Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua…
“Happy Birthday to u…Happy Birthday to u…Happy Birthday to u…Happy Birthday to SYEENOT…eh silap…YUSRINA AMNI”
|
~ kek besday yang dah diletak dgn lilin ~ |
|
~ besday girl sedang tiup lin...beriya2 mniupnya tew..hehehe ~ |
best tak auntie nyanyi…hehehe…jangan hujan turun mencurah2 lagi sudah la… bile dengar QH menyanyi ni…sebab pepagi tadi dah hujan lebat…tak pasal2 aje nanti hujan kembali…takpe hujan rahmat tu…hahaha
Hari ni merupakan besday satu-satunya anak buah QH belah hubby yang ke 4 tahun…selamat hari lahir yer sayang...semoga menjadi anak yang baik dan solehah…jangan nakal2 tau...rindu pulak aunty kat Syeena…nanti aunty cuti panjang kita jumpa yer nanti…aunty pon ade bagi hadiah Ypad tu…main cermat2 tau…sebab tak bape mahal…nak bagi yang mahal2 aunty tak cukup duit…bajet banyak untuk beli barang2 baking…hehehe...nak yang best2 mintak kat uncle Bai ehhh…suruh uncle belikan untuk aunty sekali tau…besday aunty pon tak lama aje lagi ni...hahaha
Untuk resepi hari ni...QH letak banyak sikit gambar...sayang pula kalau disimpan...boring2 boleh tengok gambar tu semua...lagi satu terasa cantik la pulak...hahaha...ni belum lagi gambar yang akan dihantar oleh biras QH lagi ni...tu nanti QH upload kemudian yer...sebab kek ni belum complete lagi dengan lilin bagai...
Sempena dengan besday
ni…maknya biras QH meminta QH untuk buat kek rainbow…untuk buat surprise party
di tadika…ini kali ke 3 QH buat rainbow kek dengan versi yang berbeza2...(konon macam pro la tuuu)...hehehe...tetapi kali ni QH mendamkan pula kek tu...resepi masih menggunakan
resepi yang sama seperti sebelum ni...sila rujuk SINI dan SINI yer...buttercream
pon QH gunakan resepi yang sama...boleh tengok di link yang diberikan tadi
yer...
QH suka suka
menggunakan buttercream ni sebab senang dan tahan panas...sebab kek ni nak
dibawa ke Johor...jadi buttercream jenis ni amat sesuai untuk perjalanan
jauh...tak mudah cair macam sesetengah buttercream yang lain...kaler buttercream
ni memang putih melepak...
Untuk kek rainbow
kali ni QH menggunakan loyang 9” pula...untuk 12++ orang murid...nak bagi kek
tu nampak besar sikit dan tak tinggi...lagi satu senang bawak...kalau tinggi
nanti tak muat pula kotak kek tu nanti bile dah bubuh macam2 kat atas kek
tu...hehehe
Ok la jom tengok resepi dibawah tu yer...walau dah banyak kali gunak resepi yang sama tapi QH rajin letakkan lagi resepi tu dibawah...hehehe...bukan susah pon...copy and paste aje...
kat bawah tu nanti ade sebahagian gambar step by step yang telah QH buat...sudi2 la tengok yer...sebab agak tak senonoh dan tak kemas...hehehe
CHECKERED Rainbow Cake
Bahan2
430gm tepung gandum all purpose
4 sudu kecil baking powder
1/2 sudu teh garam
250gm mentega
340gm gula kaster
375ml susu segar
5 biji putih telur suhu bilik
2 sudu teh esen vanila / badam
pewarna
serbuk koko secukupnya (K1 tambah) - QH xletak
400ml whip topping krim - di putar hingga kembang
(untuk disapu pada setiap lapisan dan seluruh kek) - QH xguna
Loyang 8" di alas dan di gris - QH gunakan loyang 9"
1. Ayak tepung, baking powder dan garam, ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga gebu. Masukkan esen vanila di ikuti putih telur sedikit demi sedikit dan putar hingga sebati dan gebu.
3. Masukkan tepung gandum berselang seli dengan susu segar dan putar hingga sebati.
4. Bahagikan adunan kepada 6 bahagian yang sama banyak (+- 260gm setiap mangkuk), letakkan pewarna yang berlainan.
5. Tuang setiap adunan ke dalam loyang yang berasingan dan bakar di dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dahulu selama 15 minit pada suhu 170C. Bakar sehingga habis.
6. Angkat dan sejukkan di atas redai. Keluarkan alas bawah kek.
7. Letak lapisan pertama di atas papan cake, sapu krim secukupnya, ayak serbuk koko di atasnya kemudian lapis dengan lapisan kedua, buat yang sama hingga habis.
8. Sapu tipis seluruh badan kek dengan krim dan simpan di dalam peti sejuk sekurang-kurang 4 jam atau semalaman. Simpan krim selebihnya di dalam peti sejuk.
9. Keluarkan kek dan hias dengan krim selebihnya.
* Buttercream digunakan untuk melapisan setiap lapisan kek dan dilapis keseluruhan kek sebelum letak fondant...
BUTTERCREAM
By: My Resepi
Bahan2 ( sebiji kek )
- 250 gm butter/shortening (kalau nak icing putih & lebih tahan panas, guna shortening. tapi, kalau nak lebih sedap, baik guna butterlah)
- 125 gm marvello/supertact/krimwell (benda2 ni cari kat kedai bahan kek....takde marvello, guna supertact, takde supertact, guna krimwell)
- 125 gm gula aising (kena ayak dulu supaya tak berketul2)
Cara-cara
1. Pukul butter + marvello hingga putih. Ayak gula aising, masukkan ke dlm butter, pukul lg hingga kembang dan putih. Suaikan warna utk hiasan kek.
2. TIPS : pukul dengan kelajuan minima. makan masa lah sket, tapi, insyaallah, icingnya nanti lebih cantik & mudah dilepa.
|
~ kek yang telah dipotong...hehehe...xbpe nk checkered la...huhuhu ~ |
Post a Comment