SUPER FUDGY BROWNIES
Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia.......
Selamat tengah hari semua...
Dan salam penuh kasih sayang dari QH...semoga anda semoga tak jemu untuk berkunjung dan menjenguk blog QH yang tak seberapa ni....
Hari ni QH nak ajak
semua berbrownies pula...
resepi kali ni Super
Fudgy Brownies...
resepi ni dah di olah
oleh Kak CT dari blog Dari Dapur CT...
QH pula meniru resepi
Kak CT ni...hehehe
Tak tahan sangat tengok bile
Kak CT menayang brownies tu hari tu...
Coklat pula tu...memang
favret la kan...
Sudahnya QH pon buat
la...memang berbaloi bile mencubanya...
Semerbak baunya semasa
proses membakar tu...
Rasanya memang sedap
sangat...sampai tak sempat brownies tu nak menyejuk sepenuhnya...
Suam2 lagi QH dah
potong...hihihi...tak sabo nak merasa...
Pada QH lagi sedap
dimakan brownies ni masa panas2 tu...
Tapi disebabkan brownies
ni nak dimasukkan ke blog...
Jadi QH tinggalkan
sedikit untuk ditayang la pula dan dideco sikit...
Kalau tak mengenangkan
tu...dah habis time tu jugak kot...hahaha
Untuk brownies ni...QH
letakkan coklat ganache...sebelum letak perhiasan yg lain2 tu...
Pada QH rasa brownies ni
pula memang sedang2...tak berapa manis...secukup rasa...
Pada Kak CT...QH minta
izin untuk letak resepi yang sedap ni kat sini pula yea...
Jom la kita reramai tengok
resepi ni nak...
SUPER FUDGY BROWNIES
Resepi: Martha Stewart
Di Olah: Che CT
Bahan-bahan:
120 gm unsalted butter -
(8 sudu besar)
130 gm all purpose flour
- (1cawan)
1/2 sudu teh baking
powder
30 gm serbuk koko - (1/4
cawan)
1/2 sudu teh garam
220 gm coklat masakan -
dadu kecil-kecil
240 gm gula perang - (resepi
asal 1 1/4 cawan gula kastor)
3 biji telur gred A
3/4 cawan choc chips
Bahan untuk ditabur:
Almond Slice / choc
chips - QH xletak
Cara-Cara:
1. Panaskan oven 180’C.
Sapukan loyang dengan mentega dan alas dengan baking paper dan lebihkan ditepi
loyang untuk memudahkan untuk dikeluarkan brownies nanti, dan sapu juga baking
paper dengan mentega. Ketepikan.
2. Ayak tepung gandum,
serbuk koko, baking powder, garam dan choc chips sekali. Ketepikan. Pindahkan
choc chips yang telah diayak ke dalam bekas lain.
3. Cairkan coklat
masakan dan butter guna kaedah double boiler. Pastikan air tidak masuk dalam
coklat. Matikan api.
4. Masukkan gula dalam
adunan coklat dan kacau rata dengan whisk hingga gula larut dan sebati dengan
coklat. Masukkan telur satu persatu dan kacau rata-rata dengan perlahan-lahan.
5. Masukkan adunan
tepung yang telah diayak tadi sedikit-sedikit hingga bercampur rata. Masukkan
sekali choc chips yang telah diayak tadi. Jangan aduk terlalu lama, cukup
sekadar bercampur dan tiada tepung lagi.
6. Tuang adunan dalam
loyang dan ratakan. Taburkan almond slice dan choc chips ikut suka. CT guna
loyang 10x10x2 inci.
7. Bakar selama 50 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven dan sejukkan 30 minit. Bila dah sejuk baru keluarkan dari
loyang dan letak atas redai dan boleh dipotong-potong. Hias ikut suka...
Selamat mencuba :)
Post a Comment