Assalamualaikum dan Salam Sejahtera…
Salam manis penuh bergula juga dari QH...hehehe...bersua lagi kita pada
hari ni...Jumaat hari tu QH tak dapat nak bersiaran seperti biasa sebab QH menghadiri
Mesyuarat Tahunan Puspanita Kementerian Pertahanan...AJK tu tak lah...QH ni
ahli biase aje...tips untuk mengelak dari buat kerja la tu...hahaha...bukan ape
bile ade aktiviti2 macam ni la baru berpeluang bersua muka dan berlaga2 pipi
dengan kawan2 yang dah lama tak jumpa...masa ni la juga la kalau nak melaram
bagai bile dah semua kaum wanita sahajakan berkumpul...jadi faham2 saje la
yer...macam2 fesyen dapat tengok...memasing tak nak kalah...QH??? termasuk la
dalam golongan tersebut...hahaha...
Kat KL pon cuti hujung minggu lepas banyak jugak event...MATTA Fair dan
Hot Ballon Putrajaya...tapi QH tak pergi pon kedua2 event tu...sebab dah boleh
membayangkan betapa akan ade kesesakan di situ...pada sesiapa yang pergi tu
mesti best dan meriahkan...tahun lepas QH dah pergi...tahun depan pula la baru
terasa nak ke situ...tupon kalau diberi keizinan dan dipanjang usia oleh Allah
SWT...InsyaAllah...
Kali nak kongsikan resepi Strawberry Swiss Roll la pula...resepi ni dari blog
Resepi Citarasawan...mesti ade yang dah berkenan tu kan bile tengok gambar tu
semua...macam tu jugak la yang terjadi pada QH sebelum ni...tak sabo rasanya
nak mencuba bile Kak Wan menayang swiss roll ni tempoh hari...terus jatuh cinta
pandang pertama...tapi sebelum tu masih lagi ragu2 nak mencuba...boleh ker QH
buat swiss roll tu sesempurna macam mane yang Kak Wan tu buat...hasilnya sangat
kemas dan molek sungguh kejadiannya...sebab QH ni kalau buat sesuatu tu mudah
sangat la nak jemunya...tu yang kadang2 hasil tak berapa nak senonoh...asal
jadi sudah...
Cara penyediaan swiss roll ni agak mudah juga rupanya bile kita dah
mencuba...walaupon agak suspen jugak...lagi2 bile nak melukis buah strawberry
tu...mengigil2 jugak la tangan ni...almaklum la tak berapa nak berseni lagi...bab
melukis ni memang gagal sikit...tapi ok juga la hasil lukisan tu...nampak juga
la bentuk buah strawberry syok sendiri...hehehe...
Untuk swiss roll ni QH gunakan filing jem strawberry yang ade buahnya
sekali tu aje...senangkan...kat kedai bakery banyak dan senang nak dapat filing
jenis macam tu...whip topping cream tu ade stok kat umah tapi tu lah...malas la
pula nak memutarnya...tengok kan dah cakap tadikan...hihihi
Pada Kak Wan...QH mohon untuk share resepi yang cun melecun ni di sini
pula yer...semoga anda yang lain...yang belum mencuba tu boleh la turut sama untuk
membuat swiss roll ni...kek ni memang sedap, lembut dan gebuuuuu...jom tengok
resepi itu...kalau nak tengok step
by step dengan lebih terperinci lagi sila klik SINI yer...
Strawberry
Swiss Roll
Bahan A
3 biji kuning telur
75gm gula kaster
50ml air
40ml minyak jagung / minyak masak
80gm tepung gandum - ayak
1 sudu teh esen vanilla
Bahan B
3 biji putih telur
2 sudu teh gula kaster
1/8 sudu teh cream of tartar
Bahan C
Buah Strawberry secukupnya
Pewarna pink (strawberry) dan hijau (daun)
coklat emulco dan lidi
150ml whip topping cream (non-diary) Putar hingga pekat
Loyang 10 x 10" (di alas dan di gris)
Cara-cara :
1. Pukul bahan B hingga kembang dan bertanduk. Ketepikan.
2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang di ikuti air, minyak, esen
vanila dan tepung. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
Kaup balikkan dengan adunan B hingga bergaul rata.
3. Ketepikan 2 1/2 sudu besar adunan (tambah pewarna pink) dan 2 sudu
besar adunan (tambah pewarna hijau). Masukkan kedua-dua adunan ke dalam
piping bag kecil yang di gunting sedikit muncungnya. Pipe ke atas loyang
bentuk strawberry dan daun.
4. Bakar di
dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 170C selama 1 minit. Angkat
dan ketepikan.
5. Tuang baki
adunan ke atas motif strawberry. ratakan dengan spatula. Bakar pada suhu 170C
selama 10-15 minit.
6. Keluarkan
dari oven dan sejukkan di atas redai selama 10 minit. Terbalikkan
di atas sehelai kertas minyak yang lebih besar. Keluarkan kertas alas
bawahnya. Lapik sehelai lagi kertas minyak di atas motif strawberry
kemudian terbalikkan ke atas. Sapu rata krim dan atur beberapa biji
strawberry di atasnya, kemudian gulung dengan perlahan-lahan.
7. Celup lidi di dalam coklat emulco dan buat titik untuk bijinya.
8. Simpan di
dalam peti sejuk sebelum di potong.
Post a Comment