ZUPPA CHICKEN CREAM SOUP
Assalamualaikum dan Selamat tengah hari semua...
Dah makan tengah hari ke semua?
Menu ape untuk tengah hari ni? Mesti sedap2kan...
atau ade yang bercadang untuk mula berdiet hari ni...hehehe
walaupon berdiet kena makan juga tau...bukan tak payah makan terus...
cuma kuantiti yang diambil tu kena la kurangkan sikit dari seperti biase
yea...
lagi satu kena la rajin bersenam kalau nak kurus untuk kesan yang
berpanjangan...
ceh tengok la memandai aje bagi nasihat kat rang...untuk diri sendiri tak
buat pon...niat tu ade tapi tak sampai lagi...hehehe
InsyaAllah memang nak buat juga...bukan kurus nak cantik...tapi untuk
kesihatan...
kalau ade sesape yang ade pasang niat macam tu boleh la mencuba dengan
menu yang QH nak kongsikan untuk hari ni...
Kali ni QH nak sharekan satu menu sihat pula...sesuai la pada sesape yang
bercadang nak berdiet macam QH ni...
Menu Zuppa Chicken Cream Soup la pula...
Menu ni sesuai kalau untuk berdiet...sebab boleh dimakan bersama
roti...makan macam tu saje pon boleh...
Makan 1 ramekin tu pon dah terasa kenyang juga tau...
Resepi ni QH ambil dari Kak Wan blog Resepi Citarasawan...
QH suka rasa sup ni...memang memenuhi selera kami...hubby pon cakap
sedap...makan panas2 pula...memang puas hati mencubanya...
Lepas ni tak perlu la lagi pergi ke pizza hut...sebab dah ade resepi ni dan
boleh buat sendiri...
Kalau budak2 pon mesti suka makan sup ni...
Penyediaannya pon tak la serumit mane...senang sangat...
Pada yang berminat juga nak mencuba...resepi QH sediakan di bawah ni
yea...
Pada Kak Wan...QH minta izin untuk letak resepi ni di sini pula yea...terima
kasih bebanyak tau...
Jom tengok resepi pula...zasssssssss
Zuppa Chicken Cream
Soup
By: KakWan@Resepi Citarawasan
Bahan
1 paket puff pastry - ready made
(Keluarkan dari peti sejuk dan biarkan lembut pada suhu bilik)
Bahan Sup
200gm isi ayam di cincang
6 biji cendawan butang segar / dalam tin - di dadu
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 labu bawang besar - di dadu
250ml air
150ml susu cair
1/2 kiub pati ayam
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar minyak zaitun / mentega
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh lada putih / lada hitam
Sapuan
1 biji kuning telur
1/2 sudu besar susu sejat
parsley kering

Cara-cara :
1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga layu. Masukkan tepung gandum, kacau hingga rata. Masukkan air dan kiub pati ayam, kacau rata.
2. Masukkan bahan-bahan yang lain dan masak hingga sup agak pekat. Tuang ke dalam acuan remekin 3/4 penuh. Ketepikan.
3. Tabur tepung di atas papan canai, canai dan potong puff lebih besar dari saiz acuan. Tutup acuan dengan pastry puff. Simpan sebentar di dalam peti sejuk.
4. Keluarkan dan sapu permukaannya dengan kuning telur dan tabur dengan parsley kering.

5. Bakar di
dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 190C selama 20-25 minit.
6. Enak di
hidang panas.
*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.
*** kiub pati ayam biasanya masin, perasakan dengan sedikit garam sahaja.
Post a Comment