KARI IKAN BAWAL HITAM STAIL INDIA
2 ekor ikan bawal hitam (dibersihkan dan rendam seketika dalam air asam jawa)
1 cawan rempah kari Babas
3 sudu besar serbuk cili babas (atau cili kering kisar pun boleh)
2 sudu kecik rempah menumis
2 inci halia* - QH tambah
4 ulas bawang putih* (*yang ni QH kisar)
bendi (ikut suka banyak mana)
1 tangkai daun kari (kalau ada)
Bersih ikan, potong ikut suka. Panaskan minyak, masukkan bahan yang dikisar, daun kari dan rempah tumis hingga wangi.
Masukkan rempah kari ikan dan serbuk cili dan kacau2 seketika hingga terbit minyak. Guna api perlahan.
Pastu masukkan kira-kira 1 cawan air. Kacau pantas dan biarkan rempah hingga betul2 masak. Kalau terlalu kering, tambah air lagi. Rempah hendaklah betul2 masak dan berbau harum kalau nak hasil kari yang sedap.
Kemudian masukkan santan. Tambah air lagi untuk mendapat kuah yang cukup. Apabila kuah mendidih, masukkan ikan dan tunggu hingga mendidih lagi lepas itu masukkan bendi.
Hujung bendi (tip) jangan dipotong nanti keluar lendirnya. Bahagian pangkalnya pun Kjee potong sedikit sahaja dan tidak kena pada badannya.
Masak lagi hingga bendi agak lembut baru masukkan air asam jawa (kira-kira ½ cawan).
Rasa, dan biarkan mendidih sepenuhnya, periksa samada ikan sudah cukup masak, kemudian padam api. Boleh diganti santan dengan susu segar/cair.
Post a Comment