KEK CERI
Assalamualaikum
dan Salam 1Malaysia...
Selamat
tengah hari semua...
Alhamdulillah
bertemu kita sekali lagi...
Ape
khabar anda semua?? Semoga semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan kepada
yang kesihatannya tidak memuaskan semoga cepat sembuh yea...mungkin salah satu
faktor cuaca...musim pon sekarang dah tak boleh diduga...kejap panas kejap
hujan...
Tekak
QH ni pon dah terasa2 lain macam aje 2 - 3 hari ni...dah mula ade batuk
sikit2...badan pon cepat letih aje...sampai ade symptom malas nak buat
ape2...yang tahu nak semua dah ade depan mata...hihihi...cuma yang tinggal
rajin update blog...share link kat FB...tu aje yang lalu dibuat setakat
ni...sampai semua komen2 pon QH tak reply satu pon...minta maaf yea...
Kali ni QH
nak kongsikan satu lagi resepi kek pula...resepi Kek Ceri...resepi ni QH ambil
dari Majalah Rasa November 2011...semasa membelek2 majalah ni lagi QH teringin
sangat nak mencubanya...tergoda dengan gambar kek ni...ade buah ceri pula...lagi
la suka...QH buat separuh dari adunan di bawah...dapat 1 loaf penuh...kalau di
dalam rumah ramai ahli keluarga boleh la buat 1 adunan...rasanya sedap dan
sekata...bile dah siap tu sekali pandang macam roti pon yea jugak...gebu dan
agak padat tesktur kek ni...
KEK CERI
Sumber: Majalah
Rasa November 2011
Bahan2
360gm
tepung gandum
300gm gula
240gm
mentega
4 biji
telur
1 tin ceri
merah
1 ½ sudu
makan serbuk penaik
1 sudu
makan esen vanilla
1/2 sudu
makan garam
Gula
aising - optinal - QH letak badam hiris
Caranya
1.
Putar
mentega, gula dan esen vanila sehingga kembang.
2. Kemudian masukkan telur
sebiji demi sebiji dan putar kembali. Asingkan.
3.
Dalam
mangkuk berlainan satukan serbuk penaik, garam dan tepung gandum. Kacau rata.
4. Seterusnya masukkan
adunan tepung ke dalam adunan mentega tadi. Pukul sebati.
5.
Setelah
itu, masukkan separuh adunan ke dalam acuan kek yang telah digris dengan
mentega.
6.
Tuangkan
pula ceri merah dan ratakan di atas permukaan adunan tadi.
7.
Kemudian
tuangkan lebihan adunan ke atas ceri merah dan ratakan.
8.
Bakar
di dalam oven pada suhu 350C sehingga 20 - 25 minit.
9.
Akhir
sekali taburkan gula aising di atas kek semasa ia masih panas.
Post a Comment