Assalamualaikum
dan Salam Sejahtera semua...
Siaran lewat
hari ni...hehehe...baru nak maintain bersiaran awal macam beberapa hari yang
lepas...dah kembali kepada waktu2 asal...hihihi...sebabnya malam tadi ingat nak siapkan
la entri ni...tapi sebelum idea dan mood tu datang...QH layan kejap cerita
korea dulu di MAADUU... bile dah layan cerita korea tu...memang payah la nak
berhenti...lepas2 satu...satu episode...hehehe...terus terbengkalai nak menaip
entri...tapi QH perasan ade seoarang empunya blog ni yang meminati k-pop sape
yer agaknya tu...meh sini QH nak habaq...hehehe...sape lagi kalau bukan Cik Kak Q
tu dari qasehqu quinine...tak percaya
cuba singgah ke blog beliau...hehehe...jangan marah yer Kak Q...QH pon minat jugak...tapi nama2 diaorang
tak tahu la pula...
Sejak berblog
ni...ni la baru QH mula tengok cerita korea tu semula...sekarang ni pon rasa
macam nak balik ke rumah semula nak sambung tengok cerita korea tu lagi...maklum
la bile line broadband dah ok dan laju...memang best la layan cerita tu tanpa ade
sekatan dan tak perlu menunggu...terasa lambatnya masa berlalu hari ni...hikhik...
Ok cukup la tu
mukadimah untuk hari ni yer...hihihi...kali ni nak kongsikan resepi Apam Indon
pula...ramai dah QH tengok yang dah buat apam ni...sejak Kak Ita dari MasamManis tu menayang dan mengolah balik rupa kejadian apam ni...nak listkan sape2
yang dah buat tu QH tak ingat la pulak...hihihi...maaf yer...QH biase la selalu
antara yang ketinggalan kalau nak mencuba sesuatu resepi tu...dah puas blog2
lain tayang...barula tiba giliran QH...huhuhu...takpe la biar la asal
selamat...hahaha...ape kena mengenanya ekk...
Resepi ni QH
ambil dari Kak Yatie blog Sinar Kehidupan...masa Kak Yatie menayang apam indon
ni di blognye....kebetulan masa tu QH sedang bercuti di kampong...apelagi terus
tanye kat mak QH...ade tak bahan2 untuk buat apam ni...bile dah pastikan semua
ade dan cukup...QH pon mulakan la projek mengadunnye...hehehe...tertarik nak mencuba sebab rupa apam ni dah macam kek pon ade kan...
Tapi bile membaking
bertukar dapur ni terasa agak lain sikit la...ye la kat umah mak QH barang2
kerperluan tu tak la secukup mane...ade pon yang basic2 aje... mula la teringat
kat rumah...barang2 keperluan tu agak lengkap jugak la...jadi sukatan tu banyak
main agak2 aje...jadi kejadiannya pon boleh la...ade beza la bile buat dirumah
sendiri...
Lagi satu bile bab
mengukus tu...biase kalau kat rumah QH menggunakan pengukus elektrik...bile
mengukus atas dapur tu...permukaan atas sekali tu tak cantik...bahagian tengah
tu mendap sedikit dan berkedut2...entah la mungkin banyak kesilapan yang lain
kot...tapi rasanye iye...bile menaip entri ni...baru QH perasan...ade 1 tips
yang Kak Yatie bagi QH tak ikut...haaa tu la jadi macam tu rupanya...jangan
ikut macam QH yer...tengok resepinya aje...yang lain2 tak baca sampai
habis...belajar dari kesilapan...lepas ni kena baca betul2...aduyaiiii
Ok la jom
tengok resepi apam indon ni...sebelum tu QH mohon untuk kongsikan dan
memanjangkan resepi ni pula yer...terima kasih semua...terutama kepada empunya
resepi asal ni...
APAM INDON
Bahan-Bahan
- 5 biji telur
- 1 sudu kecil ovalette
- 1 sudu kecil esen vanilla
- 300 gm tepung gandum
- 300 gm gula halus
- 250 ml susu segar atau santan~ ita
guna santan
- 1/2 sudu kecil baking powder
- sedikit garam
- 2 sudu besar minyak-Yatie tambah
- pewarna dan perisa kegemaran
Cara-Cara
1. Panaskan
kukusan.Untuk mengelakkan air menitik ke atas kek, balut penutup dgn sehelai
kain.
2. Sediakan loyang
ukuran 9 inc
3. Oleskan dengan minyak
dan alas dasar loyang dengan baking paper
4. Ayakkan tepung
bersama baking powder.
5. Campurkan garam ke
dalam susu.
6. Putar telur dan
ovalette pd kelajuan tinggi hingga kembang.
7. Masukkan gula sedikit
demi sedikit. Kemudian masukkan esen vanilla.
8. Kurangkan kelajuan
mixer. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit berselang seli dgn susu.
Masa ni Yatie tambahkan 2 sudu besar minyak dan gaul sebati.
9. Bahagikan adunan kpd
3 bahagian. Masukkan perwarna yg disukai.
10.
Masukkan
adunan adunan pertama ke dlm acuan. Kukus selama lebih kurang 10 minit atau
smpai bhgn atas tu tak melekat.
11.Ulangi kaedah yang
sama untuk lapisan yang ke2 dan ke 3
12.
Adunan
yang terakhir hendaklah dikukus selama 30 minit atau sehingga apam masak
sempurna.
Cara Ita, Yatie juga
ikut cara yg Ita buat. - QH pon sama...
1. Cara ita sedikit
berbeza, ita bahagikan adunan kepada 6 bahagian, setiap satu bahagian anggaran
1 cawan, jadi kita akan dapat 6 cawan.
2. 2 cawan ita letakkan
coklat emulco, ini untuk lapisan atas dan bawah. Baki 4 cawan yang lain ita
warnakan dengan hijau dan letak pandan emulco, warna purple dan letakkan
bluberry paste, warna merah jambu dengan paste strawberry dan warna kuning
dengan vanilla.
3. Ita kukus lapisan
coklat yang pertama selama 10 minit, kemudian ita letakkan 4 warna yang lain
secara berselang seli dan kukus semula selama 30 minit. Bila dah masak ita
tuangkan pula warna baki warna coklat yang terakhir dan kukus semula anggaran
20~25 minit atau sehingga apam masak sempurna.
**Masa mengukus,
Yatie tutup loyang tu dngn aluminium foil. Aluminium foil tu hendaklah di sapu
rata sedikit butter supaya bila apam masak, ianya tak melekat di aluminium foil
dan kelihatan cantik permukaannya. Gunakan api sederhana semasa mengukus apam.
Post a Comment