Qasey Honey. Powered by Blogger.

STEAMED BOXING CHICKEN CURRY


Assalamualaikum...



Selamat tengah hari semua....
Dah makan tengah hari ker???
Atau ade yang masih mencari2 resepi ape untuk menu tengah hari ni...hehehe
Mesti pening kepalakan...sebab banyak sangat menu yang sedap2...
kalau boleh tu semuanya nak dimasak hari tu jugakkan...
tapi nanti banyak2 sangat tak habis la pulak...
itu la yang selalu berlaku kat QH...
semenjak aktif di dapur ni...hehehe...
alahai pening untuk memilih la pula...



Ok kali ni QH nak sharekan resepi yang berjaya menambat selera QH sekeluarga...
Steamed Boxing Chicken Curry...olahan dari Kak Diana...dari blog SkyBlue’Kitchen...
QH suka tengok muka Kak Diana ni...comellll sesangat...
tapi resepi ni QH ambil dari Kak Ita blog Masam Manis...
 
Resepi ni memang agak rumit sedikit penyediaannya...tapi bile dah siap menu ni...memang berbaloi2 la hasilnya...kalau tak percaya kena la cuba...memang sedap sangat...lagi la dimakan panas2 dengan nasi putih...tak perasan dibuatnya bile menambah nasi tu...


Untuk menu ni...kena sediakan awal kalau untuk makan tengah hari...
Kalau cara QH pula...malam tu QH dah mula berboxing dengan ayam tu dulu...hahaha...
Besok pagi senang tak payah sibuk2 dengan ayam tu lagi...dah boleh sediakan bahan2 untuk perapkan ayam tu pula...
Sementara ayam tu diperap boleh la sediakan bahan2 yang lain pula...

Lepas tu boleh la mulakan proses mengoreng ayam yang telah diperap tu...
Sambil tu boleh la siapkan pengukus dan memasak kuahnya pula...
Dah siap semua boleh la mulakan proses memsteamedkannya...nampak macam senangkan...
walaupon banyak step2nya...nak tahu senang ke tidak...kena la cuba...
Jadi sekarang ni giliran anda pula untuk mencuba resepi ni...

Pada Kak Diana...QH mintak izin yea untuk letakkan dan kongsikan pula resepi yang sedap ni di blog QH pula...
pada Kak Ita terima kasih sebab buat QH terliur lagi sekali bile tengok resepi ni...hehehe
Jom la tengok resepi yang sedap ni kat bawah yea...



STEAMED BOXING CHICKEN CURRY
Olahan by : SkyBlue' Kitchen
By: Masam Manis

Bahan A
8 keping peha ayam ~ ambil bahagian bawahnya sahaja dan  buangkan kulitnya
1 inci halia ~ dihiris halus
2 ulas bawag putih ~ dicincang
4 biji cili padi ~ dihiris
3 tangkai daun kari
2 ulas bawang merah ~ dihiris
175 ml air
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan B
1/4 tsp serbuk cili
4 tbsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
Sedikit air panas

Bahan C
Garam
Gula
Gula melaka
Asam jawa + sedikit air ~ buangkan bijinya
ita tambah 1 kiub ayam

Bahan Perap
1 tsp garam
1 tsp gula
1 tsp serbuk kari daging dan ayam Baba's
1 tsp serbuk kunyit
1/4 tsp serbuk cili
1 tbsp tepung jagung
1 tbsp tepung beras
1/2 tbsp tepung gandum
1/2 tbsp tepung kastard
1/2 tsp minyak bijan



Kerat bahagian hujung peha ayam dan tarik isinya ke bawah ( buat boxing chicken stalks ).
Perap ayam bersama bahan² perap selama 30 minit ( Diana lebih suka memerap ayam tu 20 minit pada suhu bilik kemudian perap di dalam peti ais selama 3 jam ).
Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga 3/4 masak.. Angkat dan toskan..
Susun ayam di atas pinggan yang sesuai.. Ketepikan.
Goreng bawang merah menjadi bawang goreng.. Angkat dan ketepikan.
Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia, bawang putih dan 2 tangkai daun kari.. Tumis sehingga wangi.
Kemudian masukkan bancuhan bahan² B dan tumis sehingga pecah minyak.
Tambahkan air dan bahan² C.. Biarkan ianya mendidih.
Sesuaikan rasa dan tutupkan api.
Angkat dan tuang di atas ayam tadi.
Taburkan hirisan cili padi dan 1 tangkai daun kari.
Kukus ayam sehingga masak.
Angkat dan taburkan bawang goreng semasa menghidang.
Sesuai dimakan bersama nasi putih panas.


4 comments

Azlita Aziz said...

Salam QH

Dah sampai sini dah ayam ni berboxing hihi
Sedapkan ayam ni..
Rasa2 macam rumit aje nak buat tapi bila dah buat mudah aje sebenarnya kan...

lagi mudah bila nak makan.. hihi kejap aje dah licin..

MaDiHaA a.k.a Ratna said...

Salam QH..
nampak menyelerakan ayam tu... pasti anak2 suka.. kalau nak buat kena beli bahagian peha lah ni.. kalau nak simpan peha dari ayam yg dibeli sekor tak tau bila pula boleh buat.. hehehe..

Gee® said...

Terlior tgk ayam boxing tu... gerenti sedap kann?
k.gee nk try buat laa...

hazila said...

Kalau saya nak buat ni kena tunggu hari cuti. Kalau weekdays kena buat 2 hari sebelum boleh makan.