Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Salam ceria semanis gula dari QH kepada semua...sekejap betul masa
berlalu sekarang ni kan...pejam celik pejam celik bertemu kembali hari Jumaat
yang penuh barakah ni...penghulu segala hari...besok kita semua kembali juga
bercuti hujung minggu...kemane agaknya hala tuju untuk kita bersiar2 esok
yerkk...QH??? macam2 dah dirancang untuk esok dan hari Ahad nanti...penuh
jadual untuk 2hari tu...hehehe...
Hari ni pon kena update blog laju2 lagi...sebab kejap lagi pukul 11.00 pagi
ni nanti kat opis QH ni ade kuliah agama pula...memang setiap Jumaat kat opis
QH ni ade kuliah...kecuali kalau ustaz ade hal lain...macam2 ade kat opis QH ni...hehehe...tak payah dicari semua ade depan mata...yang berniaga dalam opis ni pon ade juga...kadang2 tu kat dalam opis ni aje boleh berhabis juga duit belanja...hahaha...belum keluar lagi tu...kalau dah keluar lain pula halnya...bile la nak insaf simpan duit banyak2..hehehe
tapi dah rancang dah...lepas kuliah ni nanti nak keluar lak jalan2 dengan kengkawan... hari ni
kan waktu lunch tu panjang sikit dari biase...boleh la isi masa tu dengan
bershopping atau membelek2 barang...hehehe...itu la kerja orang pompuan yang lelaki tak suka...hihihi...
Ok la...tadi kata nak kena update laju2 tapi panjang pula
membebelnya...hikhik...macam biase hari ni nak berkongsi lagi resepi yang telah
dicuba oleh QH...resepi kali ni Ayam Panggang Rosemary pula...kan QH dah cakap
semalam...resepi ni QH kategorikan sesuai untuk dibuat sebagai menu untuk
berdiet...sebab cara memasak memanggang...jadi memang tak menggunakan minyak la
kan...QH suka menu ni...aromanya semasa proses memanggang tu semerbak baunya...sangat
senang proses penyediaannya...
Resepi ni QH ambil dari blog K.Nor@Secubit Garam...ramai juga yang dah
mencuba resepi ni...macam2 versi bahan2nya...QH buat ikut cara K.Nor dan ade
yang dah diubah sedikit...tu semua bergantung pada selera masing2 la...jom la tengok
resepinya tu...pada K.Nor...QH mohon untuk share resepi ni di sini pula yer...
Bahan:
1 ekor ayam
5-6 ulas bawang putih
1 sudu besar daun rosemary kering
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
1 sudu makan jintan kasar
2-3 sudu besar gula perang
2 sudu kecil garam
sedikit perasa ~ k.nor skip
2 sudu besar jus limau
3 sudu besar olive oil (minyak zaitun)
5 biji kentang
2 biji tomato ~ k.nor letak tomato masa
menghidang sbb anak2 lebih suka makan tomato fresh dr yg lembik - QH xletak
6 biji baby carot - QH xletak
sedikit mentega
1 sudu besar cajun ~ yg ni k.nor tambah - Qh letak serbuk
Paprika
Cara penyediaan:
1. Ayam di potong 4 atau dibiar tidak di potong kemudian dibersihkan. Ketepikan
dulu. Tumbuk halia hingga lumat kemudian perah jus halia pada ayam. Gaul rata.
2. Panaskan minyak zaitun. Goreng bawang putih hingga kekuningan. Angkat dan
ketepikan dulu.
3. Tumbuk daun rosemary kering hingga lumat kemudian masukkan lada hitam,
jintan kasar, tumbuk kasar.
4. Masukkan bawang putih yang telah di goreng tadi kedalam lesung dan tumbuk
bersama rempah.
5. Masukkan lebihan minyak zaitun ( masa menggoreng bawang putih ) tadi, gula
perang, garam, serbuk perasa, dan jus limau (serta cajun) ke dalam
rempah yang telah di tumbuk tadi. Gaul rata. Sesuaikan rasa rempah ikut
citarasa anda.
6. Gaulkan rempah tumbuk bersama ayam. Masukkan ayam dalam bag berzip perap
dalam petisejuk beberapa jam.
7. Kentang di kopek dan di rebus 3/4 masak . Ketepikan. Lebihan rempah ayam
tadi boleh di lumur pada kentang.
8. Susun ayam, kentang, buah tomato, baby karot di dalam tray pembakar. Sapukan
sedikit butter pada ayam dan sayur-sayuran dan bakar dalam ketuhar 180- 200
darjah celcius selama 1 jam.
Tip dr K.Pah:
Bila ayam itu dipanggang, ia akan mengeluarkan banyak air. Jangan dibuang.
Bundo gunakan air ayam yang penuh dengan rempah ratus itu sebagai sosnya.
Masukkan air ayam di dalam periuk dan tambah dengan satu atau dua sudu besar
tepung jagung. Masak sehingga kuah pekat.
Post a Comment