuk buat puding ni…tapi bile baru2 nak belajar
ni…pada QH agak susah jugak…tak tahu macam mane lenggongnya puding ni yang kita
nak layan…hihihi…tapi bile dah siap...hubby kata sedap…cukup semua rasanya…tapi
memang betul pon…memang sedap puding tu…tak manis sangat…QH suka…
Jika menggunakan acuan atau bekas macam QH tu…resepi ni memang cukup2
untuk 3 bekas tu…kalau nak banyak kena gandakan resepi tu yer…memang tak
menyesal mencubanya…sedap…lagi2 dimakan sejuk…perghhh…
Ok pada Kak Wan…QH mohon untuk memanjangkan dan berkongsi resepi puding ni
di sini pula yer…terima kasih bebanyak…
PUDING LIMAU MANDARIN
By: Kak Wan@Resepi Citarasawan
Bahan-bahan
1 tin limau mandarin (312gm) - Toskan, asingkan isi dan sirapnya.
150ml air
150ml sirap limau
100gm isi limau di carik kasar
60gm gula pasir
1 sudu teh serbuk agar agar
Hiasan : Whip cream dan isi limau mandarin
Cara-cara :
1. Toskan sirap limau mandarin, campurkan dengan air, gula dan serbuk
agar-agar.
2. Masak sehingga mendidih. Tutup api, masukkan isi limau yang di
carik kasar.
3. Tuang ke dalam gelas / acuan kecil. Masukkan ke dalam peti sejuk
hingga beku.
4. Hias dengan krim dan isi limau.
Post a Comment