Assalamualaikum dan
Salam Sejahtera semua...
Sebelum terlupa...QH
nak ucapkan SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA kepada semua wanita2 tak kira dimana
kamu berada...
Sekadar ingin
berkongsi cerita...
Pagi ni merupakan hari
penuh debaran kepada semua penjawat awam...hari yang dinanti2kan sejak SPBA
diumumkan pada Disember 2011 yang lalu...tak kira peringkat lapisan kumpulan
dan jawatan...semua menantikan benda yang sama...
QH sendiri pon
berdebar2...tentu kawan2 yang sedang berkhidmat dengan kerajaan pon samakan...hehehe...
dan sekarang ni rata2 PA yang lain memperkatakan benda yang sama sekarang ni
kan...QH rasa dikalangan blogger masakan ni...ramai kot PA sama macam QH ni...jadi
sama2 la kita merasainya yer...
Pengumuman penting
ini akan diumumkan oleh PM kita iaitu YAB Dato' Sri Haji
Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak...yang berlintas langsung oleh TV1 dari
PICC Putrajaya...mudah-mudahan ape yang diumumkan oleh PM kita tu nanti merupakan
berita gembira seperti yang diwar2kan sebelum ni...
Ok la untuk cerita seterusnya besok kita sambung yer...ke berbalik pada
asal dulu iaitu masak2 dan resepi...hahaha
Hari ni QH nak kongsikan resepi kek Chiffon lagi...kali ni QH warna2kan
dan perasakan dengan pelbagai rasa...ok la tu kan...kebetulan hari ni berlaku
pelbagai peristiwa2 penting yang penuh berwarna warni...kena la tu tema kita
pada hari ni...tapi nak khas kan kek yang tak seberapa ni sempena dengan HARI
WANITA SEDUNIA...tengok betapa bersemangatnya QH...hahaha...tak rupa kek ni tak
la semenggah yang mane...rupa tu ade cacat sikit...kalau tengok betul2 gambar2
yang ade ni...akan ternampak la sikit kehangusan kat atas permukaan kek
ni...tapi bernasib baik sebab tak menjejaskan rasanya tu...mantain sedap
yer...hihihi
Resepi ni QH ambil dari FB Jom Masak...banyak juga resepi yang simple dan
berkemampuan untuk dibuat terdapat di album FB Jom Masak tu...ilham nak buat
belang2 ni pon selepas QH tengok gambar yang ditag ke FB Jom Masak tu...tak
maaf la...QH tak ingat la pula sape gerangannya tu...berkenan sangat tengok kek tu bile dah dijadikan
berwarna warni macam tu...resepi asal kek chiffon ni...kek chiffon oren tapi QH
dah ubah sikit...QH buat 3 rasa...blueberry, strawberry dan oren...semasa proses pembakaran kek ni...terbau2 3 rasa tu...wangi semerbak satu dapur...membuatkan tak sabo nak merasa...kek ni pon lembut aje bile kita pegang...macam span...
Ok la tanpa membuang masa...jom la kita tengok resepi ni...
Kek Sifon Oren
Resepi:Chef
Noraini Zakaria
Sumber:
FB Jom Masak
Bahan A:
100g tepung kek
1/2 st serbuk penaik
5 biji kuning telur gred A
60g gula kastor
5 sudu makan minyak masak
2 sudu makan jus oren -
1 st pes oren
1tbsp strawberry emulco + pewarna pink
1tbsp blueberry paste + pewarna purple
1tbsp oren paste + pewarna oren
Bahan B:
5 biji putih telur gred A
100g gula kastor
1/2 st serbuk krim tartar
Cara:
1.Bahan
B:pukul putih telur hingga berbuih.Masukkan gula kastor dan
serbuk krim tartar.Pukul lagi hingga pekat dan gebu dengan kelajuan
tinggi selama lebih kurang 7 minit.Apabila adunan ini dicolek dengan
jari,ia keras dan berekor.
2.Bahan A:Ayak tepung dan serbuk penaik ke dalam mangkuk adunan.
Masukkan gula kastor,kuning telur,minyak,jus oren dan pes oren.Gaul (saya guna
whisk-pemukul telur)..last masukkan tepung..
3.Masukkan putih telur 1/2 bahagian ke dlm adunan tpg tadi..dan
gaulkan.Kemudian masukkan
1/2 lagi dan gaul perlahan-lahan hingga tiada kelihatan putih telur lg.
Tujuan digaul perlahan ialah supaya gelembung2 udara dalam putih te
lur tidak pecah.Kek lebih gebu.
4.Sediakan acuan sifon yang berlubang di tengahnya.Tidak perlu digris
atau dilapik kertas.Tuangkan adunan dan bakar dalam ketuhar pada
suhu 180'C selama 45 minit.
5.Telangkupkan kek atas dawai penyejuk dan biarkan ia sejuk selama 15 minit.
Post a Comment